24 April, 2009

odo_meter_myvii

salam,

huh dah lama aku nak letak gambar-gambar yang aku amik dari odometer keter aku...aku suka tengok nombor-nombor yang bagi aku cantik...keretaku ni dibeli pada 09hb September 2006...huh dah nak dekat 2 tahun lebih aku gunakan kereta ni...kalau korang tengok odometer yang dipaparkan pada pic kat bawah ni mesti korang terkejut...yelah baru 2 tahun, kilometer dah lebih 100 ribu...hahaha...

banyak sungguh tempat yang aku dah pegi...haaa ni korang kira sendirilah, setiap hari dari rumah sehingga ke tempat keja bini aku dan seterusnya ke tempat keja aku di seri kembangan boleh capai lebih kurang 200km, pergi dan balik keja sahaja...tak pegi mana-mana tau, kalau outstation lain citer beb, so setiap bulan dah boleh cecah 5000km dan setiap bulan jugak aku kena servis kereta hahahaha...

oklah abis bab keta aku....haa ni aku nak bagi tips kalau korang mengantuk semasa memandu...

apa yang aku buat...aku akan tengok setiap plat nombor kereta yang ada kat depan aku...dan aku akan mengira semua nombor dengan mencampurkannya contohnya... XXX2526...so apa yang aku buat aku campurkan 2+5+2+6 = 15, campurkan lagi 1+5 = 6, sehingga nombor-nombor yang aku campurkan itu dapat 1 digit sahaja...

so setiap kali ada kereta kat depan aku,... aku akan buat macam ni...dan ini akan menyebabkan otak aku berjalan..dan seterusnya hilang perasaan mengantuk ni...yang ni untuk mengantuk yang sikit-sikitlah...tapi kalau korang dah tak tahan sangat ngantuk berentikan kereta adalah jalan terbaik, tido sekejap, basuh muka dan sebagainya hehehe...

so kat bawah ni pic yang aku amik;
tarikh : 08hb Disember 2008
masa : 9:08 malam
tarikh : 27hb Mac 2009
masa : 12:01 tengahari
tarikh : 23hb April 2009
masa : 07:05 petang
tarikh : 24hb April 2009
masa : 07:05 petang
tarikh : 24hb April 2009
masa : 08:20 pagi
sekian,

22 April, 2009

yea_damia_dah_balik

salam,

17hb april 2009 -
selepas kepulangan aku dari outstation di POLIMAS (training user, sistem e-Peralatan), malam tu lebih kurang pukul 11.30 malam, aku bersama isteri tercinta mengambil keputusan untuk pulang ke kelantan...walaupun penat masih belum hilang, tapi kerna teringatkan damia sangat-sangat, jadi aku kuatkan diri untuk drive balik ke sana...

huh perjalanan memang mengambil masa yang agak lama...aku sampai ke kelantan lebih kurang pukul 7.30 pagi...aku kena bawak slow sebabnya isteriku pregnant dan masa check-up hari tu, doc cakap uri kat bawah, jadi aku bawaklah slow dalam 80-100km/j...

perjalanan ini amik masa yang lama antara sebab utamanya adalah kerna aku banyak berenti...yelah bang ngantuk oooo...penat badan ini masih terasa sehingga hari ini...

dan semasa perjalanan antara gua musang ke kuala krai...aku tengok banyak lembu bergelimpangan di jalan raya...yang mati dilanggar kereta dan lori...huh ini membuatkan aku lebih berhati-hati (jalan gelap dan berkabus beb)

18hb april 2009 -
huh sampai gak ke kampung, alhamdulillah...semasa masuk ke lorong rumah mentua aku..aku dah bayangkan damia..."damia papa ngan mama dah datang, rindu kat damia sangat-sangat"kata aku dalam hati..

so bila sampai aku tengok damia didukung oleh bapa mertuaku, sambil senyum-senyum cat, dia senyum kat papa and mama ni hehehe...hilang rasa penat...dan selepas itu...damia dah tak nak pegi dah kat orang lain, dia nak gi kat aku ngan mama dia sahaja...aku rasa dia memang rindu sangat-sangat kat papa n mama dia nie...aku pun dapat rasa apa yang dia rasa...

dan yang aku teringat sangat-sangat pada pagi tu...apabila aku dah tak tahan sebab ngantuk sangat-sangat, dia pegang tangan aku suruh teman dia main, suruh dukung dia...wahh rindu sungguh anak aku ni...sampaikan isteri aku kena ajak dia gi kedai beli roti dan aku terpaksa menyorok untuk tidur...

selepas balik dari kedai dia cari aku kat semua bilik...."papa...papa...papa"panggil damia...masa ni aku dah tak sedar dah...ngantuk beb...huh...sedih balik bila teringat dia duk mencari aku...sorrylah damia...papa ngantuk sangat...

dan cerita isteri aku, dia tengok selipar aku ada kat luar, dia pegang selipar tu...dan apabila selipar aku dipijak oleh ALIFF (anak kak long)...huh bukan main marah dia hehehe...

aku bangun balik dalam kul 12.oo tengahari...aku keluar dari persembunyian dan terus gi kat damia...haaa lepas tu memang dia tak nak lepas lah...asik nak dukung dan nak senantiasa aku berada di sisi dia...sampaikan aku nak mandi pun tak boleh hehehe...

so aktiviti hari ni aku nak melawat tok ki yang berada di terengganu, yelah melawat orang tua, aku pun masa balik kampung macam ni lah boleh nak melawat...kalau tak, masa raya lah baru balik...

tapi kesilapan yang telah aku lakukan adalah tidak menelefon ayah cik terlebih dahulu sebelum ke sana, tok mok dah keluar sebab melawat orang sakit kat hospital terengganu, jadi aku berjanji untuk singgah semula hari isnin ni...yelah takut terasa hatilah tok mok...sebab tak jumpa dia... aku ke sana bersama damia, mama dan aliff...lebih kurang pukul 8.30 malam baru balik...sian mama penat....

dan semasa kat umah tok ki ni damia memang tak nak berenggang dengan aku pada mulanya , yang aku nampak sangat sekarang ni, dia tak nak berenggang dengan aku, dengan mama dia takpe...kalau ngan aku tak boleh langsung...tapi selepas duk lama kat situ barulah dia boleh berlari-lari kat rumah tok ki hehehehe...(teringat aku masa kecik-kecik dulu masa main lari-lari kat umah tok...kena marah beb...tok siap cakap kalau lari-lari macam ni runtuh rumah aku hahahaha)

19hb april 2009 -
hari ni aktiviti nak bawak damia gi cucuk subang kat telinga...pahtu terus gi lawat anak kak long yang sulung (nasha)...dia sekarang duk kat asrama...so sebelum nak bawak balik damia, dia nak jumpa dulu...pahtu aku bawak semua, mama, damia, mak mentua aku dan nasha ke pantai cahaya bulan...kita orang makan-makan kat sana...

huh malam ni ada bola manchester united lawan everton FA cup, dan sampai ke pukul 2.00 pagi aku masih terpacak di depan tv melihat kekalahan man utd huhuhuh...fergie bawak turun ramai pemain muda...pahtu berbatov takleh pakai lahh aduyai tension aku tengok dia main, baik bawak masuk mecheda...

20hb april 2009 -
hari ni nak balik ke klang....aku dah janji ngan tok mok nak singgah ke terengganu...jadi aku kena balik ikut sanalah...beb perjalanan memang jauh sangat-sangat...tambah lebih kurang 200km lagi hahaha...sian kat mak mentua, mama ngan damia sebab perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam duk atas kereta...yelah korang bayangkan bertolak dari kelantan lebih kurang pukul 10.30 pagi dan kami semua sampai di klang lebih kurang pukul 10 malam...huh penat...penat

dan macam biasa aku banyak berenti...basuh muka segarkan badan...haaa masa dalam perjalanan ni lah damia suka ke depan...ke belakang...masa aku tengah drive dia nak duk kat atas riba aku hehehe..damia...damia...

masa ni damia dah asik batuk-batuk dah...sian dia bila dia batuk masa tido...sampai terbangun-bangun...kuat jugaklah dia batuk tu...

21hb april 2009 -
mama hari ni memang cuti lagi...aku pagi-pagi dah keluar...nak kena pegi ke IKN, Rawang ada meeting kat sana...so hari ni sampai tengahari kena duk kat sana...pagi ni nasib baik damia tak de masalah...tak sangat nak ikut aku...

semasa dalam perjalanan aku ke IKN, izam call kata ada tender yang perlu di submit minggu ni... jadi nak kena datang opis lah petang nanti...tapi aku nak kena balik rumah dulu...nak beli lauk untuk mama, mak mentua dan damia hehehe...

so sesampainya aku ke rumah, damia dah tunggu depan pintu...hehe tunggu aku lah tu...

selepas makan, aku rancang nak bawak damia ke klinik...huh masa kat klinik ni suhu damia dah cecah 38 darjah...perghh panas tu...doc bagi ubat masuk dari punggung...lepas tu barulah reda sikit panas dia...

selepas ke klinik, aku singgah kejap kat rumah di bukit raja...saja mak mentua aku nak tengok rumah kat sini...haaa damia apa lagi masa nie dia dah ok sikit apalagi berlari-lari anak lah dalam rumah ni...sambil bermain dengan khemah berbentuk rumah yang aku dan bini aku belikan hari tu kat toys'r us...

so lebih kurang dalam pukul 6.00 petang aku gerak terus ke opis...haaa masa ni aku berjaya melarikan diri...masa ni damia tak sedar aku dah pegi ke opis...

sampai jer aku kat opis...wife aku call...dia kata damia duk cari aku...dia tak nak kat orang lain...cuma nak gi kat bini aku jerk...penat bini aku layan dia...naik atas...turun bawah...sian lak bini aku kena masa ngandung-ngandung ni...

so masa kat opis rupanya hari khamis baru tender ni tutup...jadi aku buat lah sedikit dokumen tolong badran...esok takdelah kelam kabut sangat...masa tengah duk buat keja nie...mak mentua aku call...kata bini aku dah penat nak layan damia...aduh sian-sian...jadi aku siapkan mana yang patut dan terus balik ke rumah...

sampai di rumah, damia dah merajuk kat aku...dia dah tak nak layan dah aku...hehe dia buat muka sombong...hehe nakal sungguh anak aku ni...so selepas abg ipar ngan kak ipar aku balik baru dia gi kat aku...

malam masa nak tido...dia batuk kuat sangat sampai takleh tido...so apa yang aku buat...aku dukung dia sambil jalan-jalan kat dalam bilik...dan dia tertido di pangkuan aku...penat gak bang hehehehe...lepas tu aku letak dia kat katil...tapi selang 10 minit lepas tu dia batuk kuat lagi...bila dah batuk kuat macam ni dia terus terjaga...soo apalagi aku kena dukung dia dan berjalan-jalan balik kat dalam bilik ni...lebih kurang 2-3 kali gak lah aku buat macam nie....

bini aku pun terus nak amik EL esok sebab kesian tengok damia masih demam dan batuk ...kesian kat bini aku..dia pun penat gak tu...sabar-sabar ek sayang hehehehe...

22hb april 2009 -
aku ke opis lambat sikit hari ni...hehe lepas subuh tido balik...ngantuk sangat-sangat sebab tak cukup tido semalam...badan masih lagi penat...penat balik kampung tak hilang lagi...lepas mandi, aku terus belikan sarapan dan lauk sikit, damia dan mama ikut sekali...

lepas tu aku terus ke opis...dan aku dah bagitahu dah kat bini aku yang aku balik pagi esoknya sebab nak siapkan tender nie...hehe biasalah pricing keluar pagi-pagi orang dah tido baru nak kuar...masa ni lah korang akan tengok harga naik turun hahaha...ini pengalaman kedua aku buat tender...so pagi esok baru aku balik....oklah aku nak sambung balik buat dokumen tender....yang lain semua dah siap...cuma tunggu pricing sahaja nie....

sekian,

14 April, 2009

lamanya_aku_tidak_posting

salam,

- aku sibuk;
  • dengan urusan kerja Daya One...1-2 bulan ini penuh dengan training pengguna di politeknik-politeknik.. sekarang aku berada di Jitra, Polimas, baru habis minggu lepas di Politeknik Shah Alam selama 2 minggu di sana..
  • dengan urusan nak masuk rumah di Bandar Bukit Raja...pasang lampu, kipas, dan sebagainya...yang diperlukan
  • mencari pengasuh/orang gaji untuk damia...huh sedih-sedih damia sekarang ada kat kelantan...dah nak dekat 1 bulan dah dia duk kat sana...insya ALLAH minggu ni aku nak balik kelantan, nak ambil dia balik ke klang....tak tertahan kesedihan ini bila dia jumpa kereta myvi...dia ingat aku ada kat dalam keta tu (cerita mak mentua aku)...
sekian,

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...