26 February, 2009

sql_yog_error

salam,

tadi aku ada masalah semasa nak meng'upload' data-data besar ke dalam SQL YOG..., so abang padil dah ajar aku mcmana nak tune balik mysql nie...so supaya aku tak lupa jadi aku letak dalam blog, so kalau apa-apa hal kalu terlupa balik, aku boleh tengok dalam blog nie...

di bawah ini aku buat serba sedikit flow untuk tune mysql nie...

  1. bukak program files
  2. cari folder mysql
  3. cari fail my.ini dalam folder mysql nie
  4. open fail nie samada guna notepad atau dreamweaver
  5. ctrl F untuk Find ini : thread_cache_size
  6. dah dapat paste kan max_allowed_packet = 32M
  7. ctrl S untuk save kan fail ni
  8. restart balik mysql
  9. done...
soo senang citer aku hehehe...terima kasih bro,

sekian,

tol_tutup_tol_naik

salam,

hari ni berita terbaru dari Utusan Meloya dan Berita Hairan...kadar tol bagi 5 lebuhraya akan dinaikan bermula pada 1 Mac...lebuhraya tersebut adalah...
  • Lebuhraya PLUS - aku selalu guna lebuhraya ni...dari USJ dan exit ke bukit raja...sekarang RM 3.00...nanti kalau naik, berapalah pulak
  • Lebuhraya SPRINT - tak selalu guna...
  • Lebuhraya AKLEH - tak selalu guna...
  • Lebuhraya Bestraya- tak selalu guna...
  • Lebuhraya NPE- tak selalu guna...
so bersiaplah korang nanti untuk menambah kan lagi kos pergi dan balik kerja...so selepas ini takyah lah gi mana-mana, duk rumah lagi baik...sebabnya kalau duk kat klang valley ni kos nak jalan-jalan...mahal hehehe....

emm harga barang-barang makan dan keperluan yang lain nanti naik gak ker.....kita tunggu jelah erkk...minyak masih turun tapi harga barang still pakai harga masa harga minyak naik....

terima kasih KERAjaan...ini adalah satu lagi Projek Barisan Nasional...
aku suka sangat hehehe....

p/s: patutlah hari tu senang jer nak tutup TOL kat sana sini...rupanya ada perancangan di sebalik penutupan tol tersebut.... hehehe

24 February, 2009

man_utd_vs_inter_milan_2


salam,

hehe, pagi tadi aku tak bangun, sebenarnya aku dah sedar dah dalam kul 3.00 pagi, tapi apakan daya tidur lagi best...jadi aku sempat tengok masa minit last, ronaldo ambil sepakan percuma....itu pun dah lebih masa dah.....

keputusannya...seri...tapi takpe seri kat tempat lawan takda hal...hmm yang penting semangat melawan pemain manchester united di tempat lawan...aku baca soccernet, 1st half man utd banyak menyerang...tapi apakan daya inter memang kuat di tempat sendiri...

hmm nie pasal manchester united ngan airasia pulak...aku baca kat blog ceo Tony Fernandes...hehe kalau takde aral melintang season depan aku beli jersi man utd dengan ada lambang AirAsia heheheh...terbaikk lahh...bangga gak aku brand malaysia di mata dunia...ni pic aku curi dari blog dato' tony....sorry dato' saya teruja hehehe

sekian,

scribefire


salam,
hari ni aku surf net dan terjumpa benda ni semasa nak masukkan add-on dalam mozilla firefox...setakat nie aku rasa

semua function aku tengah mencubanya...tapi setakat ni memang terbaiklah...kelebihannya adalah;
  1. interface yang senang masa nak posting artikel
  2. boleh view posting kita yang terdahulu diruangan tepi belah kanan
  3. boleh tambah atau set category baru bagi blog korang....
  4. boleh modify timestamp dengan interface yang mudah...
fungsi-fungsi lain aku tengah cuba...so apa-apahal nanti aku update balik...

salam


23 February, 2009

himpunan_gambar_mama_damia


29112008, originally uploaded by ahmadsyamzarimamat.

salam,

nie adalah serba sedikit gambar yang aku tangkap dan buat editing...papa luv mama and damia sooo much hehehe

18 February, 2009

aku_di_bumi_kenyalang_2

salam,

ini hari kedua aku di sini...

- pegi ke infra sarawak pada pukul 8.30. pagi..thanks to INFRA kerna amik kami dari grand continental, kuching...
- memulakan sesi training dari kul 9.00pagi sehingga kul 5.00 petang...
- tengahari tak gi mana-mana, hanya duduk dalam bilik training sahaja..tengok email, tengok blog, update blog...
- balik dari latihan...wan bearudin telah set untuk keluar dengan bro Ramlee Tuah (staff kraftangan cawangan sarawak) so kitaorang tunggu kat lobi dalam kul 8.30 malam...
- bro Ramlee bawak kitaorang gi makan kat seberang (sebab panggil seberang kerna melintasi sungai rajang)...
- malam nie aku makan kat satu kedai yang memang ramai orang.
- aku ngan bearudin makan mee kolok ayam...beh gak makan mee ni lebih kurang macam yee mee tapi lagi nipis dan lagi sedap...
- makan rex satay...satay nie memang terkenal kat sini... macam kat semenanjung orang duk cari satay kajang samuri.
- aku cuma tak rasa laksa sarawak sahaja...tengok dia punya decoration dalam mangkuk tu memang menyelerakan.
- hehee malam nie aku baru tahu bro Ramlee memang sempoi...
- bro Ramlee, geng-geng dia semua biker...hehe datang dengan motor besar beb...terkejut aku tengok...tapi semua geng dia friendly...beh2
- kitaorang balik dalam pukul 10 lebih...tapi sebelum tu bro Ramlee bawak gi jalan-jalan teengok kampung-kampung melayu yang terdapat kat kuching nie.
- jalan-jalan sambil tengok tempat yang kena banjir...
- sampai hotel lebih kurang pukul 11 lah...naik atas..tengok tv pahtu semayang pahtu tdo....
- esok sambung lagi training...tapi bajet sampai tengahari sahaja, lagipun dah banyak modul yang dah diajar...

sekian,

17 February, 2009

aku_di_bumi_kenyalang

salam,

- aku berada di bumi kenyalang waktu ini.
- semalam naik airasia 1st time book seat
- semalam gak hari pertama bagi semua tiket airasia ada no seat
- bagi mereka yang tempah online dan buat xpress boarding dapat naik dulu sebab kena beratur kat lane lain
- masa aku check in, staff airasia tu bagitau yang tiket aku bayar nie ada 2 kali xpress boarding...hmm nak kena tanya balik airasia nie...sebab staff tu bgtahu kitaorang tempah mahal nie....
- 1st time aku makan nasi beriyani kat dalam airasia...pergh memang best...alhamdulillah sedap..gambar aku tak ambillah pulak
- semalam gak flight delay...flight sepatutnya berlepas pukul 3.25 petang, tapi sampai ke LCCT pada pukul 3.30 petang...jadi lambat gaklah nak berlepas.
- tujuan ke sarawak adalah membuat latihan bagi sistem e-Peralatan untuk client INFRA sabah dan sarawak.
- menetap kat hotel grand continental, harga lebih kurang rm400 untuk 2 orang selama 3 hari 2 malam
- makan kat sini payah sikit...
- makan malam, makan kat kedai steamboat...ni kawan ishak yang bawak
- semalam takleh tido dengan nyenyak sebab ingat kat damia ngan mama hehehe

so untuk esok aku sambung balik aktiviti yang aku akan lakukan....
salam

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...