28 March, 2009

huh_pengalaman_24jam

salam,

selepas langkah drastik aku pada hari jumaat kelmarin, aku 'mengalami kesengsaraan' untuk 24 jam yang pertama ini...nak habiskan satu hari ini penuh dengan dugaan dan rintangan...hantu nikotin menjelma di dalam diri beberapa kali...

Pagi;
aku bersama isteri berada di Bandar Bukit Raja, sebabnya kontraktor nak datang untuk buat simen... tapi apakan daya, dia tak dapat nak datang...motor rosak dan dah lambat sangat...nak simen belakang rumah kena buat awal-awal pagi sebabnya sekarang ni di klang ni asik hujan sahaja...kang nanti bila hujan abislah simen...tak cantik...

----masa ni tak terasa lagi nak hisap rokok, hantu nikotin belum keluar dari sarang dia lagi...

dalam pukul 10.30 pagi...selepas confirm kontraktor tu dapat datang, aku dan bini terus ke bandar di raja klang...kita orang tukar plan...hari ini kena buat sesuatu gak untuk siapkan rumah tu secepat mungkin...jadi kitaorang pun terus mencari-cari kedai elektrik yang jual lampu dan kipas ceiling...

Petang;
huh gila...gila aku rasa hari ini lah hari paling lama....sebabnya...
  1. aku menahan diri daripada merokok; beberapa kali hantu nikotin menjelma, aku nak merokok tapi bini kesayangan aku menghalang aku...tima kasih sayang...
  2. pilih lampu dan kipas...lama sungguh beb...bab untuk memilih semua lampu dan kipas ni aku serahkan terus kepada bini aku...semua yang dia pilih aku tak kisah...hehehe
  3. perasaan marah, resah, gelisah, sakit kepala semua ada hari ini...arghhh...
  4. huh..lagi satu masa aku ke jamban, perghh memang lama beb, hahaha lenguh kaki den..
lebih kurang pukul 3.00 petang, aku dan bini aku singgah dulu ke andalas, sebabnya nak kena pinjam van rusa, barang-barang elektrik yang dibeli tak cukup nak dimuatkan ke dalam myvi...

selepas asar;
pergi ke kedai elektrik tu balik, nasib baik aku dapat mengawal emosi, tak leh bawak laju-laju...bawak perlahan-lahan...huh dan nasib baik gak, pergi dan balik ke klang tu amik masa hanya se-jam, dan nasib baik lagi tak traffic-jam...

dah nak maghrib;
izam call rumah kat andalas, sori beb handset aku memang dah abis bateri, dan memang teruk dah handset ni, cas ja sekejap jer abih...tension...tension
pasal proposal yang perlu aku siapkan...dia nak malam ni gak...perghh...aku ingat dia nak minggu depan...nasib baik aku bawak laptop...so masa kat rumah andalas...aku abiskan keja aku...

haa masa ni memang aku dapat rasakan hantu-hantu nikotin telah berkeliaran berhampiran dengan aku...masa tengah pulun duk buat keja ni memang hantu-hantu ni suka datang...tapi apabila memandang muka bini aku...terbayang pulak kotak rokok yang ada gambar tu...aku batalkan terus niat nak mencari sebatang rokok...

balik ke pandamar;
huh...penat sungguh hari ini....menahan diri untuk tidak menghisap rokok adalah satu perbuatan yang memenatkan..aku nak tido dah nie...esok bermula satu hari lagi untuk aku menahan diri daripada pujukan dan rayuan hantu-hantu nikotin...insya ALLAH esok aku lebih bersedia lagi... doakan kemenangan aku untuk esok..

keputusan;
aku_bukan_lembu vs hantu nikotin
1 ----- 0
sekian,

2 comments:

buellart said...

Alhamdulillah, congratulation, badan hg menggigil tak? y not hg try posa.

syamzari said...

menggigil, ngigau, semua ada...aku takleh posa...sebab aku jenis kena minum banyak air...huh pagi ini minta-mintalah aku lepas,,,,

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...