27 March, 2009

tok_guru_dah_sound

salam,

aduhh kali ini aku terkena...tok guru dah sound mengenai PEROKOK LEBIH HINA DARI LEMBU ...perghh terkena aku hari ini....haa ni yang dia kata semasa menyampaikan kuliah Jumaat pagi tadi di dataran Ilmu, Kota Bahru
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,”
pagi tadi semasa menunggu kontraktor nak datang rumah di Bukit Raja, aku ke petronas nak beli rokoklah...alih-alih apa yang aku dapat rokok dengan packaging baru...haa korang tengok lah gambar yang aku sediakan ni...aku cakap kat
bangla tu aku nak tukar...tak nak amik gambar nie...takut...tapi si bangla tu kata dah takde yang lain...jadi aku beli jugak rokok ni dalam keadaan terpaksa...

so sebelum aku bukak rokok tu aku tengoklah gambar...."ROKOK PENYEBAB KELAHIRAN BAYI PRA-MATANG"...aduhh lagi...bini aku dah lah mengandung..."Ya ALLAH jauhkanlah benda-benda macam ni daripada berlaku"doa aku dalam hati...

jadi aku perlu berenti merokok...so aku cuba berhenti...bermulanya posting aku pada hari ini...pada pukul 4.53 petang tarikh 27hb Mac 2009...aku akan mencuba....moga aku dapat berhenti merokok...amin...

nota kaki : rokok yang masih tinggal dalam kotak tu ada lagi 6 batang...jadi aku akan simpan buat kenangan untuk memberi semangat kepadaku supaya dapat menjauhkan diri daripada rokok...mak, ayah, mak mentua, bapak mentua, bini aku semua dah lama dah sound suruh berenti...tapi aku gak masih degil...maybe ini adalah permulaan aku berenti terus...insya ALLAH...doa-doakan aku sekali....


4 comments:

Mohd Izwan Ismail said...

bagi kat aku je lah 6 batang tu

nickmenza said...

bukan dulu ko tak merokok ke? haha..

sam, sam. hati kau keras

buellart said...

cmon la syam, dont quit smokin, that is so not wonder pets la! quit smokin is so hard bro. remember the sweet smell of nicotine, fuuuh thats the best ambiance! hehehe

p/s: habis kan lah 6 btg tu, lepas tu berenti la

syamzari said...

ahhh sudahlah wehh...aku dah nak berubah...korang kena sokonglah aku....6 btg rokok tu aku nak buat frame nak letak kat dinding....hehehe

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...