18 January, 2009

derma_dan_boikot!!!

bercerita pasal boikot barang ni dah lama dah...dari dulu lagi...bila orang ISLAM Palestin kena serang oleh yahudi nie masa itulah baru ada demo membantah kesengsaraan yang di alami oleh rakyat palestin...dan pada masa yang sama jugak banyak agensi-agensi akan menawarkan khidmat derma...tapi aku nak tanya koranglah betul ke derma yang kita salurkan ini akan sampai terus ke rakyat palestin...yang ini pun kita kena tahu jugak...memang kita akan mempercayai terus kat agensi-agensi ini tapi yelah...tak salahkan apabila aku bertanya seperti ini...

untuk derma aku rasa aku akan dermakan kepada mana-mana pertubuhan yang aku rasakan sangat beramanah dan bertanggungjawab dalam memegang amanah yang kita sampaikan kepada mereka...senang cakap macam nilah...mana-mana individu, pertubuhan, parti politik yang mengutamakan ISLAM, dan ingin menegakkan ISLAM di bumi ALLAH ini (korang carilah sendiri siapa individu, pertubuhan atau parti politik mengikut spec yang aku beri hehehe); maka aku akan menderma kepada mereka...sebab yang utama adalah aku percaya amanah yang aku beri, akan mereka akan laksanakan dengan penuh tanggungjawab...insya ALLAH...ok habis bab derma ke palestin

so kita masuk pulak bab untuk boikot...ok sekarang nie adakah kita akan memboikot barangan-barangan ini...aku rasa sekejap jerkk...masa awal-awal nie memang semua tengah panas so semua barang yang disenaraikan akan diboikot...tapi aku nak tanya adakah pemboikotan itu dalam jangka masa panjang...hehe ini malaysia beb kang bila dah sejuk nanti korang lupalah kekejaman yang pernah dilakukan oleh rejim yahudi ni...

so macam mana ngan aku pulak...aku akan memboikot barang-barang yang ada kepentingan yahudi...tapi maafkan aku...aku tak mampu nak memboikot semua barangan tersebut...dan insya ALLAH aku akan memboikot barangan tersebut secara perlahan-lahan...aku harapkan apa yang aku buat ini akan diikuti oleh semua pengguna ISLAM di malaysia ini...memang kita tak boleh nak boikot semua...dan yang penting kalu kerajaan yang boikot terus barang-barang ini daripada masuk ke malaysia kan best...tapi mana boleh beb, kuasa ekonomi masih bergantung pada kuasa-kuasa ini jugakk..so nie senarai yang dah aku buat dan boikot;
  1. TESCO - dulu aku selalu ke TESCO sebab semua barang teratur (dulu aku nak boikot juga tesco ni sebab ayam dia sembelih tak ikut syarak nie yang aku dengar lah...so aku dah tak beli dah ayam kat sana), tapi sekarang aku dah mula tukar ke GIANT, apa-apa barang kering yang perlu dibeli akan ku beli di sini...insya ALLAH akan diteruskan
  2. McDonald - haa yang nie memang feveret bini aku nie...so buat masa sekarang memang aku dah tak pegi dah McDonald ni...dulu siap aku ada sticker VIG...aku dah pun buang selepas khutbah jumaat minggu lepas...khatib ada cerita sikit pasal McD nie...so setakat nie pemboikotan aku berjalan lancar...insya ALLAH akan diteruskan...
  3. KFC dan PIZZA HUT - nie pun feveret gak nie...setakat nie untuk KFC dan Pondok Pizza ni dah lama dah aku tak makan sebabnya KFC ngan Pondok PIzza nie memang jarang aku makan kerana payah nak cari drive tru...so insya ALLAH akan diteruskan...
  4. Starbuck, Biji Kopi dan Daun Teh - haa yang ini lagi lama aku tak lepak dan minum satu sebabnya sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM kepada dua outlet ni telah tamat tempoh soo insya ALLAH tak de masalah untuk boikot...
  5. Maggie kari - aku dah tukar kepada ADABI, oklah jugak rasa dia...
  6. Rokok Dunhill - setakat hari ini aku dah berjaya untuk menghisap sebatang sahaja rokok tersebut...so insya ALLAH aku akan berenti terus daripada menghisap rokok ini...
so setakat ini itu sahajalah dulu senarai yang dapat aku catatkan di blog ini...nanti aku sambung balik...wehh anak aku dah bangun hehehe...so nak pi layan dia sat...pahtu aku nak pi tido...esok nak kena pi johor pulakk...hari jumaat baru balikk kang rindu pulak kat damia dan mama...oklah

sekian;

No comments:

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...