31 January, 2009

Tips_dari_orang_yahudi???

salam,

artikel nie aku dapat dari email, so aku nak kongsi bersama... mana yang kita boleh ambil sebagai pengajaran dalam kehidupan seharian kita korang ambillah...so aku ada komen sikit bagi setiap perenggan mengikut kehidupan seharian orang-orang malaysia...


Dr. Stephen Carr Leon: menulis untuk PHD dia

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Persiapan awal melahirkan zuriat.

- ibu akan sering menyanyi dan bermain piano;
- ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami,
- apabila di tanya kenapa mereka buat macam nie, mereka menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”
- Tidak merasa jemu untuk membuat latihan metamatik sehingga melahirkan anak.

Pemakanan semasa mengandung.

- sejak awal mengandung gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu
- makan tengah hari, makan utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,
- khasiatnya daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak
- tidak dimakan bersama kepala ikan kerana kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.
- ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
(Catatan : Orang –orang yg menghafaz al Quran juga digalakkan mengambil kismis, badam, korma dan susu utk meningkatkan daya ingatan)

Jika kita diundang untuk makan di rumah orang Yahudi.

- mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet)
- biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan,
- menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama.
- Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
- memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.
- Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
(Ini juga merupakan sunnah Rasullullah supaya makan buah2an dahulu baru makanan yang berat)

so tips yang lain aku akan sambung kemudian...tunggu...
sekian

yahoo_fantasy_Kantoi_league_2

minggu nie aku dah update beberapa player...selepas aku membuat sesi update player nie alhamdulillah rank aku naik daripada posisi 10 ke posisi terkini no 3 beb...jadi kepada mereka-mereka yang merasakan masih dalam keadaan selamat, hangpa semua tunggu...sat lagi aku naik atas balik hehehe...

so player yang dah aku update ni banyak aku kekalkan dari minggu lepas, cuma aku tukar mana yang injured dan dapat markah sikit jer untuk week yang lepas...korang tengoklah player2 aku nie;

forward;
berbatov -- kekal sebab point dia tinggi
heskey -- point tinggi gak jadi aku kekalkan
mido -- aku rasa dia baru pindah...so dia akan score

midfielders;
ronaldo -- yang nie memang kena kekal, lagipun week lepas dia score 2 tu beb
sidwell -- aku kekalkan dia dari week22
barry -- aku kekalkan dia dari week22
nasri -- lawan west ham beb, mesti score punya

defenders;
paintsil -- kekal sebab ada point, nak jual dah mahal
o'shea -- defender man utd kena amik gak sorang
baines -- kalau boleh dapat 1 point pun ok, sebab lawan man utd nie hehehe

keeper;
myhill-- walaupun week lepas dia dapat point '0' tapi aku kekalkan gak sebabnya aku tak mampu nak beli keeper lain. lagipun minggu ni dia lawan west brom kelab paling bawah sekali, dapat point dah kira ok dah tu hehehe

sekian,

28 January, 2009

damia_gosok_baju



salam,


nie video yang aku amik semalam, damia dah boleh amik tugas-tugas mama dia, yang nie masa dia tengah sterika baju, kalau kat dapur dia suka menumbuk bawang, yang tu aku tak amik lagilah...nanti kalau aku dah amik video dia akan ku letak kat dalam blog nie,

sekian,

21 January, 2009

aku_di_johor

- selama 4 hari aku di sini...

- training pengguna e-peralatan untuk Politeknik Johor Bahru...

- semalam pegi makan kat kedai yong tau fu mak izam kat kampung melayu...

- semalam dan hari ini cuaca di johor sangatlah panas...

- aku dapat rasakan diriku seperti nak demam...

- rindu kepada damia dan mama sangat-sangat...

- tengok anak orang macam tengah tengok damia...

- bodoh betul orang yang membuang anak dia ke dalam tong sampah...dahlah aku tengok polis ni dukung budak tu macam aku dukung damia...nie gambar dia aku lampirkan sekali...alaaahaii kesiannya budak ni
- kesian budak ini bila besar nanti, apabila dia tengok semula berita ni masa besar...mesti dia kecik hati, marah....sian-sian
oklah itu sahaja untuk hari ini, sekian

18 January, 2009

derma_dan_boikot!!!

bercerita pasal boikot barang ni dah lama dah...dari dulu lagi...bila orang ISLAM Palestin kena serang oleh yahudi nie masa itulah baru ada demo membantah kesengsaraan yang di alami oleh rakyat palestin...dan pada masa yang sama jugak banyak agensi-agensi akan menawarkan khidmat derma...tapi aku nak tanya koranglah betul ke derma yang kita salurkan ini akan sampai terus ke rakyat palestin...yang ini pun kita kena tahu jugak...memang kita akan mempercayai terus kat agensi-agensi ini tapi yelah...tak salahkan apabila aku bertanya seperti ini...

untuk derma aku rasa aku akan dermakan kepada mana-mana pertubuhan yang aku rasakan sangat beramanah dan bertanggungjawab dalam memegang amanah yang kita sampaikan kepada mereka...senang cakap macam nilah...mana-mana individu, pertubuhan, parti politik yang mengutamakan ISLAM, dan ingin menegakkan ISLAM di bumi ALLAH ini (korang carilah sendiri siapa individu, pertubuhan atau parti politik mengikut spec yang aku beri hehehe); maka aku akan menderma kepada mereka...sebab yang utama adalah aku percaya amanah yang aku beri, akan mereka akan laksanakan dengan penuh tanggungjawab...insya ALLAH...ok habis bab derma ke palestin

so kita masuk pulak bab untuk boikot...ok sekarang nie adakah kita akan memboikot barangan-barangan ini...aku rasa sekejap jerkk...masa awal-awal nie memang semua tengah panas so semua barang yang disenaraikan akan diboikot...tapi aku nak tanya adakah pemboikotan itu dalam jangka masa panjang...hehe ini malaysia beb kang bila dah sejuk nanti korang lupalah kekejaman yang pernah dilakukan oleh rejim yahudi ni...

so macam mana ngan aku pulak...aku akan memboikot barang-barang yang ada kepentingan yahudi...tapi maafkan aku...aku tak mampu nak memboikot semua barangan tersebut...dan insya ALLAH aku akan memboikot barangan tersebut secara perlahan-lahan...aku harapkan apa yang aku buat ini akan diikuti oleh semua pengguna ISLAM di malaysia ini...memang kita tak boleh nak boikot semua...dan yang penting kalu kerajaan yang boikot terus barang-barang ini daripada masuk ke malaysia kan best...tapi mana boleh beb, kuasa ekonomi masih bergantung pada kuasa-kuasa ini jugakk..so nie senarai yang dah aku buat dan boikot;
  1. TESCO - dulu aku selalu ke TESCO sebab semua barang teratur (dulu aku nak boikot juga tesco ni sebab ayam dia sembelih tak ikut syarak nie yang aku dengar lah...so aku dah tak beli dah ayam kat sana), tapi sekarang aku dah mula tukar ke GIANT, apa-apa barang kering yang perlu dibeli akan ku beli di sini...insya ALLAH akan diteruskan
  2. McDonald - haa yang nie memang feveret bini aku nie...so buat masa sekarang memang aku dah tak pegi dah McDonald ni...dulu siap aku ada sticker VIG...aku dah pun buang selepas khutbah jumaat minggu lepas...khatib ada cerita sikit pasal McD nie...so setakat nie pemboikotan aku berjalan lancar...insya ALLAH akan diteruskan...
  3. KFC dan PIZZA HUT - nie pun feveret gak nie...setakat nie untuk KFC dan Pondok Pizza ni dah lama dah aku tak makan sebabnya KFC ngan Pondok PIzza nie memang jarang aku makan kerana payah nak cari drive tru...so insya ALLAH akan diteruskan...
  4. Starbuck, Biji Kopi dan Daun Teh - haa yang ini lagi lama aku tak lepak dan minum satu sebabnya sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM kepada dua outlet ni telah tamat tempoh soo insya ALLAH tak de masalah untuk boikot...
  5. Maggie kari - aku dah tukar kepada ADABI, oklah jugak rasa dia...
  6. Rokok Dunhill - setakat hari ini aku dah berjaya untuk menghisap sebatang sahaja rokok tersebut...so insya ALLAH aku akan berenti terus daripada menghisap rokok ini...
so setakat ini itu sahajalah dulu senarai yang dapat aku catatkan di blog ini...nanti aku sambung balik...wehh anak aku dah bangun hehehe...so nak pi layan dia sat...pahtu aku nak pi tido...esok nak kena pi johor pulakk...hari jumaat baru balikk kang rindu pulak kat damia dan mama...oklah

sekian;

kemenangan_berganda

alhamdulillah pada hari sabtu, 17 hb Januari 2009 (semalam), kemenangan berganda dapat ku rasakan... yang pertamanya di terengganu, PAS menang dengan majoriti yang lebih besar, alhamdulillah syukur pada Allah dan kepada kawan-kawan yang lain buatlah sujud syukur kat rumah masing-masing...

untuk pilihanraya kecil di kuala terengganu ni pada mulanya aku rasakan peluang kemenangan 50-50 antara PAS dan BN, yelah kalu korang perasan semua media yang berpaksikan kerajaan habis digunakan siang dan malam untuk memenangkan calon BN...nampak sangat berat sebelah...hmm tapi itulah "manusia hanya mampu merancang tetapi ALLAH s.w.t menentukan segala perancangan yang telah kita buat itu samada berjaya atau tidak..."

lagi satu yang menjadi kejutan adalah pengundi-pengundi di K.terengganu nie...diaorang nie tak sama beb dengan pengundi-pengundi dari Kelantan, sebabnya pengundi dari terengganu nie akan lebih mementingkan wakil rakyat tersebut orang terengganu sendiri, dia orang tak suka pemain importlah hehehe...berbanding dengan orang kelantan, kalu letak sapa-sapa dari luar kawasan kelantan pun insya ALLAH akan menang....sebabnya yang utama adalah orang-orang kelantan tak pentingkan soal calon itu dari mana, tetapi apa yang menjadi keutamaan mereka adalah tanggungjawab mengundi untuk menegakkan kerajaan ISLAM di bawah kepimpinan ulamak...dan yang nie memang aku salute dengan orang kelantan....dan kematangan mereka dalam pilihanraya aku salute jugak....

ok untuk analisis PRK K.terengganu ni korang boleh carilah blog-blog lain, dalam media-media kerajaan memang haramlah korang nak cari...kalu BN menang semalam aku dapat rasakan berita di tv, suratkhabar, radio semua akan berbangga dengan kemenangan yang diperolehi...tapi apakan daya pengundi K.Terengganu menolak BN...jadi mana-mana yang duk atas tu paham-paham sendirilah bila orang dah tolak tu maknanya dah tak sukalah...

ok untuk kemenangan yang kedua ialah apabila Man Utd menang 1-0 dengan Bolton...perghh perlawanan semalam agak boring lahh, 1st half boring, masuk 2nd half boring gaklahh awal-awal tu tetapi selepas giggs dan scholes masuk baru terang bijik mata aku nie,.. barulah dapat tengok serangan-serangan yang dilakukan oleh Man Utd..

dan pada minit-minit terakhir barulah berbatov dapat score selepas hantaran daripada tevez dapat disempurnakan dengan jayanya...so masa nie Man Utd berada di tangga teratas buat sementara waktu...kalu liverpool kalah esokk maka Man Utd dapat duk kat atas nie lama sikit...alhamdulillahh syukur kepada ALLAH kerana memberikan ku 2 kemenangan dalam masa 1 hari....

sekian;

nota kaki : minggu nie aku tak update senarai pemain EPL aku, sebabnya aku tak sempat nak update...sori2

12 January, 2009

yehaaa!!!_manUTD_menang

perghh semalam adalah hari berdebar gaklahh...perlawanan antara Manchester United dengan musuhnya Chelsea...telah aku ikuti semalam...

awal-awal 1st half man Utd banyak menyerang, tapi apakan daya pertahanan chelsea kuat gaklah...dan tak banyak serang balas antara dua team...masa awal-awal nie dua-dua team playsafe...

cubaan-cubaan menarik banyak dari man utd...tapi semua shoot off target...masa separuh masa pertama nak abis, man utd dapat corner kick, mula-mula aku ingat rooney nak ambik corner kick tu, tapi pelik gaklah dia pi kat corner dan cuit sikit bola tu, pahtu giggs datang terus bawak bola tu dan buat hantaran, ronaldooo terus menanduk dan gooolll...tapi ianya tak dikira sebabnya pengadil belum meniup wisel hehehe...

so selepas itu barulah gol apabila nemanja vidic menanduk masuk bola dan melepasi tangkapan peter cech hahahaha 1-0

soo untuk second half banyak serangan-serangan menakutkan chelsea yang dilakukan oleh man utd...so goal kedua dijaringkan oleh wayne rooney dan goal ketiga berbatov...tapi yang best aku tengok goal berbatov yang diusahasama dengan vidic, di mana vidic telah mengasak terry dan santos dan memberi ruang kepada berbatov untuk berlari sesuka hati di kawasan D chelsea....dan akhirnya gol ketiga dapat disumbatkan ke dalam gawang chelsea yang sebelum ini memang payah nak lepas...soo aku pueh hati sesangat....

esok aku akan pakai baju man utd dan aku akan mencium lambang man utd di depan penyokong chelsea tegar iaitu bearudin...hehe siap hang esokk bear rudin

sekian,

10 January, 2009

yahoo_fantasy_kantoi_league

aku dah lama dah main fantasy football_epl nie, cuma tahun nie macam tak berapa nak menjadi sebabnya banyak kali aku tak update player...dari no 1 di awal season terus jatuh no 10 perghh jauh tuu...teruk-teruk...so minggu nie aku cuba nak update player..dan minggu nie gak man. utd ada 2 game, game pertama lawan chelsea dan satu lagi lawan wigan....

so harapan aku adalah man utd menang kedua-dua game tersebut dan aku pulak dapat naik top 5 minggu nie....hehe...so player-player yang dah aku update aku senaraikan di bawah nie

forward;
berbatov -- aku rasa dia main dua-dua game...so target point lebih daripada 10
a.zaki -- harapan tinggi untuk score masa dia lawan ngan spurs sebab main kat home
l.moore -- forward paling murah aku terpaksa beli sebab aku beli ronaldo minggu nie

midfielders;
ronaldo -- harapan tinggi untuk dia SOT and score bagi kedua-dua games, maybe dia kena kawal ketat oleh pemain-pemain chelsea, tapi aku percaya dia akan buat sesuatu hehehe
palacios -- pemain wigan sebab ada 2 games
fletcher -- 2 games dan boleh jadi penentu pada games yang dia main sebabnya dia nie kadang-kadang boleh jadi super sub apabila boleh menyelamatkan Man Utd daripada kekalahan.
sidwell -- aku pilih dia sebab aston villa lawan ngan west brom di tempat sendiri

defenders;
paintsil -- aku simpan lama pemain nie.. dan aku pueh hati ngan point yang dia dapat
figueroa -- defender wigan yang main 2 game gak...nak beli evra mahal sangat..
baines -- everton lawan Hull city di tempat sendiri, mayb ada CS

keeper;
kirkland -- aku harap dia banyak point save semasa lawan spurs

sekian,

08 January, 2009

personaliti_mengikut_bulan

aku dah lama mencari benda ni, dulu-dulu masa aku guna akaun hotmail, adalah email benda ni...sekarang email hotmail dah takde dahhhh..dah berkurun dah tak guna hehehe....so aku ambil ikut bulan lahir aku, bini aku dan damia buchuk...kalau korang nak tengok bulan yang lain-lain korang boleh ke site nie...klik sini...

rahsia bulan kelahiran ini dihasilkan oleh Dato` Dr Fadzilah Kamsah, motivator yang best kat malaysia ni..so kita tak payah lah nak percaya sangat benda-benda ni, just untuk info sahaja oklah sebabnya semua perkara di dunia ini samada yang baik atau buruk ditentukan oleh ALLAH...tapi kalu tengok sikit maklumat yang disampaikan ini ada gaklah kena ngan aku....

aku lahir pada 26-Jun-1981 soo aku punya personaliti ikut bulan Jun lahh...nie maklumatnya...

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

bini aku lahir pada 25-Mac-1981

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

damia pulak pada 28-Julai-2007

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

sekian,

07 January, 2009

kejam!!!_kejam!!!


tajuk di atas aku ambil daripada Utusan Online...hari ni gambar yang lagi menyayat hati kalau korang tengok...bila aku tengok gambar nie...terus aku terbayang damia...hmm aku hanya mampu berdoa sahaja agar warga palestin ini dapat hidup aman dan damai dan moga para syahid yang banyak mati di sana akan dicucuri rahmat dari ALLAH

korang tengok gambar ni dan bayangkan kesengsaraan yang dihadapi oleh kanak-kanak ini sebelum mati...beb tertimbus ni...hanya ALLAH sahaja yang tahu...
nak menitis gak air mata apabila melihat keadaan kanak-kanak nie, alhamdulillah kita di bumi ALLAH malaysia ini tidak jadi macam nie, tapi adakah kita harus berdiam diri sahaja apabila saudara-saudara kita di sana hampir setiap hari dihujani peluru dan bom....aduhhh sedih aku...teramat sedih...

apakah rejim zionis ni takde perasaan belas kasihan atau perikemanusiaan dengan orang palestin ini...atau sudah tiadakah sekelumit rasa bersalah apabila mayat kanak-kanak ini diperlakukan sebegini..."Ya ALLAH selamatkanlah saudara-saudara ku di sana, berikanlah mereka ruang untuk pertahankan diri mereka....amin"

sekian...

06 January, 2009

palestin_lagi


hari ni aku asik duk tengok jer mana-mana laman web yang menyiarkan gambar-gambar saudara kita yang terbunuh di palestin..antara yang pertama yang aku tengok adalah dalam laman utusan online...perghh menyayat hati...sekali lagi aku terbayang damia yang terbujur kaku di situ dan aku yang meraung macam gambar yang aku kepilkan sekali nie...

perghh sedih beb...sampai bila saudara kita di sana akan jadi macam nie, apa yang negara-negara ISLAM dah buat untuk bantu diaorang, aku rasa sampai bila diaorang nak nangis melihat mayat-mayat anaknya yang bergelimpangan kaku...

dan....setiap saat, minit, jam ada sahaja saudara kita di sana yang menemui ajalnya ditangan laknatullah ini...sampai bilaaaaa....nie aku sertakan lagi site yang menunjukkan gambar-gambar kesengsaraan, kematian, kedukaan dan kesakitan untuk korang semua tengok dan dalami sendiri raut muka wajah yang terdapat digambar-gambar dan video tersebut...kebanyakan maklumat yang disediakan oleh laman ni adalah yang terkini...(klik sini) dan kebanyakan maklumat yang diaorang dapat nie diaorang ambil dari laman ini..
sekian.....selamat menghayati...

05 January, 2009

palestin_"bila_orang_ISLAM_nak_Bersatu"


"siapa yang menakluki Jerusalem, dia akan menguasai dunia"Salahudin al-Ayubi. Kata-kata ini pernah diucapkan oleh beliau..aku baca citer ni dalam novel yang dikeluarkan oleh PTS...korang boleh tgk kat site sini ni dan kat tepi ni aku tempelkan sekali cover depan buku ni...

dalam buku nie diceritakan bagaimana strategi-strategi perang yang diatur oleh Salahudin. jadi korang bacalah erk....

jadi korang paham-pahamlah bila isu palestin ni ke udara...macam-macam gambar yang aku tengok, semuanya menyayat hati...semalam aku bersama isteri tercinta tengok berita di buletin utama...aduhh haii teruk bayi, kanak-kanak, orang tua, orang muda, laki, perempuan semua yang kena bom...sial betul yahudi nie sampai hospital pun kena gak...hmm part yang menitiskan air mataku dan wife adalah part tgk kanak-kanak, bayi yang cedera teruk....masa ni aku cakap ngan bini aku,"cuba awak bayangkan yang bayi tadi tu damia"bini aku terus mengalirkan air mata apabila membayangkan situasi tersebut...masa ni aku pun memang nak mengalirkan air mata bila tengok keadaan di sana...aku rasa macam semua tempat kat palestin tak selamat....sana-sini kena bom...

cuba pulak korang tengok gambar yang kat tepi nie pulak....aku hanya mampu mengucap panjang...bayangkan korang pada situasi ni..hmm aku hanya mampu berdoa sahaja...jadi apa yang kita boleh buat adalah untuk berdoa supaya umat Islam diseluruh dunia dapat bersatu...apabila kita bersatu...kita akan kuat...tapi masalahnya sekarang nie negara-negara arab semuanya macam haram jadah... diaorang lebih pentingkan duit,dunia daripada nak menolong palestin nie...lagi satu OIC ni duk buat apa erk...dari dulu sampai sekarang takkan duk tengok sahaja...sekarang semua negara duk perkatakan benda ni...takkan pengerusi OIC tak tahu kot....aduhhhaiii

yang aku cuba buat untuk mengatakan TIDAK pada Yahudi adalah untuk tidak membeli rokok dunhill...buat masa nie aku tgh mencuba, itulah JIHAD yang boleh aku lakukan...moga-moga tercapai...so aku boleh berenti isap rokok....so korang ingat-ingatlah kata-kata dari salahudin nie erk


02 January, 2009

bacaan_AL_QURAN

salam,

aku mendapat satu idea untuk melancarkan bacaan dengan tajweed dan ianya mungkin akan merajinkan pembacaan al-quran aku (antara azam tahun nie) ...so aku terfikir idea nie...aku membaca al-quran sambil dengar winamp yang dibaca al-quran nya oleh imam...aku amik semua surah2 ni daripada fadhil..dia kata dia download semua surah nie dari sini...senang sikit, so panjang pendek harkat dan dengung semua insya ALLAH boleh aku perbetulkan...

satu lagi laman yang aku rasa best sebab dia bagi AL-Quran tu dalam flash, siap korang kena selak bagi setiap page kertas al-quran tu hehehe (kalu beh kena baca lahhh)...nie site dia korang klik sini.

nanti korang pun boleh downlod dan install software nie...setakat yang aku tgk korang semua selepas baca boleh buat bookmark kat mana kita berenti...so nak sambung balik nanti, terus klik jer notes of bookmark yang korang dah buat...capaian akan terus ke page atau surah yang di bookmark tersebut.

soo bacalah AL-Quran....sekian

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...