28 March, 2009

huh_pengalaman_24jam

salam,

selepas langkah drastik aku pada hari jumaat kelmarin, aku 'mengalami kesengsaraan' untuk 24 jam yang pertama ini...nak habiskan satu hari ini penuh dengan dugaan dan rintangan...hantu nikotin menjelma di dalam diri beberapa kali...

Pagi;
aku bersama isteri berada di Bandar Bukit Raja, sebabnya kontraktor nak datang untuk buat simen... tapi apakan daya, dia tak dapat nak datang...motor rosak dan dah lambat sangat...nak simen belakang rumah kena buat awal-awal pagi sebabnya sekarang ni di klang ni asik hujan sahaja...kang nanti bila hujan abislah simen...tak cantik...

----masa ni tak terasa lagi nak hisap rokok, hantu nikotin belum keluar dari sarang dia lagi...

dalam pukul 10.30 pagi...selepas confirm kontraktor tu dapat datang, aku dan bini terus ke bandar di raja klang...kita orang tukar plan...hari ini kena buat sesuatu gak untuk siapkan rumah tu secepat mungkin...jadi kitaorang pun terus mencari-cari kedai elektrik yang jual lampu dan kipas ceiling...

Petang;
huh gila...gila aku rasa hari ini lah hari paling lama....sebabnya...
  1. aku menahan diri daripada merokok; beberapa kali hantu nikotin menjelma, aku nak merokok tapi bini kesayangan aku menghalang aku...tima kasih sayang...
  2. pilih lampu dan kipas...lama sungguh beb...bab untuk memilih semua lampu dan kipas ni aku serahkan terus kepada bini aku...semua yang dia pilih aku tak kisah...hehehe
  3. perasaan marah, resah, gelisah, sakit kepala semua ada hari ini...arghhh...
  4. huh..lagi satu masa aku ke jamban, perghh memang lama beb, hahaha lenguh kaki den..
lebih kurang pukul 3.00 petang, aku dan bini aku singgah dulu ke andalas, sebabnya nak kena pinjam van rusa, barang-barang elektrik yang dibeli tak cukup nak dimuatkan ke dalam myvi...

selepas asar;
pergi ke kedai elektrik tu balik, nasib baik aku dapat mengawal emosi, tak leh bawak laju-laju...bawak perlahan-lahan...huh dan nasib baik gak, pergi dan balik ke klang tu amik masa hanya se-jam, dan nasib baik lagi tak traffic-jam...

dah nak maghrib;
izam call rumah kat andalas, sori beb handset aku memang dah abis bateri, dan memang teruk dah handset ni, cas ja sekejap jer abih...tension...tension
pasal proposal yang perlu aku siapkan...dia nak malam ni gak...perghh...aku ingat dia nak minggu depan...nasib baik aku bawak laptop...so masa kat rumah andalas...aku abiskan keja aku...

haa masa ni memang aku dapat rasakan hantu-hantu nikotin telah berkeliaran berhampiran dengan aku...masa tengah pulun duk buat keja ni memang hantu-hantu ni suka datang...tapi apabila memandang muka bini aku...terbayang pulak kotak rokok yang ada gambar tu...aku batalkan terus niat nak mencari sebatang rokok...

balik ke pandamar;
huh...penat sungguh hari ini....menahan diri untuk tidak menghisap rokok adalah satu perbuatan yang memenatkan..aku nak tido dah nie...esok bermula satu hari lagi untuk aku menahan diri daripada pujukan dan rayuan hantu-hantu nikotin...insya ALLAH esok aku lebih bersedia lagi... doakan kemenangan aku untuk esok..

keputusan;
aku_bukan_lembu vs hantu nikotin
1 ----- 0
sekian,

27 March, 2009

huh_peritnya...

salam,

petang tadi aku dah post kat blog tentang kenekadan (ada ker perkataan ni) aku untuk berhenti hisap rokok, ianya adalah kerana TOK GURU dah menyindir, sound baik punya...sapa-sapa yang hisap rokok ni adalah lebih hina dari LEMBU...nasib baik bukan BA ALIF BA YA..hehehe...

beb aku baru terasa hahaha...dan penyebab yang lain pula ialah packaging baru pada kotak rokok tu... lagilah membuatkan aku nak berenti...terima kasih TOK GURU dan terima kasih juga kotak rokok hahaha...

sekarang dah pukul 10.56 malam, aku tak hisap rokok lebih kurang 6 jam 3 minit...huh peritnya beb...sekarang ni mulut aku macam duk meminta untuk dihisapkan rokok...tahan...tahan...ingat kata tok guru...ingat rokok tu tak best...banyak kan minum air masak...hahahahah....baik aku tido terus jap lagi....

so di bawah ini aku senaraikan maklumat mengenai apa yang berlaku selepas berhenti merokok...

Apakah yang berlaku apabila anda berhenti merokok?

Selepas 12 jam anda berhenti merokok, badan anda akan mula memulih secara spontan. Paras karbon monoksida dan nikotin dalam sistem badan anda akan turun secara mendadak, dan jantung serta peparu anda akan membaikpulih kerosakan yang disebabkan oleh penghisapan rokok.

Carta di bawah menerangkan perubahan dramatik yang berlaku dalam badan anda selepas anda berhenti merokok:


Hari 1

Beberapa jam selepas berhenti merokok, semua kesan karbon monoksida telah disingkirkan daripada badan anda.

Hari 2
Semua hasil sampingan rokok disingkirkan dari sistem badan anda dan deria rasa dan bau anda juga bertambah peka.

2 hingga 3 minggu
Kesan gian rokok telah hilang.

3 minggu
Lapisan silium, ujuran berupa rerambut dalam peparu anda mula menyingkirkan tar dan lendir yang terkumpul di dalam peparu dan menyebabkan anda terbatuk keluar benda-benda ini.

4 minggu
Anda berasa lebih mudah untuk bersenam dan mendaki anak tangga kerana pengaliran udara ke dalam peparu anda telah bertambah.

2 bulan
Pengaliran darah ke anggota kaki dan tangan bertambah baik , maka suhunya dinaikkan semula ke suhu badan normal.

1 tahun
Risiko mendapat penyakit jantung telah berkurang separuh berbanding dengan seseorang yang masih merokok.

10 hingga 15 tahun
Selepas 10 hingga 15 tahun, risiko kematian awal diminimumkan seperti mereka yang tidak pernah merokok. 10 tahun selepas berhenti merokok, risiko kematian akibat kanser paru-paru adalah 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada golongan yang masih merokok.


Dalam jangka masa ini, kemungkinan besar anda juga akan mengalami simptom-simptom gian rokok, iaitu tindakbalas badan anda terhadap kekurangan nikotin. Simptom-simptom gian rokok adalah berbeza bagi individu, dari sakit kepala, kerisauan, cepat marah/panas baran, keletihan, hingga insomnia dan juga rasa loya. Perubatan, sokongan sosial kaunseling dan perubahan gaya hidup sedikit sebanyak dapat meringankan simptom-simptom ini, tetapi tidak mampu menghilangkan kesemuanya. --- sumber dari http://www.iwanttoquitsmoking.com.my/johnsonjohnson/bm/whathappens.html

sekian,

tok_guru_dah_sound

salam,

aduhh kali ini aku terkena...tok guru dah sound mengenai PEROKOK LEBIH HINA DARI LEMBU ...perghh terkena aku hari ini....haa ni yang dia kata semasa menyampaikan kuliah Jumaat pagi tadi di dataran Ilmu, Kota Bahru
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,”
pagi tadi semasa menunggu kontraktor nak datang rumah di Bukit Raja, aku ke petronas nak beli rokoklah...alih-alih apa yang aku dapat rokok dengan packaging baru...haa korang tengok lah gambar yang aku sediakan ni...aku cakap kat
bangla tu aku nak tukar...tak nak amik gambar nie...takut...tapi si bangla tu kata dah takde yang lain...jadi aku beli jugak rokok ni dalam keadaan terpaksa...

so sebelum aku bukak rokok tu aku tengoklah gambar...."ROKOK PENYEBAB KELAHIRAN BAYI PRA-MATANG"...aduhh lagi...bini aku dah lah mengandung..."Ya ALLAH jauhkanlah benda-benda macam ni daripada berlaku"doa aku dalam hati...

jadi aku perlu berenti merokok...so aku cuba berhenti...bermulanya posting aku pada hari ini...pada pukul 4.53 petang tarikh 27hb Mac 2009...aku akan mencuba....moga aku dapat berhenti merokok...amin...

nota kaki : rokok yang masih tinggal dalam kotak tu ada lagi 6 batang...jadi aku akan simpan buat kenangan untuk memberi semangat kepadaku supaya dapat menjauhkan diri daripada rokok...mak, ayah, mak mentua, bapak mentua, bini aku semua dah lama dah sound suruh berenti...tapi aku gak masih degil...maybe ini adalah permulaan aku berenti terus...insya ALLAH...doa-doakan aku sekali....


25 March, 2009

aku_di_polimerlimau_melaka_3

salam,

18hb Mac 2009 sambungan - bersama lie tajap

ok aku sambung balik cerita bersama lie yang tergendala pada hari tu...so malam tu kami (aku, buellart dan wan bear) bercerita panjang dengan lie sambil bermain dengan anak dia...masa aku main dengan anak dia ni...teringat aku kat damia...hehehe...rindu sangat-sangat (macamanalah nanti kalau dia balik ke kelantan nanti...)

so aku letakkan sekali gambar anak dia dalam posting kali ni...bagi kawan-kawan yang mengenali lie tajap ni...inilah beberapa gambar dia bersama anaknya...


ketibaan lie...masa ni lie tengah nak amik anak dia hehehe...wehh lie apsal ko macam dah tak de rambut...haaa heheheh

cara-cara mendukung anak dengan betul yang ditunjukkan oleh Fazlie...masa ni wan bear dengan buellart tengah tekun mendengar pengajaran daripada lie

wan bear tengah belajar macam mana nak bukak stroller baby...hehe tengah belajar nie..sambil diperhatikan oleh saudara buellart dengan penuh khusuk...

buellart tengah mengaplikasikan teknik mendukung budak...yang telah diajar oleh lie tadi...tapi buellart takde masalah sebab dia mempunyai kusyen yang lembut...korang carilah kat mana kusyen tu berada hehehe...wan bear pun nak dukung jugak tapi adam tak nak...takpe bear ko cuba lain kali...hehehe

"ini adalah acara sesi menyuap makanan ke dalam mulut anak...tips..no 1 - kena tekun dan lihat mulut anak...no 2- pastikan mulut anak tu dah terbuka...no 3 - pastikan makanan yang hendak disuap tu jangan terlampau panas...no 4 -....."kata lie kepada buellart dan wan bear hehehehe

cara-cara memegang anak sambil duduk...pastikan anda mempunyai kusyen yang lembut...supaya anak anda merasa selesa yang teramat...hehe wan bear menjeling tajam memerhatikan aku "(dalam hati wan bear) aku pun kena ada kusyen gak nie...baru senang nak pegang anak..."

bye...adam dah nak balik...terima kasih pakcik-pakcik semua...kerana belanja adam hari ni...sambil tersenyum kekenyangan

sesi bergambar sambil memegang kusyen yang lembut itu...hehehe

aku masih belum ada kusyen...kata wan bear di dalam hati hehehe

so..kepada mereka-mereka yang aku usik di gambar-gambar di atas...aku minta maaf...jadi sekarang ni "APA YANG PENTIIING....KERJASAMA" hehehe wonder pet---wonder pet....
sekian,
nota kaki : aku sambung lagi kisah terakhir aku di polimerlimau...aduhh belum tamat lagi ker...boring-boring

60_earth_hour

salam,

sekarang ni banyak media-media memainkan iklan untuk 60 earth our ni...jadi korang paham ke apa dia 60 earth hour ni...so aku cari serba sedikit maklumat mengenainya...jangan korang ikut jer...kena tahu gak apa sebenarnya program ini dilakukan;

- 60 earth hour
- apa nak buat?
- korang kena tutup lampu selama sejam dari pukul 8.30 malam sampai 9.30 malam...
- bila tu?
- hari : sabtu, 28hb Mac 2009
- kenapa kita tutup lampu ?
- sebabnya untuk tanda sokongan/vote dalam masalah global warming yang semakin teruk sekarang ni
- dengan mematikan lampu/memadamkan lampu adalah dikira sebagai satu undi daripada anda untuk bumi kita yang dah tua nie hehehe...
- dan jika anda membuka lampu semasa tarikh dan masa di atas...anda dikira mengundi untuk global warming...kira macam korang menyokong lagilah global warming nie....(baik korang duk kat planet lainlah kalau tak nak tutup lampu hehehe)...
- sapa yang lancarkan/anjurkan benda ni?
- WWF - world wide fund for nature
- sebab nak kena buat benda nie?
- WWF memerlukan 1 billion undi di seluruh negara...jadi kita kena undilah untuk earth...agar tercapai...alah bang...kejap jer buat benda ni ....
- apa yang dapat kalau program dapat kumpul 1 billion undi
- WWF akan membawa isu ini dengan mengatakan telah dapat 1 billion undi di 'Global Climate Change Conference yang akan diadakan di Copenhagen 2009. '
- kat mana nak dapat maklumat mengenai 60 earth hour ni?
- http://www.earthhour.org
- atau yang malaysia punya
- http://earthhour.org.my/main.php

so mudah jer kan nak bagi vote untuk earth ni...jadi korang buatlah sedikit(tutuplah lampu rumah anda) supaya bumi yang dah tua ni tahu yang ada orang/manusia masih menyokong dia...

sekian,

23 March, 2009

umar_abd_aziz

salam,

petang tadi, aku merayau-rayau bersama isteri tercinta (nak hilangkan kebosanan selepas damia kena balik kelantan...nanti aku citer...) di bandaraya shah alam...tempat pertama adalah kompleks shah alam...aku ke sini kerana nak tempah kabinet dapur...untuk membuat persiapan apabila masuk ke rumah kat bandar bukit raja nanti (yang ni nanti aku citer lagi kalau ada masa hehehe...)...

so selepas bayar duit deposit tu...aku terus berjalan-jalan dan ternampak buku ni... "Umar bin Abdul Aziz - Peribadi Zuhud Penegak Keadilan"....dah lama aku cari buku ni...

sebabnya aku mencari buku ini adalah kerana Lim Guan Eng (Ketua Menteri Melaka Pulau Pinang sekarang) ada menyebut tentang hendak menjadikan Umar Abd Aziz ni sebagai contoh dalam pentadbiran yang akan dijalankan di Negeri Pulau Pinang...

so ianya menarik perhatian aku apabila seorang manusia yang berbangsa cina dan bukan Islam boleh menjadikan Umar Abd Aziz ini idola dalam pemerintahan yang akan dijalankan...jadi aku kena tahu lebih lanjut siapakah dia Umar Abdul Aziz nie...yelah sebabnya masa sekolah dulu mana pernah dalam subjek sejarah ada sebut atau sentuh sejarah Umar Abd Aziz nie...seingat aku lah...ka aku tak masuk kelas hehehe...sepatutnya pelajar-pelajar di sekolah atau di universiti perlu diberitahu tentang bagaimana Umar Abd Aziz ni mentadbir sesebuah negara dalam keadaan aman dan damai....tanpa adanya pencuri, perompak, perogol dan sebagainya kerja-kerja jahat ni semasa pemerintahannya...

so buat masa ini aku tengah baca buku ni...nanti dah abis baca aku bagi sinopsis/ringkasan mengenai apa yang aku dapat dari buku ini...

sekian

notakaki : imej buku di atas aku ambil dari http://bookkeeper-uwise.blogspot.com ...kredit to site ni...

dikemaskini semula pada 25/03/2009 pada pukul 12.08am...kerana aku salah letak Lim Guan Eng tu Ketua Menteri Pulau Pinang sebenarnya...aduh macamana boleh salah ni..nasib baik ayah aku komen hahaha...terima kasih...ayah...


21 March, 2009

aku_di_polimerlimau_melaka_2

salam,

18hb Mac 2009 sambungan

Cerita Tentang Fazliee Musatajap...

hehe dulu aku ingat lagi masa kitaorang baru masuk matrik. UUM..dia sebilik ngan aku, Irwandi (budak sarawak) dan Yusnizam (budak kedah)...hehe macam-macam kenangan aku dalam bilik 211, Kolej Telekom...

Lie ni budak kelantan, dulu masa aku balik ke kelantan (balik kampung), aku selalu balik dengan dia...pahtu lepak umah pakcik dia...lie ni jenis orang yang tak kisah...so selalulah kita orang ni kacau dia...tapi dalam dia tak kisah tu..kalau dia marah hehehe muka yang putih ni boleh jadi merah...

dulu selalu aku, lie dan padil dipanggil GITAR...sebab apa kena panggil gitar...sebabnya ko tahulah kalau budak-budak yang kurus ni...tulang rangka tu siap nampak kalau bukak baju...hehehe...tapi sekarang TIDAK lagi hahaha...

ok abis bab citer LIE_TAJAP nie...sambung balik kisah sebelum ini....

so selepas makan kat kedai mamak wan bear teringat kat Lie yang duduk kat melaka ni...jadi aku terus amik no dia dan bagi mesej...sebabnya masa aku call dia tak angkat...sms aku lebih kurang macam nie...

Wehh hg dapat bukak mesej ni hg tepon aku la ni jugak, aku nak buat perhitungan ngan hg, aku ada kat melaka - ahmad syamzari mamat
lepas aku antar mesej tu..tiba-tiba dia call...masa tu dah abis makan dah...so janji punya janji kitaorang akan tunggu di Taman Buaya, Ayer Keroh, bersebelahan dengan Mc D tu haaa...

tunggu punya tunggu...akhirnya lie sampai bersama anak dia adam...bini dia keja plak malam tu...jadi dua beranak ni jelah yang ada...

masa jumpa lie...aku tak percaya yang dia dah jadi bapak budak...hehe...teringat dulu-dulu...hehehe lagi...lagi pun dia sekarang dah tak jadi gitar...lebih kurang macam aku lah hehehe...

anak dia, adam (aku tak ingat nama penuh dia)...masa kami jumpa tu sakit mata...sian dia kecik-kecik dah sakit mata...tapi anak dia ok...tak meragam dan boleh orang lain dukung walaupun dalam keadaan sakit mata tu...

so bila berjumpa kat Mc D kena makan/minum kat Mc D lah...aduhh aku sebenarnya kurang sikit bila makan kat Mc D ni, boikot beb...boikot...tapi tak nak menyusahkan lie dan anak dia so kitaorang lepak lah kat situ...

arghhh sambung lagi....aku nak kena pegi ke Telekom Cyberjaya, Data Center...hari nie diaorang nak pindah server Kementerian Kesihatan...jadi aku sebagai vendor nak kena berada di sana dalam pukul 5.00 petang...

soo sekian,


champion_league_quarter_final

salam,

huh undian untuk menentukan antara lapan pasukan dalam merebut champion league telah dijalankan...hehe jadi keputusannya adalah seperti di bawah ni;

Tuesday, April 7
Villarreal v Arsenal
Manchester United v FC Porto

Wednesday, April 8
Liverpool v Chelsea
Barcelona v Bayern Munich

Tuesday, April 14
Chelsea v Liverpool
Bayern Munich v Barcelona

Wednesday, April 15
Arsenal v Villarreal
FC Porto v Manchester United

Semi-Finals: SEMI-FINALS: Ties to be played April 28/29 and May 5/6
Manchester United or FC Porto v Villarreal or Arsenal
Barcelona or Bayern Munich v Liverpool or Chelsea

huhh....gilalahhh mesti besttttt....
sekian,

kantoi_league_week_28

salam,

Goalkeepers
P. Robinson - aku beli keeper paling murah...beb blackburn main kat home jadi baik pilih dia

Defenders
J. Paintsil - masih kekal dalam team
B. Mendy - sebab dia ada point
M. Richards - manchester city main kat home

Midfielders
C. Ronaldo - masih kekal dan aku yakin dia akan jaringkan 2 gol...sebab dia marah selepas man utd kalah dengan liverpool
G. Barry - masih kekal sebab point dia tinggi minggu lepas
M. Fellaini - aku cuba ambil dia .....paling kurang ada matalahhhhhh...
S. Nasri - point dia tinggi dan aku takleh tukar ngan orang lain sebab tak cukup duit

Forwards
D. Drogba - kekal mayb dia akan score untuk minggu ni
A. Arshavin - kekal sebab point tinggi
A. Zaki - mainkan kat home

sekian, hehehehe

19 March, 2009

poli_merlimau_gambar

salam,

ni aku posting sekali gambar-gambar yang aku tangkap semasa berada di sini...aku letak gambar ni mengikut posting aku yang terdahulu....so untuk gambar-gambar dengan lie tajap...aku letak lepas aku sambung posting aku sebelum ini...heheheh
keadaan dalam bilik, tempat kitaorang menginap...semua ok...cuma tv bukan astro lah hehehe...tapi takde hal...asal boleh tengok tv lain selain daripada tv1 hahahah wehh tv2 pun citer best gak lah...hari tu aku tengok citer pasal Patch Adam...

dua orang jejaka yang sedang posing di Hang Tuah Mall...yang pakai spek tu masih single dan masih mencari...sebelahnya sudah berumahtangga...tak boleh kacau...

ok..yang pakai spek itam tu laki orang...dan yang tengah posing maut disebelahnya pun sudah berpunya dan dah ada anak sorang hehehe...(weh macam pelancong lah hehehe...macam mat bangla dan mat indon lah plak hehehe)

haaa nilah rojak ayam yang aku makan...korang boleh cari tak di manakah ayam telah disembunyikan hahaha...naik muak aku makan...tapi kenyang sampai ke malam...Restoran Subaidah kat Hang Tuah Mall punya penangan...

haa ni yang bang buellart makan...dia bukan makan nie aja....dia plus sekali dengan rojak biasa....hehehe

yang ni abang wan bear makan. mee goreng mamak letak telur mata tanpa sayur-sayuran...perghh panjang kan nama menu nie hahahaha...wan bear tak makan sayur sebab di anti dengan sayuran-sayuran yang terdapat di muka bumi ini....

dua orang kawan sedang berbincang sesuatu untuk...ntahlah untuk apa...masa ni kitaorang tengah tunggu fazliee musatjap di Taman Buaya Ayer Keroh bersebelahan dengan Mc D....

so yang lain aku akan sambung balik...gambar-gambar di mana ketibaan lie tajap dengan anak dia...adam...

sekian,

aku_di_polimerlimau_melaka

salam,

training e-Peralatan di Politeknik Merlimau Melaka
tarikh : 18-20hb Mac 2009
tempat : makmal JMSK
pengguna : pensyarah dan staff sokongan Politeknik Merlimau Melaka

17hb Mac 2009
aku bersama buellart telah datang ke sini mulai hari selasa, 17hb Mac 2009, lebih kurang lepas zohor kitaorang bertolak...pengantin baru (wan bear) minta pelepasan nak ke sini hari rabu, pagi...yelah aku paham orang-orang yang baru kawin...mana boleh tinggal bini awal-awal ni hehehehe...

sampai ke merlimau ni...awal...tempoh perjalanan lebih kurang 1 jam setengah ja...so kitaroang melilau mencari hotel atau resort kat pekan merlimau ni...emm payah jugaklah nak mencari...tanya orang-orang kat sini dia kata kalau nak hotel...bandar melaka dan muar ada...tapi aku pikir-pikir balik jauh sangatlah...ingat nak duk dekat-dekat poli ni sahaja....so mencarilah lagi....(staff kat poli dah bagitahu yang polimerlimau pun ada gak hotel...tapi aku ngan bulat kalau boleh tak nak hehehe)

semasa duk merayau-rayau ni...alhamdulillah jumpa lah satu, Merlimau Inn...harga bilik lebih kurang rm118.00 untuk satu malam...tempat bagi aku ok...mandi, tempat tidur ok...makan pun ok...

18hb Mac 2009
pengantin baru nasib baik sampai awal pagi nie...hehe...sian dia kena tinggalkan bini sorang2 kat umah....ahh akuu peduli apa hahahaha...

hari ni aku mula mengajar e-Peralatan, aku mengajar modul Harta Modal dan Inventori...setakat ni takde masalah yang major dalam sesi pengajaran...alhamdulillah semua boleh mengikut dan paham apa yang aku ajar...hehehe

so untuk sesi pengajaran mula-mula ada berlaku gangguan sedikit pada sistem...ada beberapa bugs yang tiba-tiba muncul entah dari mana...tapi dapat ditangani oleh saudara buellart dengan mudahnya...thanks to buellart...

so sesi ngajar habis dalam pukul 4.30p.m...hmm kitaorang pun merancang lah nak makan petang kat bandar melaka...kat melaka ni rasanya jalan nak ke mana-mana mudah, tak berbelit macam kat klang valley...semuanya direct...so senang nak cari tempat yang nak kita tujui...

kitaorang lepak kat restoran subaidah, Hang Tuah Mall, aku makan rojak ayam...buellart...hehe.. rojak biasa dan mee hoon goreng...(biasalah buellart..sapa tak kenal) wan bear plak makan mee goreng mamak tanpa sayur...rasanya semua ok...cuma rojak ayam tu kalau lama-lama aku makan rasa muak sikit hehehe...

soo aku akan sambung plak...bagaimana aku boleh berjumpa dengan kawan lama Fazliee Mustajap...

sekian,

18 March, 2009

kenduri_wan_bear

salam,

semalam aku nak posting gambar-gambar yang aku ambil semasa majlis meraikan dua pelamin, mohd izwan ismail dan rozeila mohd sharib...tapi memandangkan sekarang aku outstation dan berada di politeknik merlimau melaka (buat training lah beb)...dan celcom plak buat hal jadi aku amik sikit masa rehat selepas training hari ni nak letak gak gambar-gambar ni...

dan ini adalah bukti yang mengatakan aku telah datang ke majlis meraikan dua mempelai ini....setiap gambar yang aku letak...ada citer di sebalik gambar tersebut...so aku minta maaf dululah kepada mereka yang terasa dengan usikan aku....hehehe
Papa : inilah muka tensen sebab berapa kali berenti menunggu kawan-kawan yang nak konvoi...woiii perut aku dah berbunyi dah nie...aduhhh...lambatlah korang ni, lain kali janji kena tepat...jangan janji melayu...janji cina lah wehhh...hehehe

damia : ishh apsal muka papa macam tu...hmm nak buat gaklah muka macam papa...
mama : kalau muka papa macam tu, muka mama lak macam ni hehehe...

kakak bertudung merah : kita ni dah kawin kena jaga suami kita...jangan bagi dia keluar malam-malam, kalau dia kata ada ceramah, ikut dia sekali, bukan boleh percaya suami sekarang, pantang nampak dahi licin semua dia nak sapu...haaa kalau dia degil kita tariiiik telinga dia...(ish macam pernah ku dengar perkataan tarik-tarik telinga ni, tapi di mana yaaa)
pengantin perempuan : (dalam hati)...hmm btul jugak kakak ni, takleh jadi ni...pegang kuat-kuat jangan lepas...
pengantin lelaki : (dalam hati jugak)...arghh aku nak tengok bola malam nie, man utd lawan liverpool...yang penting kalau man utd kalah siaplah syam ngan chot hahahah...

mir (baju putih) : weh ko budak kecik lagi apsal isap rokok...cikgu tak marah ker...ishh budak ni kang aku joget depan ko kang...haa...ishh ewah...ewah..heheh (sambil senyum-senyum cat)
jemek (tgh pegang rokok) : bang saya tak hisap rokok, saya tolong pegang ja...rokok ini abang baju merah ni punya...
angah (baju merah) : alaahhh ko tolong lah pegang sat...kang orang Baling nampak...ni nak tangkap gambar ni....(sambil menutup mukanya dengan kepala jemek)...

budak (kat belakang) : (dalam hati) ishh abang yang tengah minum ni makan lagi ker...tadi aku tengok dia dah makan dah kat hujung sana...ishh tahulah kenduri...agak-agaklah bang...(sambil merenung tajam ke chot)
chot (sedang minum) : (dalam hati) inilah gaya paling macho yang aku pernah buat...tengok semua aku hanya minum ja tak makan pun...d.i.e.t...
G_dragon (sedang makan) : aku lapar!!!...jangan kacau aku...

mama : damia...damia tengok papa amik gambar tu...pandang papa...cepat...(sambil buat muka cun...heheh mama memang cun pun hehehe....)
damia : damia tengah tengok pakcik G_dragon nie makan...sedap ja tengok dia makan...sian kat dia, emm dia teramat lapar ker mama??? (tanya damia hehehe)

bersambung ke kisah kedua....tunggu
sekian,

16 March, 2009

sql_statement_delete_inner_join

salam,

masalah : delete dari 4 table dalam database dengan hanya menggunakan satu statement sahaja...

1. guna SELECT statement dulu sebab nak cari data-data bagi 4 table yang berkenaan;
select *
FROM
    nama_db.tblinvcard
    INNER JOIN nama_db.tblinv
        ON (tblinvcard.InvCardID = tblinv.InvCardID)
    INNER JOIN nama_db.tblinvdetails
        ON (tblinvdetails.InvID = tblinv.InvID)
    INNER JOIN nama_db.tblinvplacement
        ON (tblinvplacement.InvDetailsID = tblinvdetails.InvDetailsID)
where nama_db.tblinvcard.GroupID = '41'and nama_db.tblinvcard.DeptID = '61'
and nama_db.tblinv.InvTimestamp BETWEEN '1199145600' and '1230681600'
order by nama_db.tblinvdetails.Invregnum asc;
so dia akan paparkan mengikut primary key (PK) dan foreign key (FK) yang dah kita susun..bagi setiap tables, lagi satu table yang korang create kena ada data relationship lah baru boleh nak kuar data tu, kalau tak memang tak keluarlah bang hehehehe

2. buat DELETE statement sama macam statement SELECT yang kat atas tu cuma tambah sikit jer...aku warnakan dengan warna merah mana yang aku tambah tu;
delete
nama_db.tblinvcard,
nama_db.tblinv,
nama_db.tblinvdetails,
nama_db.tblinvplacement

FROM
    nama_db.tblinvcard
    INNER JOIN nama_db.tblinv
        ON (tblinvcard.InvCardID = tblinv.InvCardID)
    INNER JOIN nama_db.tblinvdetails
        ON (tblinvdetails.InvID = tblinv.InvID)
    INNER JOIN nama_db.tblinvplacement
        ON (tblinvplacement.InvDetailsID = tblinvdetails.InvDetailsID)
where nama_db.tblinvcard.GroupID = '41'and nama_db.tblinvcard.DeptID = '61'
and nama_db.tblinv.InvTimestamp BETWEEN '1199145600' and '1230681600';

so statement ini akan mendelete semua data bagi keempat-empat table yang disenaraikan;

tips penting kalau korang nak main statement delete ni;
  • backup dulu data
  • masukkan data backup tu ke dalam server development
  • test statment di atas kat dalam server development
  • kalau cun, proses di atas dah delete maklumat seperti yang kita nak barulah gunakan statement di atas ke dalam real server.
sekian,

huh...Manchester_kalah!!!

salam,

posting pada kali ini penuh dengan emosi, kalau aku tak post, mungkin semua akan menganggap aku tak boleh menerima kekalahan yang besar pada liverpool...

Restoran Pelita, Klang :8.30 malam


aku bersama adik ipar aku (adik er) telah pergi ke kedai mamak ni awal-awal, yelah nak choop tempat, memandangkan kat rumah tak feel bila tengok bola apatah lagi melibatkan pasukan top 5 nie...

masa aku sampai...ramai kat sini pakai baju man utd, termasuklah aku hehehe...jadi rasa bangga jugaklah pada awalnya...

1st Half;

awal-awal minit, manchester boleh tahan menyerang dari segenap sudut, tapi tiada penyudah...tetapi lebih kurang minit ke-20 park ji sung di jatuhkan dalam kotak penalti, ramai yang tak pueh hati kata ni bukan penalti, so yang amik penalti mestilah Ronaldo...dan aku yakin gol sebab dia yang amik...golll!!!!

lima minit kemudian, lebih kurang lah....vidic buat masalah, bola yang sepatutnya dia tanduk, tapi dia lepaskan begitu sahaja....weh hang ingat torres tu pemain malaysia ka...aduhhhh...so dengan bergayanya torres sumbat gol!!!

so sekarang 1-1

selepas liverpool score ni manchester still banyak menyerang lagi, namun akibat dek kesilapan yang dilakukan evra dengan menjatuhkan gerrard so penalti untuk liverpool...

aduhh dah 1-2 dah ni.....tapi aku masih bersabar sehinggalah tamat wisel 1st half, aku masih lagi berkeyakinan tinggi mengatakan manchester boleh menang...beb home ni...
masa liverpool score nilah baru aku perasan yang ramai penyokong liverpool dari man utd...ini kerana ramai fan liverpool tak pakai jersi liverpool, so bila mereka leading...haa masa tu lahh aku nampak diaorang ni berjerit sakan...aduhh

2nd half;

masuk 2nd half permainan man utd tak tersusun, kucar-kacir, serang tapi takde penyudah...dalam hati aku dah resah, gelisah, meracau otak dan sebagainya...dan tibalah saat si vidic melakukan kesalahan kali kedua dengan menolak gerrard...dan seterusnya dia kena kad merah...aduhhh...(dalam hati : ko ni memanjang bila lawan yang kuat-kuat asik banyak jer buat salah aduhhh)

so aurelio yang amik dan terus gol pulak tu...aduhh lagi bertambah tensen aku...haa masa ni adik aku eji dan eki memang ada kat depan aku siap joget dan bertepuk tampar...aduhh aku tengok kecik jer diaorang nie hehehehe...sabar-sabar...

dan pada minit-minit last, sekali lagi kesalahan dari o`shea aduhh gol yang ke-4...dan masa ni aku rasa gelap sungguh pemandangan hahahha....dan masa ni jugaklah...sms bertalu-talu masuk dari fan liverpool semestinya, ni yang kelab bukan top-3 pun ada gak sms aku aduhhh...chelsea takpelah top-3 heheheh

soo secara kesimpulannnya aku tak pueh hati dengan game hari tu, tak melawan langsung manchester ni hehehe, tapi yelah dah kalah nak buat macamana dan aku harap pasukan yang kalahkan manchester united akan menerima nasib seperti pasukan yang pernah mengalahkan manchester united dulu...awal-awal season memang dia duk atas beb tapi pada masa sekarang dah bukan top-3...so kalau korang tahu hinta yang aku bagi ni, korang dapat agak pasukan apakah itu, sapa dapat jawab aku tak bagi apa-apa kat korang hehehe

dan last sekali aku harap manchester united diundi lawan dengan liverpool untuk champion league...dan pembalasan dendam kesumat akan dilunaskan pada hari itu..insya ALLAH...

sekian,

12 March, 2009

champion_league_malam_ini

salam,

"mai...mai...beli...beli...dua...singgit...dua...singgit...duaaa...singgiiiit"handset aku berbunyi menandakan ada sms masuk...
"aduh sapa lah pulak malam-malam ni sms aku ni"aku pun terus bukak mesej dan tengok...
kad jumaat nantila aku bg. Br saspen...hang kalau kalah malam ni hang taula nasib hang - daripada die hard fan Chelsea
waduh...kok sound-sound begini padaku...mentang-mentanglah maurinho tu bekas chelsea...jadi senang-senang ja nak sound aku macam tu...takpe akan ku tunggu keputusannya pagi esok hehehe...

biasalah bang kalau manchester main aku mesti nak kena tengok...kalau boleh nak gerak damia sekali supaya tengok gak hehehe..

tapi perlawanan pagi ni aku rasa akan best dan menarik sebabnya;
  1. manchester main kat home - jadi dia kena menang nak kekal tanpa kalah di rumah sendiri
  2. 1st eleven - semua pemain untuk 1st eleven sihat walafiat belaka...nasib baik rio ferdinand boleh main...
  3. maurinho nak buktikan dia bagus - dia kena menang dan bila inter milan, nama dia naik, bila nama dia naik, banyak pasukan nanti nak beli dia, bila banyak pasukan pulak nak kat dia...mesti dia belagak gila-gila...
  4. rooney and tevez - dua orang ini akan menjadi pemusnah kepada inter milan...sebabnya masa lawan FA cup dengan fulham tempohari...dua-dua menjadi gila-gila...
  5. pemburuan cup ke-4 - ini menjadi pemangkin kepada semangat player manchester united untuk menang dan seterusnya mengekalkan gelaran KING OF EUROPE yang diaorang dapat season lepas...
so tunggu jelah malam ni dalam pukul 3-4 pagi....

sekian,


11 March, 2009

damia_terkoyak_dahi_smbg_3

sambungan siri ke-3.....


dalam perjalanan menuju ke pantai...

sebelum ke pantai aku berenti isi minyak dulu...masa tu aku bawak sekali damia keluar...haaa bila dah masuk dalam kedai petronas tu macam biasalah...

"nak...nak...nak tu..."sambil menunjukkan tangannya ke KIT-KAT
"ehh jap, papa ambil biskut tiger nie..., haa amik yang ini..."
damia terus senyap, lepas tu aku beralih pula ke tempat minuman....

"ni papa amik VITAGEN...damia minum ni erk, nah damia pegang, jom bawak ke kakak tu"pujuk aku sambil bawa biskut dan minuman ke kaunter bayar...

"haa damia bagi kat kakak, kakak nak kira, pahtu damia pegang balik erk"
"bang kenapa kepala dia tu"tanya budak kaunter, yelah lepas lihat kepala damia ada bandage...
"dia jatuh, masa kat rumah pengasuh dia, berdarah lah ni"
"teruk ke bang"
"boleh tahan lah panjang dan dalam luka dia ni"ishh budak ni banyak tanya plak, kata aku dalam hati...

selepas aku bayar...terus masuk dalam kereta...dan terus menuju ke pantai...
dalam kereta damia seronok makan biskut...dan minum vitagen...ni memang kegemaran dia hehehe...lupalah yang dia tengah sakit tu....

sampai di pantai
"sayang, awak turun kat emergency ni, bawak damia ngan kad dulu...barang-barang lain saya bawak kemudian, saya nak parking dulu...ok"
"ok" aii sepatah jer bini aku jawab, hehe sedih lagi tu...

aku pun terus gi ke belakang pantai dan parking...bawak beg damia, yang penting spongeBOB dia....(nanti aku upload sponge BOB dia, yang dia bawak tido...dah tukar color dah...hehehe)

"assalamualaikum mak, mak tak payah datanglah...sekejap jer nie"
"damia macam mana..."
"ok dah, cuma baru sampai pantai klang, nak jahit jer ni, oklah mak along masuk bilik doktor dulu, nanti apa-apa hal along call balik, bye"

dalam bilik emergency
doktor nasir...ok orang dia...
"uihh besarnya luka dia, jatuh kat mana ni"
"rumah pengasuh dia doc"
sambil senyum"biasalah budak-budak"
"doc, teruk ke ni"
"eh taklah, cuma dalam jer nie...ok sekarang kita guna glue stitch (nak tahu apa dia klik link yang aku bagi tu...), nurse letak dia kat katil..."

bila nak letak jer damia kat katil...apalagi damia pun menunjukkan kemarahan, ketakutan dan kerisauan dia dengan menjerit dan menangis....alahai sian anak aku...doktor dan nurse terpaksa bedung dia dulu....bini aku pegang kaki damia.....

aku hanya tengok sahaja dari hujung katil...kesian...
firstly doc bersihkan dulu luka, lepas tu titikkan glue tu kat tempat luka...
ishh aku tengok macam letak gam pada kertas yang koyak...korang bayangkanlah...
lepas tu dalam masa 2-3 minit doc pegang tempat luka tu sampai kena ambil kipas untuk keringkan glue...yang ada kat dahi damia sekarang ni...

damia pada keadaan begini...
"mama....mama..."
"papa....papa....jom....jomm....jom"

dia nak balik lah tu...ajak mama ngan papa nak balik....sakit...sakit (huh jari kita kena pisau pun sakit apatah lagi macam nie)...sian kat damia...

dah abis...doc pesan,
"nanti awak balik jangan bagi basah tempat luka dia, biarkan kering...tukar pembalut ini kalau-kalau basah semasa mandikan dia nanti"sambil doktor bagi kat aku extra pembalut
"hari isnin awak datang balik saya nak check semula"
"ok doktor"balas aku
"lagi satu, kalau malam nie dia tak boleh tido,tak aktif, muntah-muntah atau sebagainya yang awak rasa pelik, bawa terus ke sini, saya takut kepala dia jer ada apa-apa"
"ok doc, terima kasih"

dan aku terus balik ke rumah emak/ayah di taman sri andalas, klang

-TAMAT-
sekian,

10 March, 2009

damia_terkoyak_dahi_smbg_2

sambungan siri ke-2...

sampai di rumah zaki
semasa aku memangku damia...aku lihat dahi dia di sebelah kanan terkoyak besar, lebih kurang 1 inci lebih...aku tengok lantai rumah makcik ada darah damia...ishh teruk jugak luka damia dalam hati ku berkata....

wife aku masih menangis teresak-esak mengenangkan nasib damia ni...sambil memangku damia...dia mengomel macam-macam...aku terus senyap....

dalam kereta menuju ke klinik dr quah
aku masih senyap....rasa seperti kereta-kereta kat depan aku ni semua bawak paling lambat pada hari ini...ntahlah...rasa nak potong dan pecut jer terus tapi memandangkan keadaan dalam kereta ni kelam kabut dan damia pun tengah menangis menahan kesakitan (issh kesian damia), jadi aku batalkan niatku untuk memotong semua kereta...takut jadi lagi teruk kalau ikut perasaan hati ni...

"damia sayang, sabar-sabar erk, dah nak sampai dah klinik ni...sabar erk sayang"pujuk aku pada damia sambil pegang tangan dia...
mama masih menangis lagi melihat keadaan damia...

kira-kira 2km nak sampai ke klinik, damia dah berenti nangis, mama tak abis-abis peluk, cium damia nak pujuk dia lah jangan nangis....

dalam klinik
aku terus pangku damia, yelah mama dah tak larat dah tu, nak jalan pun lemah jer...so aku pun terus masuk ke dalam klinik...

"dr quah ada tak, anak saya dahi dia luka, terkoyak"kata aku...
"ada dalam, saya ingat mama dia sakit mata...mata sudah bengkak aaa"kata pembantu klinik tu...
aku pandang ke isteri aku...mata memang dah bengkak kemerahan...macam orang sakit mata...aku jer masih cool walaupun dalam hati rasa nak menangis gak "papa kena cool"...
selepas itu kami 3 beranak meluru masuk ke dalam bilik doktor...

"aiyoo banyak besar ini luka"kata dr quah...
"itulah doktor...besar ni...so macamana"kata aku pulak
"macam nilah, ini baby I tak boleh jahit, sebab nanti dia meronta-ronta, takde orang nak pegang dia masa jahit...so u pegi ke hospital lah...u pegi pantai medical, klang"
"emm wait aaa i tulis dulu letter and u give this letter to them"kata dr quah...

so aku tunggulah dr tulis dulu letter tu...apa yang dia tulis aku tak tahu...tapi yang pasti aku nampak perkataan STICH means jahitlah....berparutlah dahi damia....

"ok u give this letter to pantai, dia orang boleh buat..."
"so doctor, damia ok ker ni"
"ohh dia ok nie...biasalah ini budak-budak main-main, tapi luka dia besar dan dalam juga tu, i letak pembalut dululah, takut nanti kotor pulak..."
"ok doc"
bini aku terus senyap....masa doctor nak letak pembalut tu, damia apa lagi...

"huaaa...huaa....huaaa"nangis takut kat doktor....siap pembantu dia pujuk damia...
"baby jangan nangis...no pim...pin...no pim...pin"pujuk pembantu tu...
aku duk pikir amendelah dia pujuk ni...nak ketawa masa tu tapi tahan jelah hehehe...

so kitaorang lepas doc letak pembalut tu kat dahi damia...terus ke pantai medical center...

dalam kereta menuju ke pantai...

ahhhhh sambung lagi hehehe ke bahagian ke-3 hehehe

sekian,

damia_terkoyak_dahi

salam,

6hb Mac 2009, Jumaat, 3.30 petang, Mesyuarat di Politeknik Shah Alam - Telefon bimbit ku berbunyi dengan tema Upin dan Ipin....so aku terpaksa keluar sekejap dari meeting tu...

"Hallu bang"kawanku zaki,
"Haa yer apahal, aku tengah meeting ni"...
"Anak ko jatuh",
"Uihh teruk ker?"...
"Teruklah kot, kalau tak mak aku mesti tak telefon aku...",
"Aduhhhh...ok-ok aku gi tengok" dalam hati aku macamanalah damia...teruk ke haaaaa aduh...ni semua dugaan nie...

aku terus telefon wife aku...
"CIMB Jalan Meru, Ida speaking..."
"Yang, damia jatuh, teruk rasanya" aku terus bagitahu bini aku...tanpa banyak simpang siur...direct to the point..
"haaa"
"Ok jap lagi saya ambil awak, saya kat poli-shah alam nie...ok bye..."...aku tak tahulah apa perasaan bini aku ni...dia ni sensetip orangnya...mesti dia terus mengalirkan air mata kesedihan...mesti terbayang damia dengan lukanya....hahhh

dalam bilik meeting
"dil, bulat aku terpaksa balik, damia jatuh, teruk rasanya" aku terus mengemas beg laptop aku dan terus bagitahu kat en. safari yang aku kena balik sebab anak aku jatuh...

dalam kereta..
aku tengah memikirkan dan membayangkan bagaimana keadaan damia sekarang nie... teruk sangat ker?

sampai ke opis wife...
aku terus telefon wife aku
"sayang, saya ada kat luar dah nie, awak kat mana..."
"ok2 jap lagi saya keluar" dengan nada sedih...

semasa aku menunggu...
aku lihat susuk tubuh bini aku dengan pergerakan yang lemah dan mata merah berair....dalam hati "dah aku agak dah bini aku mesti menangis punya"

dalam kereta menuju ke rumah zaki
"itulah YANG saya dah pikir banyak kali dah...dulu masa damia terkepit jari dia...saya dah tak nak dah letak kat umah zaki tu...lepas tu masa dia jatuh dulu...abih lebam kepala dia..."luahan ketakpuashatian bini aku pada aku...
"yelah...nak buat macamana benda nak jadi, lagipun betul gak apa yang awak kata tu tapi kita mana ada pilihan sekarang ni, saya pun perasan gak yang makcik sekarang ni dah jaga banyak budak" (3 budak dalam umur 4 tahun ke atas, 2 bawah 2 tahun termasuk damia dan 2 baby baru lahir)...
"tadi saya ada telefon makcik, makcik kata dia jatuh masa main-main...budak-budak tu main bedak kat lantai...entah macamana tertolak kot damia tu terus kena bucu meja tv...."kata bini aku
"haaa bucu meja tv...aduhhh"aku terbayang luka di dahi damia...minta-minta lah tak teruk sangat....
"kita bawak jumpa dr quah, kak fidah kata kalau besar sangat yang memerlukan jahit, dr quah boleh buat"..."haa ok2"
selepas itu aku dan bini aku terus senyap...memikirkan bagaimana keadaan damia...

sampai di rumah zaki
bini aku terus meluru masuk ke rumah zaki....setelah melihat damia di pangkuan makcik (mak zaki)...dia terus keluar menangis teresak-esak..aku masa ni masih dalam kereta lagi....
"yang, awak amik damia, saya tak boleh tengok dia..."esakan semakin kuat...aduhh ni mesti teruk luka damia......aku pun terus ke dalam rumah nak ambil damia....

ok tamat bab 1...nanti aku sambung bab 2 pulak
sekian,

02 March, 2009

bumi_kenyalang_gambar

salam,

lama dah aku nak upload gambar-gambar yang aku ambil semasa di sarawak...tapi masa tak mengizinkan, jadi hari ni lepas tengok anak betong dan tidurkan damia, aku cuba mencuri sesaat masa yang tak seberapa ini untuk tatapan pengunjung blog ini...ehh ada ker orang kunjung ke blog aku nie....ah aku peduli apa yang penting ianya menjadi tatapan dan ruangan untuk aku menulis....so dibawah ini aku paparkan secebis kenangan di sana...







sekian,

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...