11 March, 2009

damia_terkoyak_dahi_smbg_3

sambungan siri ke-3.....


dalam perjalanan menuju ke pantai...

sebelum ke pantai aku berenti isi minyak dulu...masa tu aku bawak sekali damia keluar...haaa bila dah masuk dalam kedai petronas tu macam biasalah...

"nak...nak...nak tu..."sambil menunjukkan tangannya ke KIT-KAT
"ehh jap, papa ambil biskut tiger nie..., haa amik yang ini..."
damia terus senyap, lepas tu aku beralih pula ke tempat minuman....

"ni papa amik VITAGEN...damia minum ni erk, nah damia pegang, jom bawak ke kakak tu"pujuk aku sambil bawa biskut dan minuman ke kaunter bayar...

"haa damia bagi kat kakak, kakak nak kira, pahtu damia pegang balik erk"
"bang kenapa kepala dia tu"tanya budak kaunter, yelah lepas lihat kepala damia ada bandage...
"dia jatuh, masa kat rumah pengasuh dia, berdarah lah ni"
"teruk ke bang"
"boleh tahan lah panjang dan dalam luka dia ni"ishh budak ni banyak tanya plak, kata aku dalam hati...

selepas aku bayar...terus masuk dalam kereta...dan terus menuju ke pantai...
dalam kereta damia seronok makan biskut...dan minum vitagen...ni memang kegemaran dia hehehe...lupalah yang dia tengah sakit tu....

sampai di pantai
"sayang, awak turun kat emergency ni, bawak damia ngan kad dulu...barang-barang lain saya bawak kemudian, saya nak parking dulu...ok"
"ok" aii sepatah jer bini aku jawab, hehe sedih lagi tu...

aku pun terus gi ke belakang pantai dan parking...bawak beg damia, yang penting spongeBOB dia....(nanti aku upload sponge BOB dia, yang dia bawak tido...dah tukar color dah...hehehe)

"assalamualaikum mak, mak tak payah datanglah...sekejap jer nie"
"damia macam mana..."
"ok dah, cuma baru sampai pantai klang, nak jahit jer ni, oklah mak along masuk bilik doktor dulu, nanti apa-apa hal along call balik, bye"

dalam bilik emergency
doktor nasir...ok orang dia...
"uihh besarnya luka dia, jatuh kat mana ni"
"rumah pengasuh dia doc"
sambil senyum"biasalah budak-budak"
"doc, teruk ke ni"
"eh taklah, cuma dalam jer nie...ok sekarang kita guna glue stitch (nak tahu apa dia klik link yang aku bagi tu...), nurse letak dia kat katil..."

bila nak letak jer damia kat katil...apalagi damia pun menunjukkan kemarahan, ketakutan dan kerisauan dia dengan menjerit dan menangis....alahai sian anak aku...doktor dan nurse terpaksa bedung dia dulu....bini aku pegang kaki damia.....

aku hanya tengok sahaja dari hujung katil...kesian...
firstly doc bersihkan dulu luka, lepas tu titikkan glue tu kat tempat luka...
ishh aku tengok macam letak gam pada kertas yang koyak...korang bayangkanlah...
lepas tu dalam masa 2-3 minit doc pegang tempat luka tu sampai kena ambil kipas untuk keringkan glue...yang ada kat dahi damia sekarang ni...

damia pada keadaan begini...
"mama....mama..."
"papa....papa....jom....jomm....jom"

dia nak balik lah tu...ajak mama ngan papa nak balik....sakit...sakit (huh jari kita kena pisau pun sakit apatah lagi macam nie)...sian kat damia...

dah abis...doc pesan,
"nanti awak balik jangan bagi basah tempat luka dia, biarkan kering...tukar pembalut ini kalau-kalau basah semasa mandikan dia nanti"sambil doktor bagi kat aku extra pembalut
"hari isnin awak datang balik saya nak check semula"
"ok doktor"balas aku
"lagi satu, kalau malam nie dia tak boleh tido,tak aktif, muntah-muntah atau sebagainya yang awak rasa pelik, bawa terus ke sini, saya takut kepala dia jer ada apa-apa"
"ok doc, terima kasih"

dan aku terus balik ke rumah emak/ayah di taman sri andalas, klang

-TAMAT-
sekian,

No comments:

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...