12 January, 2009

yehaaa!!!_manUTD_menang

perghh semalam adalah hari berdebar gaklahh...perlawanan antara Manchester United dengan musuhnya Chelsea...telah aku ikuti semalam...

awal-awal 1st half man Utd banyak menyerang, tapi apakan daya pertahanan chelsea kuat gaklah...dan tak banyak serang balas antara dua team...masa awal-awal nie dua-dua team playsafe...

cubaan-cubaan menarik banyak dari man utd...tapi semua shoot off target...masa separuh masa pertama nak abis, man utd dapat corner kick, mula-mula aku ingat rooney nak ambik corner kick tu, tapi pelik gaklah dia pi kat corner dan cuit sikit bola tu, pahtu giggs datang terus bawak bola tu dan buat hantaran, ronaldooo terus menanduk dan gooolll...tapi ianya tak dikira sebabnya pengadil belum meniup wisel hehehe...

so selepas itu barulah gol apabila nemanja vidic menanduk masuk bola dan melepasi tangkapan peter cech hahahaha 1-0

soo untuk second half banyak serangan-serangan menakutkan chelsea yang dilakukan oleh man utd...so goal kedua dijaringkan oleh wayne rooney dan goal ketiga berbatov...tapi yang best aku tengok goal berbatov yang diusahasama dengan vidic, di mana vidic telah mengasak terry dan santos dan memberi ruang kepada berbatov untuk berlari sesuka hati di kawasan D chelsea....dan akhirnya gol ketiga dapat disumbatkan ke dalam gawang chelsea yang sebelum ini memang payah nak lepas...soo aku pueh hati sesangat....

esok aku akan pakai baju man utd dan aku akan mencium lambang man utd di depan penyokong chelsea tegar iaitu bearudin...hehe siap hang esokk bear rudin

sekian,

No comments:

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...