21 April, 2011

Fakta tentang air


السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

  1. 22 Mac setiap tahun adalah Hari Air Sedunia
  2. bermula tahun 1993, 22 Mac adalah sambutan Hari Air Sedunia yang pertama
  3. Isi padu air di muka bumi - 1.4 bilion km padu (km3)
  4. Isi padu air tawar - 35 juta km3 bersamaan 2.5% daripada keseluruhan
  5. Daripada isipadu air tawar - 70% dilitupi salji dan ais
  6. 30% lagi tersimpan di perut bumi
  7. tambahan fakta - sudah lebih 24 bulan (lebih kuranglah) bersamaan dgn 2 tahun, aku tak membayar air di negeri selangor ini, terima kasih kerajaan negeri selangor kerana 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'
  8. tambahan lagi fakta - Melaka, tarif air NAIK,
pesanan kepada warga melaka - sila pindah ke selangor untuk menikmati air, sumber harian anda seperti aku di atas , syukur alhamdulillah
nota kaki : gambar di atas tiada kena mengena ngan mana-mana pihak, aku ambil dari http://gempakz.org

19 April, 2011

setelah 2 tahun

Assalamualaikum,

  1. ya aku lama tidak mengemaskini blog, dulu semasa rajin, boleh dikatakan setiap hari aku akan mengemaskini. Tapi sekarang anak dah masuk 2 (ketiga belum lagi), rasa terdetik di hati untuk mengemaskini semula
  2. melihat anak membesar di depan mata, membayangkan aku semasa kecil dahulu. banyak perubahan berlaku sepanjang hidup ini
  3. kepenatan bekerja menjadikan anak-anak tempat aku melepaskan lelah, hilang sekelip mata apabila kakak dan adik bermanja dengan ku
  4. 'pegawai cimb', aku berterima kasih kepada mu kerana memahami aku secukup rasa, masin, manis dan pahit kehidupan kita tempuh bersama, alhamdulillah sudah 5 tahun aku tidak jemu memandang mu 'pegawai cimb'
  5. demi masa, perjalananku masih jauh, banyak visi, misi aku dalam senarai yang menuntut penyelesaian. moga aku dapat menyelesaikan misi hidupku
cetusan ini lahir dari hati, tiada sokongan mahupun panduan daripada sesiapa

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...