16 October, 2014

Makan-makan : Wak Dol Kitchen (WDK)


Assalamualaikum..

Anda bosan makan di mamak...setiap malam menu roti canai...roti canai..roti canai...
Anda bosan makan di kedai tomyam...setiap malam tomyam...tomyam...tomyam
Anda bosan makan, janganlah bosan, hidupkan diri anda di...

WAK DOL KITCHEN (old trafford)

Di mana?
Apa menunya?
Apa istimewa sangat WDK ni sampai kena letak dalam blog?
Ini bukan Wak Dol!!!
Wak Dol ni jawa ke?
Siapa Wak Dol?
Kenapa nama kedai ni WAK DOL KITCHEN?

Semua persoalan di atas akan bocor selepas kamu...kamu...ya kamu...yang sedang membaca blog ini...(apsal baca), ke WDK pada pembukaannya yang akan dirasmikan oleh VVVIP Selangor;

Tarikh : 18hb Oktober 2014
Masa : 2:00pm - 6:30pm
Hari : Sabtu
Alamat : No.26 Jalan Setia Murni AG, 
               U13/AG Setia Alam, 40170 
               Shah Alam, Selangor
Menu makanan : resepi air tangan bonda

Dari Google Maps

Mana satu Wak Dol? Cuba Teka

15 October, 2014

Tuhan Mulai Marah

Tuhan mulai marah,
Tanah ini tanah berkah,
bala turun alam diperah.

Tuhan mulai marah,
hilang nikmat, disapa serakah,
hidup aman, bukan mudah.

Tuhan mulai marah,
kacau bilau, hidup susah,
mohon Tuhan, tenang jiwa resah.

Nukilan;
Ahmad Syamzari Mamat
23:16:50, Taman Equine

05 October, 2014

Merpati Besi

Untukmu Merpati Besi (MH17 dan MH370)

Merpati besi,
Kau terbang lintas dinding daulat negara,
Menerobos awan dari selatan ke utara.

Merpati besi,
Panji negara tersemat tinggi di dadamu,
Melakar hormat hati ini memujimu

Merpati besi, 
Kau dipanah pemburu rakus,
Kau jatuh diratapi, hilang dimakan kabus,

Merpati besi,
Selamat kembali, kami setia menunggu kamu-kamu,
Umpama kesatria negara, hilang, tapi diingat selalu.

Selamat dan tenang lah kamu-kamu di sana...

Dihasilkan pada 09 September 2014
Ahmad Syamzari Mamat

04 October, 2014

Tips w7 yahoo fantasy sports

Assalamualaikum, dan selamat berhujung minggu. Minggu ini tak banyak tukar pemain, hanya rooney --> aguero. Jika ada pendapat atau pandangan lain, silalah bagi pendapat, hmm kalau beranilah;


29 September, 2014

Makan-makan : The Chemistry Cafe

Assalamualaikum,
  1. Hanya nikmat Allah jualah kalian perlu bersyukur apabila bersama keluarga.
  2. Bekas Pegawai Bank nak minum kopi petang nan sejuk jadi ini adalah salah satu tempat sedara boleh pergi
  3. Untuk mereka yang berkeluarga agak tak sesuai, kerna tempat ni agak dipenuhi oleh budak-budak muda seperti saya dan bekas pegawai bank...
  4. Sebenarnya 
  5. Info Makan-makan di Shah Alam ;
  • Nama Tempat Makan : The Chemistry Cafe
  • Alamat : No 26, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor
  • Telefon : 017 - 6262 797
  • Jenis Makanan : Kebaratan yang tak berat
  • Kesesuaian : Untuk 2 orang ok, tapi kalau datang keluarga besar, meja jauh-jauh, tak boleh sambung macam mamak (malu apa sambung meja kat tempat macam ni)
  • Keselesaan : Selesa mata memandang rekabentuk yang terhasil pada setiap sentuhan dinding dan meja, macam dalam lab/makmal
  • Makanan : 4.5 bintang berterabur daripada 5
  • Harga : Ok sebab sedap
  • Antara gambar yang telah diambil;

Chemical Reaction

Banana Waffle 



tumbuhan dalam balang makmal..
Bil
Ice Mocha


Blueberry Muffin 
Suasana di dalam (tolong jangan tanya kenapa 2 model mcm tu)

Tengah main game sambil menghayati suasana dalam kedai

27 September, 2014

Tips w6 yahoo fantasy sports


untuk rujukan dan pandangan;

Sebelum W6
Keeper:
Thibaut Courtois - HOME - chelsea vs aston villa, clean sheet, kemungkinan diserang oleh villa tinggi untuk menutup aib selepas dikalahkan oleh arsenal minggu lepas
Defenders:
Martin Kelly - HOMEcrystal palace vs leicester city, tidak bermain semasa seri dengan Burnley, tetapi memberi sumbangan yang memberangsangkan semasa menang dengan Everton - winning tackles, intercepting passes an assist. Kena ada dalam pasukan anda, lawan Leicester yang menang dengan team keramat minggu lepas, mungkin membuatkan mereka alpa pada minggu ini.

Ryan Bertrand HOME -  Southampton vs QPR, pemain on-loan daripada chelsea yang terbaik, better defender, contributing to attacking.

Patrick van Aanholt HOME -  Sunderland vs Swansea, fantasy points for a variety of defensive contributions, striking a couple of shots on target and picking up an assist.

Midfielders:
Angel Fabian Di Maria HOME -  Man Utd vs West Ham, tak payah komen, antara yang membuatkan ronaldo marah apabila dia berpindah, shots on and off target ada pada kakinya.

Dusan Tadic - HOME -  Southampton vs QPR, bonus memilih dia disebabkan dia adalah penalty taker, mesti pilih.

Raheem Sterling - HOME -  Liverpool vs Everton, setelah berpenat lelah bermain selama 120 minit (dan penalti mcm main badminton), takkan dia tak main pada perlawanan derby dengan everton ni, masih muda dan takkan nak harap kuda tua yang lain, antara yang tertinggi point dalam game Yahoo fantasy ini.

Cesc Febregas - HOME -  Chelsea vs Everton, enam assists dan beregu utama bersama Diego Costa. Semua pasukan mesti ada hehe.

Strikers:
Wayne Rooney  HOME -  Man Utd vs West Ham, aku simpan walaupun minggu lepas dia maki pengadil

Radamel Falcao  HOME -  Man Utd vs West Ham, mengharapkan gol pertama dan seterusnya daripada pemain ini selepas asyik shots on target ja minggu lepas.

Diego Costa - HOME -  tujuh gol, ramai yang ada pemain ini, gila tak pilih, cuma ada risiko kad kuning seperti perlawanan lepas...hmmm 

Selepas penyusunan semula


Jadi cadangkan pemain anda pula....


13 June, 2014

Antara world cup, bulan sya'ban dan ramadhan

Assalamualaikum,

  1. Sibuk manusia yang masih hidup dengan kedatangan world cup 2014.
  2. Di malaysia, ramai yang mengambil cuti sakit kerana mata merah dan bengkak.
  3. Semalam juga ramai yang berkongsi di media sosial akan kelebihan malam nisfu sya'ban
  4. Ramai yang sekadar baca dan ada juga yang telah menjadi ustaz dan kadang terlebih ulama dari ulama muktabar
  5. Sebenarnya aku telah merasai dekatnya ramadhan apabila adanya tilawah Al-quran dan satu lagi adanya bisikan suara perempuan di halwa telinga menerobos ke otak dan mencetak perkataan kurma yusof taiyoooob
  6. Betul kata kawanku Nasrul Izwan, tahun ni manusia khususnya mereka yang berada di malaysia telah melaksanakan bangun malam atau lebih arab qiamulail lebih awal daripada biasa.
  7. Ini adalah kerana berkemungkinan persediaan awal sebelum ketibaan bulan ramadhan yang sebenar
  8. Aku sudah tua, kadang-kadang tersungkur berdengkur sebelum sepak mula bermula
  9. Oleh itu beringat lah solat isyak terlebih dahulu sebelum menunggu qiam mu lail atau terlepas hingga ke subuh dinihari
  10. Jadikan ramadhan ini lebih baik drpd ramadhan yang lepas dan moga world cup pada tahun ini adalah asbab untuk anda semua lebih dekat dengan Allah
Sekian, terima kasih

06 May, 2014

Menulis...


Status pada masa ini:

Pegawai Bank telah bertukar status kepada Suri Rumah sepenuh masa,
Nur Aleia Damia - sudah menginjak ke darjah satu, bersekolah pagi dan petang
Ahmad Danish - speaking...stop talking, boboboi, pandai jaga adik...haaa ada adik...

Alhamdulillah kurnia rezekiMU ya ALLAH, lahirlah anak aku bersama Pegawai Bank Suri Rumah pada 25 Januari 2014...

Ahmad Darwish...

Ahmad Syamzari Mamat

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...