26 November, 2008

nur_aleia_damia

Nur Aleia Damia bt Ahmad Syamzari nama diberi,
keletahmu mengamit hatiku dan mama mu,

oklah hari ni lepas abis aku training di perpustakaan negara, sebelum aku disibukkan dengan kerja-kerja di opis baik aku citer dulu pasal anak perempuan aku ni...

teringat masa mama mengandungkan dia dulu...alhamdulillah mama tak teruk sangat morning sickness nya...oklah boleh masak...tapi yang aku peliknya masa sebelum mengandung mama suka sangat makan nasi ayam tapi masa mengandungkan DAMIA nie...uih dgr iklan chicken rice shop pun takleh apatah lagi kalu bau nasi ayam mama rasa mcm nak muntah, loya hehehe so dlm fikiran aku masa tu mayb anak aku mmg tak suka makan nasi ayam bila dah besar nanti hehehe...

dalam tempoh mengandung ni jugak mama suka makan-makan western food, makanan mamak...tapi aku salute ngan bini aku nie walaupun dia mengandung...(yelah bang, org mengandung nie dia cepat penat)... dia selalu kalau boleh nak masak makanan untuk aku, tak kiralah makan pagi ke, makan tengahari ke atau makan malam...kadang-kadang tu kalu aku kesian sangat aku beli jer makanan kat luar.

hmm oklah masa mama mengandung nie...suka aku tgk perut dia sbb masa dah besar sgt tu damia kat dlm asik tendang-tendang jer perut mama dia nie...sampai ada satu hari tu masa aku pegang perut mama...aku dapat rasa tendangan damia hehehhe...

hari ke hari aku dan mama sabar menunggu kelahiran damia...(opsss...aku smabung balik keja, mlm ni aku sambung balik, ingat nak letak sekali pic damia nanti...)

25 November, 2008

internet_lambat


hari ni internet macam haram(sebenarnya dari semlm lagi masa kat opis)..dah lah aku nak buat keja payah...keja-keja aku semuanya memerlukan internet...lagilah pulak aku skrg nie ada kat site....ada training utk KPKKW di Perpustakaan Negara... antara keja-keja yang aku nak buat hari ini tapi takleh nak buat....
  1. update database kat polimas
  2. nie haa masa sesi training nak update user pun lambat..aduhh
  3. ni masalah telekom nie...diaorg nie tgh buat keja...kalu buat keja mlm2 takleh ker...
so aku cuba sedaya upaya jugaklah nak kasi abiskan semua keja-keja tertangguh seperti di atas... alih2 POLIMAS ada masalah dengan server eperalatan kat sana aku rasa tak up...so bincang punya bincang, buellart kena gi sana minggu ni...so dia kena layan semua permintaan dari user polimas untuk minggu nie...

hmm mlm nie manchester united lawan villareal... semasa aku menulis ni bini aku tgh tgk apa yang aku nukilkan...sian dia tak sihat rasanya...sian mama hehehe...

ok sambung balik so man utd vs villareal dengan ronaldo, berbatov injured..aduhh dah lawan masa 1st game dulu seri jerk..hmm harapan aku untuk mlm ni tak tinggi sangatlah...tapi yang penting dapat jadi top 2 pun ok dh...so tunggu jelah mlm nie...kalu game best aku layan sampai abis kalu hambar jerk aku rasa baik aku layan tdo sbb esok nak kena ngajar....

hmm esok aku kena ajar Kehilangan dan Hapuskira..ni tak baca lagi flow untuk modul ni...ingat lepas tgk prison break mlm ni baru aku nak study modul tu...tapi kalu dah ngantuk sangat ingat tdo dulu lahh

24 November, 2008

atm_kad_keluar_duit_luar_negara

hmm aku sambung balik untuk hari ni, tadi kawan aku DEQ, dia sms aku pasal nak kuar duit dari bangkok menggunakan atm card CIMB, hari tu dia dah tanya dah nak kena aktifkan ke tak kad tu.. tapi aku lupa nak bgtahu dia yang sememangnya kena aktifkan dulu kad kat branch atau telefon customer line cimb

so tadi di sms kata takleh nak kuar duit dan aku baru teringat masa aku gi brunei dulu aku kena call maybank customer line untuk aktifkan kad tersebut supaya boleh digunakan di luar malaysia. kat brunei bagi aku takde masalah sbb kat sana pun ada maybank punya branch. tapi aku tak pastilah kat bangkok tu ada ke tak maybank nie haa...

jadi aku pun carilah kat dlm net, nak tolong kawan punya pasal so adalah aku jumpa beberapa forum yang duk bincang pasal benda nie... last sekali aku bg DEQ no phone CIMB pahtu dia kena call lah dari bangkok tu hehehe (sori kawan, aku bukan nak nyusahkan ko, cuma aku terlupa).

biasanya pihak bank nak tahu;
  1. no ic
  2. no kad atm cimb
  3. no passport
kepada kawanku deq, jgn marah erkk nanti jgn lupa bawak balik buah tangan kat aku.....

keja_ku_banyak_sgt

hehe...aku sampai opis dlm kul 12 sbb nak jumpa org kat opis...tapi sebelum sampai opis tu banyak gila call dari customer berkenaan dgn sistem e-Peralatan yang kita org buat nie...yang aku ingat dari POLIMAS, Arkib Negara dan Kraftangan...perghh semua masalah...tapi takpe semua tu akan di handle oleh aku ini...lagipun masalah yang diaorang bgtahu ni bukan disebabkan oleh sistem..tapi oleh pengguna tu sendiri..

hari nie lepas service keta (hmm aduhhhh kena tukar lagi break pad...bulan 8 hari tu dah tukar dah) aku terus ke tempat photostat untuk photostat dokumen bagi training esok...nasib baik bro nie buat cepat...so settelah keja aku kat sana...

jadi aku terus balik opis....so skrg aku dh balik opis ....aku smbung keja jap...nanti aku sambung balik

aku_masih_seperti_dulu

inilah posting aku yang entah berapa kali...dulu aku selalu ingin berblog, dah lama aku tinggalkan dunia blog nie. aku selalu tiada masa, diharap dengan permulaan ini bukanlah pengakhiran dari aku untuk menulis sesuatu yang keluar dari otak aku ini.

banyak yang telah aku tempuhi...dah nak dekat 27 tahun aku hidup di dunia ini...pahit, manis, suka, duka, semuanya aku rasa sudah aku tempuhi...entah bagaimana perasaan aku sekarang...

daripada seorang anak kepada seorang ayah (damia panggil aku papa)...

inilah permulaan untuk aku berblog, moga aku akan istiqamah dalam penulisan blog ini

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...