09 April, 2013

Terima kasih Allah - Hari pertama

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, Assalamualaikum,
Ya ALLAH permudahkan...

Sedang aku menaip ini, perasaan berdebar hendak ke tanah suci semakin terasa.

Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami, berkatilah perjalanan ini, satukanlah hati2 kami, moga setiap ibadat yang kami lakukan diterima olehMu ya Allah, sesungguhnya kami takut dengan siksaan api nerakaMu.
Ya Allah berkatilah rezeki yang telah engkau berikan kepada kami, jika ianya Haram, Halalkan lah ya Allah, jika masih ada di langitMu, turunkanlah dan jika masih ada di dalam bumi, keluarkanlah ya Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasalam, ameen

Danish bersukan lagi bahagian 2

Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang,
Assalamualaikum,

07 April 2013
6:30 pagi
Rumah Bukit Raja

Aku : danish bangun, nak bersukan dah ni
Danish :..........(sambil pusing kiri dan kanan di atas katil)
Pegawai Bank : danish bangunlah kata nak pakai kasut sukan yang baru tu...tengok kakak dah siap dah
Aku : haaa tulah tido lewat lagi, kan dah susah nak bangun, dah gi mandi
Akhirnya busuk no-2 ni bangun dan terus mandi, siap pakai baju dan turun ke bawah, menunggu papa dia pulak bersiap.
Biasanya jika nak ke mana-mana hatta nak balik kampung pun, aku akan menjadi orang yang terakhir untuk mempersiapkan diri. Pegawai bank akan sibuk menyusun barang-barang yang akan dibawa ke dalam beg yang boleh memuatkan pelbagai jenis barangan, hehe (kalau rajin aku tolong, tapi biasanya pegawai bank yang buat semua hehe)

Padang permainan (berdekatan dengan PASTI As-syifa')
8:00 pagi


muka tak sabar!!!
Aku melihat wajah danish yang tak sabar dan gembira untuk melakukan aksi-aksi yang akan menarik perhatian Puteri Qalisha (hehe busuk no-2 selalu sebut nama ni). Danish berlatih aksi-aksi tersebut di dalam kereta yang antaranya adalah melompat sambil mengepit bola, membaling belon ke dalam raga, menggolek bola dan sebagainya yang membuatkan pemanduan aku agak terjejas tadi.

nasi lemak pemberi tenaga
Padang permainan agak basah dan ini membuatkan damia - busuk no-1, melompat mengelak lopak air dan jalan basah. Ni satu perangai dia, baju tak boleh kotor, kasut kena sentiasa bersih, kalu kerusi makan di warung kotor, dia akan berdiri dan tak nak duduk walaupun aku dah sapu kerusi tu dengan tisu. Dia sangat pembersih yang kadangkala membuatkan aku jadi merah muka.

Tapi apabila aku pandang ke belakang, danish yang dipimpin oleh pegawai bank, memijak dengan selamba setiap lopak air yang menganggu perjalanan dia ke padang, hehe

Di bawah khemah
9:00 pagi

mulut itik terbalik
kini tiba lah masanya untuk danish menunjukkan aksi-aksi seperti di dalam kereta tadi, tapi sebelum itu, setiap pelajar akan beratur mengikut Warna rumah masing-masing. Danish kumpulan Itik Kuning, dan kumpulan dia ni kena pakai kat kepala cawan yang dilukis mulut itik (sila rujuk gambar untuk gambaran yang lebih jelas)

Cikgu PASTI : anak-anak diminta beratur di padang, ikut kumpulan masing-masing, nanti cikgu akan bacakan nama, sila beratur ya anak-anak
Pegawai Bank : dah danish habiskan makan tu, pegi beratur
Danish : Papa ikut sekali
start garu-garu
Aku : aikk apsal pulak ni, (aku tengok danish dah lain mcm), ok papa bawakan danish ke padang (sambil pimpin tangan dia)
Danish : papa duduk situ (dia tunjuk aku kena duduk dekat dia, ahhhh sudah ni kang aku sekali yang bawa golek bola jap lagi)
Aku : ishh tak boleh lah mcm ni, papa duduk tengok kat tepi sana.
Danish : ........(air mata pertama telah mengalir ke pipi tembam busuk no-2 ni)
air mata sudah mengalir
Aku : aik tadi bukan main hero sangat ni nak mengalir air mata pulak, hero mana boleh menangis (aku biarkan dia menangis tersedu sedan), pegawai bank dan damia hanya melihat dari jauh, dan aku masih kontrol diri walaupun ada bapak budak lain yang kata ni nak bersukan ke nak nangis haha, tapi dengan macho aku mengangkat tangan kepada danish dan memberi semangat agar tidak lagi menitiskan air mata (mungkin dia tengok ramai sangat orang hari tu kot)





arghhh sambung lagi
Wassalamualaikum

08 April, 2013

Danish bersukan lagi

Assalamualaikum,

06 April 2013
10:30 malam

Aku dan danish mencari kasut sukan untuknya berlari-lari esok hari di atas padang yang kemungkinan basah sebab sekarang ni tengah hujan lebat (danish kata kalau hujan, ada orang nangis hehe)

Lokasi 1: Tesco Setia Alam

Danish : Haa ni kasut yang danish nak..
Aku : uihh (sambil aku membelek kasut ben10 berwarna hijau). Jap papa telefon mama jap

Aku : tooot...tooot, hai sayang (sebenarnya tak pun, saja menyedapkan cerita), haa ni kasut ben10 warna hijau ni danish nak yang ni, harga dalam RM50


Pegawai Bank : ehh hari tu saya dah bawak dia tengok kasut tu, ishh cuba awak tengok betul-betul kasut tu ada lampu2 kan
Aku : A'ah, ish darat sangat ni, hmm abis dia nak yang ni, takpelah nanti saya tengok dulu macam mana, ok bye, luv u
Pegawai Bank : luv u (semalam kita ada ucap macam ni ke?) sebenarnya dah jadi kebiasaan setelah habis berbicara melalui telefon, aku atau pegawai bank akan ucapkan kata-kata hikmat petala langit (luv u) itu, tapi semlm aku lupa ada ucap ke tak...hehe

Aku: ok danish takde size danish lah, yang ni besar pulak(sambil aku tgk danish tengah memasukkan kakinya yang kecik ke dalam kasut yang memang besar)
Danish: ok lah papa kita cari lain, (fuhhhh selamat), jom kita gi giant pulak, sambil aku berharap giant pun tak tutup lagi pada waktu ini (info:tesco pada hari jumaat hingga ahad tutup pukul 1pagi)
Kami berdua keluar dari tesco sambil melihat pak guard seperti nak halau kami balik hehe

Lokasi 2: Giant
Danish : haa CD Boboboi
Aku : (dalam hati, kenapalah diaorg susun benda ni masa awal-awal nak masuk ke Giant), ok danish nak ke?
Danish : danish nak yang ni sambil tunjuk boboboi Volume11
Aku : alah danish ni nanti kita boleh beli, sekarang ni kita kesuntukan masa kerana hendak membeli kasut sukan, itu lebih penting (entah dia faham ka tidak, sambil melihat papa seperti seorang YB, haha)
Danish : ok (alhamdulillah senang kerja, ini adalah kerana aktiviti basuhan minda telah aku lakukan semasa perjalanan dari tesco ke giant tadi)

Rak Kasut:
Selepas kemenangan haha
Danish : papa tengok tu (sambil menunjukkan kasut ben10 yang sama seperti di tesco tadi)
Aku : alah tak yah lah yang tu, sebab dia ada lampu lah, lagi pun kasut ni berat, nanti esok danish kalah sebab lari lambat
Danish : ok kita cari yang lain lah
Aku : haaa cuba pakai yang ni(sambil danish masukkan kaki dan muat, harga RM20.00, oklah tu). Ok tak yang ni?
Danish : Ok

Sambil berjalan nak ke kaunter bayaran, aku disaman oleh danish;
Lego buatan China
Danish : (matanya melihat rak permainan) nak tu...nak tu...nak tu...(semua dia tunjuk)
Aku : hmm ok, yang ni tak boleh sebab ada anjing, jadi kita ambil yang ni jelah (lego buatan china). kalau papa beli yang ni, danish boleh main sekali dgn kakak, sian kakak, duduk rumah, kakak kan demam (sambil aku buat suara seperti kakak yang demam)
Danish : ok papa, tapi mainan ini danish yang punya, bukan kakak
Aku : ikut danish lah, jom kita balik

kami pulang dan malam tu aku dan danish tidur lewat, sebab aku kena teman dia buat kereta, ayam, rumah dan sebagainya (lego buatan china) sambil dia memakai kasut sukan yang baru
Alhamdulillah, Terima kasih ALLAH


06 April, 2013

Terima Kasih ALLAH

Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang,
Assalamualaikum,

Insya Allah aku akan berangkat untuk menunaikan umrah pada 09-April-2013 nanti. Aku harapkan segala yang terbaik dan diberikan kesihatan dalam menunaikan ibadah padaNya nanti. Terima kasih ALLAH

Maaf lama aku tidak menulis, mungkin semenjak 1-2 tahun ini sangat sibuk dengan tugasan untuk memberi makan sedikit sebanyak kepada keluarga yang tercinta. Terima kasih ALLAH

Tahun 2013, damia dah 6 tahun, danish dah 4 tahun, cepat masa berlalu, rasanya seperti semalam aku baru menyambut kelahiran mereka dengan penuh darah ditangan. Moga anak-anakku menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kepada ku dan pegawai bankku. Terima kasih ALLAH
seronok!!!

Damia, banyak dia telah belajar, dari PASTI hingga ke Genius Aulad, alhamdulillah sekarang dah boleh membaca buku, suratkhabar, majalah dan sebagainya yang dia akan ambil dan baca. Bukan setakat bahasa melayu dan bahasa inggeris, malah sekarang ni dah baca Al-quran besar. Terima kasih ALLAH dan terima kasih mak kerana setiap petang ajar ngaji anak sulungku ini.
Terima Kasih ALLAH

Danish, hehe betul orang tua-tua selalu kata anak yang kedua ini berlainan, tapi insya ALLAH jika persekitaran sekeliling banyak membantu dalam pembesaran dia, dengan izin ALLAH dia akan berjaya dan kuat. Alhamdulillah tahun ini aku dan pegawai bank dah hantar dia ke PASTI. Tapi...biasalah budak 4 tahun banyak main daripada belajar, jika ada aktiviti mewarna dia buat tapi tak abis. Allahu Akhbar, tapi dah boleh syahadah, boleh mengaji, berdoa, membilang, menulis, ahh sebagainya apa yang dia belajar di PASTI. Moga dia menjadi seperti ulama terkenal Tukri - Badiuzzaman Said Nursi. Terima kasih ALLAH dan terima kasih tenaga pengajar PASTI

hmm entah kenapa hari ini aku teringat untuk menulis semula, moga ianya menjadi istiqamah pada diriku, wooii aku lupa, hari ni masuk hari yang ke-360 aku dah berhenti dari menghisap asap tembakau!!!, Alhamdulillah, terima kasih ALLAH 

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...