05 January, 2009

palestin_"bila_orang_ISLAM_nak_Bersatu"


"siapa yang menakluki Jerusalem, dia akan menguasai dunia"Salahudin al-Ayubi. Kata-kata ini pernah diucapkan oleh beliau..aku baca citer ni dalam novel yang dikeluarkan oleh PTS...korang boleh tgk kat site sini ni dan kat tepi ni aku tempelkan sekali cover depan buku ni...

dalam buku nie diceritakan bagaimana strategi-strategi perang yang diatur oleh Salahudin. jadi korang bacalah erk....

jadi korang paham-pahamlah bila isu palestin ni ke udara...macam-macam gambar yang aku tengok, semuanya menyayat hati...semalam aku bersama isteri tercinta tengok berita di buletin utama...aduhh haii teruk bayi, kanak-kanak, orang tua, orang muda, laki, perempuan semua yang kena bom...sial betul yahudi nie sampai hospital pun kena gak...hmm part yang menitiskan air mataku dan wife adalah part tgk kanak-kanak, bayi yang cedera teruk....masa ni aku cakap ngan bini aku,"cuba awak bayangkan yang bayi tadi tu damia"bini aku terus mengalirkan air mata apabila membayangkan situasi tersebut...masa ni aku pun memang nak mengalirkan air mata bila tengok keadaan di sana...aku rasa macam semua tempat kat palestin tak selamat....sana-sini kena bom...

cuba pulak korang tengok gambar yang kat tepi nie pulak....aku hanya mampu mengucap panjang...bayangkan korang pada situasi ni..hmm aku hanya mampu berdoa sahaja...jadi apa yang kita boleh buat adalah untuk berdoa supaya umat Islam diseluruh dunia dapat bersatu...apabila kita bersatu...kita akan kuat...tapi masalahnya sekarang nie negara-negara arab semuanya macam haram jadah... diaorang lebih pentingkan duit,dunia daripada nak menolong palestin nie...lagi satu OIC ni duk buat apa erk...dari dulu sampai sekarang takkan duk tengok sahaja...sekarang semua negara duk perkatakan benda ni...takkan pengerusi OIC tak tahu kot....aduhhhaiii

yang aku cuba buat untuk mengatakan TIDAK pada Yahudi adalah untuk tidak membeli rokok dunhill...buat masa nie aku tgh mencuba, itulah JIHAD yang boleh aku lakukan...moga-moga tercapai...so aku boleh berenti isap rokok....so korang ingat-ingatlah kata-kata dari salahudin nie erk


No comments:

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...