10 March, 2009

damia_terkoyak_dahi

salam,

6hb Mac 2009, Jumaat, 3.30 petang, Mesyuarat di Politeknik Shah Alam - Telefon bimbit ku berbunyi dengan tema Upin dan Ipin....so aku terpaksa keluar sekejap dari meeting tu...

"Hallu bang"kawanku zaki,
"Haa yer apahal, aku tengah meeting ni"...
"Anak ko jatuh",
"Uihh teruk ker?"...
"Teruklah kot, kalau tak mak aku mesti tak telefon aku...",
"Aduhhhh...ok-ok aku gi tengok" dalam hati aku macamanalah damia...teruk ke haaaaa aduh...ni semua dugaan nie...

aku terus telefon wife aku...
"CIMB Jalan Meru, Ida speaking..."
"Yang, damia jatuh, teruk rasanya" aku terus bagitahu bini aku...tanpa banyak simpang siur...direct to the point..
"haaa"
"Ok jap lagi saya ambil awak, saya kat poli-shah alam nie...ok bye..."...aku tak tahulah apa perasaan bini aku ni...dia ni sensetip orangnya...mesti dia terus mengalirkan air mata kesedihan...mesti terbayang damia dengan lukanya....hahhh

dalam bilik meeting
"dil, bulat aku terpaksa balik, damia jatuh, teruk rasanya" aku terus mengemas beg laptop aku dan terus bagitahu kat en. safari yang aku kena balik sebab anak aku jatuh...

dalam kereta..
aku tengah memikirkan dan membayangkan bagaimana keadaan damia sekarang nie... teruk sangat ker?

sampai ke opis wife...
aku terus telefon wife aku
"sayang, saya ada kat luar dah nie, awak kat mana..."
"ok2 jap lagi saya keluar" dengan nada sedih...

semasa aku menunggu...
aku lihat susuk tubuh bini aku dengan pergerakan yang lemah dan mata merah berair....dalam hati "dah aku agak dah bini aku mesti menangis punya"

dalam kereta menuju ke rumah zaki
"itulah YANG saya dah pikir banyak kali dah...dulu masa damia terkepit jari dia...saya dah tak nak dah letak kat umah zaki tu...lepas tu masa dia jatuh dulu...abih lebam kepala dia..."luahan ketakpuashatian bini aku pada aku...
"yelah...nak buat macamana benda nak jadi, lagipun betul gak apa yang awak kata tu tapi kita mana ada pilihan sekarang ni, saya pun perasan gak yang makcik sekarang ni dah jaga banyak budak" (3 budak dalam umur 4 tahun ke atas, 2 bawah 2 tahun termasuk damia dan 2 baby baru lahir)...
"tadi saya ada telefon makcik, makcik kata dia jatuh masa main-main...budak-budak tu main bedak kat lantai...entah macamana tertolak kot damia tu terus kena bucu meja tv...."kata bini aku
"haaa bucu meja tv...aduhhh"aku terbayang luka di dahi damia...minta-minta lah tak teruk sangat....
"kita bawak jumpa dr quah, kak fidah kata kalau besar sangat yang memerlukan jahit, dr quah boleh buat"..."haa ok2"
selepas itu aku dan bini aku terus senyap...memikirkan bagaimana keadaan damia...

sampai di rumah zaki
bini aku terus meluru masuk ke rumah zaki....setelah melihat damia di pangkuan makcik (mak zaki)...dia terus keluar menangis teresak-esak..aku masa ni masih dalam kereta lagi....
"yang, awak amik damia, saya tak boleh tengok dia..."esakan semakin kuat...aduhh ni mesti teruk luka damia......aku pun terus ke dalam rumah nak ambil damia....

ok tamat bab 1...nanti aku sambung bab 2 pulak
sekian,

No comments:

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...