17 June, 2009

malaysia_hari_ini

salam,

setiap pagi selepas sembahyang subuh, aku akan menonton MHI dari pukul 6.45pagi sehinggalah pukul 7.30pagi...sambil bersiap sebelum mengerah tenaga ke tempat kerja...rasanya patut aku memasukkan serba sedikit maklumat terkini pada pagi hari dengan menonton MHI...

kebiasaaanya aku lebih suka melihat Fedtri Yahya...apa yang diungkapkan penuh dengan ayat-ayat yang perlu difikirkan semula dan setiap ayat yang dituturkan adalah sesuatu yang indah dan baru kepada ku...salah satunya kat bawah ni

Aku ingin jadi pencuri, yang lupa menutup jendela,

ketika menyelinap ke rumah Tuhan dan Tertangkap!

hehe dalam maksudnya ungkapan ni...aku dapat rasakan inilah bahananya bila orang yang suka membaca...jika kamu semua membaca, setiap kata-kata yang indah akan dapat diungkapkan dengan jelas dan maksudkan yang akan disampaikan itu samada orang tak paham atau buat-buat tak paham...

aku bukanlah fan pada fedtri ni, tapi aku meminati dia dari sudut orang yang banyak membaca...dengan lontaran kata-kata yang mungkin korang tak pernah dengar susun katanya itu..

pagi tadi aku berkesempatan mengenali seorang penulis, Faisal Tehrani, kenapa aku tidak mengetahui ada orang sepertinya...insya ALLAH aku akan menyelusuri setiap nukilan yang disampaikan di dalam novelnya...

-->foto kredit untuk ummu hani

1 comment:

nickmenza said...

bro, baca buku-buku faisal tehrani. layan beb.

sekarang gue tengah baca ketupat cinta

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...