Showing posts with label damia. Show all posts
Showing posts with label damia. Show all posts

18 June, 2009

pengasuh_adakah_patut_diberi_cuti_1_hari

salam,

di MHI pagi tadi membincangkan bolehkan pengasuh/maid ini diberikan cuti selama 1 hari...dan setiap pemanggil di MHI tadi ada yang menyokong, ada yang tengah-tengah dan ada yang tidak menyokong langsung.

Pandangan aku;

1. tak payah bagi cuti sebabnya apabila mereka-mereka ni ada peluang keluar dan berjumpa dengan kawan-kawan dari negara yang sama...langkah untuk bergerak semakin panjang, bukan aku kata takleh nak berjumpa...kalau boleh bila dia nak gi mana-mana (misalnya jumpa sedara dia, kita ikut sekali) haa yang tu baru betul sebabnya kita boleh kenal sedara-sedara dia...

2. apabila kita bercuti, bawak sekali dia bersama, kiranya dia pun bercutilah tu...

3. lagi satu aku cadangkan, gaji dibayar separuh contohnya kalau sepatutnya kita bayar kat dia rm400.00 sebulan, kita bayar dulu rm200.00 atau rm150.00. Yang selebihnya kita simpan dalam bank atas nama dia lah...soo selepas habis kontrak barulah kita bagi selebihnya kat dia...

pendapat yang ke-3 tu aku cadangkan sahaja, sebabnya kalau kita bagi penuh...huuui bukan main gembira lah dia nanti...bershopping sakan, haa kalau handphone lagilah bergayut sakan...kang anak-anak kita terbiar lapar sakan gak di rumah...ni aku nak berkongsi kisah yang diceritakan sendiri oleh kawan aku...

kisah 1

kawan aku si B, kakak dia ada amik maid...kakak dia ni ada 3 orang anak, yang kecik sekali adalah dalam 4-6 bulan kot...so terjadilah satu kejadian yang tidak diingini oleh setiap ibu bapa, anak kecik kakak dia ni pernah jatuh dan patah tangan...tapi maid dia ni masih lagi tidak memberitahu kejadian tersebut kat kakak kawan aku ni...

so dalam masa seminggu ke dua minggu anak kecik ni asik menangis sahaja, kecuali pada waktu minum susu dan tidur...lagi pun si maid ni pun pandai, bila kakak dan abang kawan aku ni balik dari keja, dia bersungguh-sungguh dukung dan tidurkan anak kecik ni...

akibat tak tahan dengan teriakan anak kecik ni, kakak si B ni bawaklah jumpa dengan doktor...alangkah terkejutnya kakak dia ni apabila doktor mengatakan yang tangan anak dia ni patah...pahtu dah bersambung balik dah tapi yang kesiannya tangan anak dia ni bengkok sikit...yelah budak-budak kecik dia cepat sembuh...

so apalagi lepas jumpa doktor tu, kakak dia terus amik maid tadi dan hantar semula kat agent...barang -barang maid, kakak dia akan hantar lepas bawak maid tu ke agen...tetapi apa yang mengejutkan kakak dia ni, semasa berkemas barang-barang maid tu...terjumpalah banyak barang-barang kepunyaan abang dan kakak dia, baju, subang dan sebagainya....so itu untuk kisah pertama....

nota kaki : kalau si B baca ni, aku ada tambah sikit-sikit untuk penyedap ayat hahahahah...

kisah 2

kisah ni mengenai maid juga yang berlaku pada kawan aku (abang sulung dia yang kena)..maid ni kata kawan aku memang baik...kalau gi ke rumah mak dia...maid ni siap boleh urut kaki mak dia dan maid ni memang rajinlah...dah berkhidmat pada keluarga ni dah nak dekat 2 tahunlah...

abang pada kawan aku ni bagi gaji penuh lebih kurang rm450.00 sebulan, siap belikan handset lagi kat maid dia ni...so nak dijadikan cerita...depan rumah abang dia ada satu rumah tengah buat renovation...jadi kat situ ramailah kawan-kawan senegara yang dapat maid dia ni berhubung...so hari ke hari membawa kepada minggu ke minggu maid ni asyik berhubung...tapi abang dia tak kisahlah selagi anak-anak dia masih dijaga dengan elok oleh si maid ni...

namun begitu, langit tidak selalunya cerah, kepercayaan abang dia ni dibalas dengan satu kejadian yang takkan dilupakan oleh abang dia ni...satu hari abang dan kakak dia ni pergilah kerja macam biasa...si maid ni dah berniat untuk melarikan diri bersama dengan teman yang dia kenal tu, so dia dah buat susu (lebih kurang 4 botol kot) untuk anak-anak tersebut (seorang umur 2 tahun, seorang lagi 4 tahun), dia pasang tv supaya budak-budak ni boleh tengok tv...dan terus meninggalkan budak-budak ni...dengan pintu tak berkunci...

so petang, abang dia baliklah macam biasa...alangkah terkejutnya dia apabila melihat keadaan rumah seperti tongkang pecah, botol kicap dan sos berterabur di lantai (anak-anak dia main), habis kusyen kotor dan sebagainya lah...(masa ni anak-anak dia dah tido kat depan tv, mungkin penat sangat kot) tengok dalam bilik maid, si maid ni dah takde...baju-baju semua dah takde...nasib baik barang-barang lain dia tak bawak sekali...nasib baiklah tak jadi apa-apa kat anak dia...

nota kaki : huh nasib baik dia tak bawak lari sekali anak abang dia ni, ini membuatkan aku berfikir 2-18 kali nak amik maid....arghhh

pengasuh_damia

salam,

setakat ni aku memang sedang mencari pengasuh dari indonesia...sebabnya yang utama bila adik damia dah keluar dari perut ibunya nanti, aku rasa baik aku ambil maid. sekurang-kurangnya ada orang nak jaga damia dan adiknya...aku terfikir juga hendar menghantar damia dan adiknya ke rumah pengasuh sekarang ni, mak zaki...tapi apakan daya, kesianlah pulak nanti sebab ramai budak dah dia jaga.

so aku redha sahaja kepada ALLAH, minta diberi pengasuh yang baik-baik yang boleh menjaga makan, minum anak aku dan terbaik sekali kalau dia boleh ajar anak aku mengaji AL-QURAN...yang ini susah nak cari...

memang dari segi pemilihan untuk menjaga anak aku ni aku memilih sikit, contohnya macam damia sekarang dihantar ke rumah mak zaki, walaupun ada sikit kisah lepas yang memberi parut di kepala damia, tapi aku masih berkeras untuk menghantar ke sana buat sementara waktu sebelum maid sampai. ada juga pengasuh dekat-dekat dengan rumah aku tetapi bila aku tengok dia tak pakai tudung jadi aku reject awal-awal...

perkara yang mak zaki buat yang aku rasa pengasuh lain tak buat;

1. mak dia tolong basuhkan semua baju-baju damia, memang pada mulanya aku memang tak bagi, tapi mak dia berkeras nak basuh juga...

2. kadang-kadang mak dia sediakan bekal sarapan untuk aku dan bini aku...

3. pasal pembayaran mak dia tak kisah nak bagi berapa pun tak kisah...tapi aku bagi ikut pada harga yang diletakkan oleh nurseri sekitar kawasan tu lebih kurang RM250.00

4. mak dia ajar ngaji AL-Quran, so apabila dia ajar ngaji, damia ni ikut sekali ngaji, korang bayangkan damia belum 2 tahun lagi dah pandai buka Muqaddam atas rehal, pastu nak ngaji, lagi satu dia dah boleh ikut kita sembahyang, kalau kita sujud, dia sujud, kalau kita duduk antara dua sujud, dia pun ikut sama...siap kalau duduk tahyat akhir tu jari boleh naik hehehe...

5. aku kadang-kadang boleh ambil lambat...maksud aku lambat tu takdelah sampai pukul 10 malam, lebih kurang pukul 8 malam lah...takde pulak dia nak cas ikut jam...hehehe

so buat masa ini aku memang bersyukur Alhamdulillah hantar damia kat situ, cuma sekarang nak menunggu untuk kedatangan maid dari seberang ni...so kalau boleh dapat spesifikasi keperluan yang lebih kurang sama dengan di atas Alhamdulillah, kalau tak aku terpaksa cari alternatif lain...

so nanti aku sambung mengenai pengasuh : patut atau tidak kita beri cuti 1 hari

sekian

22 April, 2009

yea_damia_dah_balik

salam,

17hb april 2009 -
selepas kepulangan aku dari outstation di POLIMAS (training user, sistem e-Peralatan), malam tu lebih kurang pukul 11.30 malam, aku bersama isteri tercinta mengambil keputusan untuk pulang ke kelantan...walaupun penat masih belum hilang, tapi kerna teringatkan damia sangat-sangat, jadi aku kuatkan diri untuk drive balik ke sana...

huh perjalanan memang mengambil masa yang agak lama...aku sampai ke kelantan lebih kurang pukul 7.30 pagi...aku kena bawak slow sebabnya isteriku pregnant dan masa check-up hari tu, doc cakap uri kat bawah, jadi aku bawaklah slow dalam 80-100km/j...

perjalanan ini amik masa yang lama antara sebab utamanya adalah kerna aku banyak berenti...yelah bang ngantuk oooo...penat badan ini masih terasa sehingga hari ini...

dan semasa perjalanan antara gua musang ke kuala krai...aku tengok banyak lembu bergelimpangan di jalan raya...yang mati dilanggar kereta dan lori...huh ini membuatkan aku lebih berhati-hati (jalan gelap dan berkabus beb)

18hb april 2009 -
huh sampai gak ke kampung, alhamdulillah...semasa masuk ke lorong rumah mentua aku..aku dah bayangkan damia..."damia papa ngan mama dah datang, rindu kat damia sangat-sangat"kata aku dalam hati..

so bila sampai aku tengok damia didukung oleh bapa mertuaku, sambil senyum-senyum cat, dia senyum kat papa and mama ni hehehe...hilang rasa penat...dan selepas itu...damia dah tak nak pegi dah kat orang lain, dia nak gi kat aku ngan mama dia sahaja...aku rasa dia memang rindu sangat-sangat kat papa n mama dia nie...aku pun dapat rasa apa yang dia rasa...

dan yang aku teringat sangat-sangat pada pagi tu...apabila aku dah tak tahan sebab ngantuk sangat-sangat, dia pegang tangan aku suruh teman dia main, suruh dukung dia...wahh rindu sungguh anak aku ni...sampaikan isteri aku kena ajak dia gi kedai beli roti dan aku terpaksa menyorok untuk tidur...

selepas balik dari kedai dia cari aku kat semua bilik...."papa...papa...papa"panggil damia...masa ni aku dah tak sedar dah...ngantuk beb...huh...sedih balik bila teringat dia duk mencari aku...sorrylah damia...papa ngantuk sangat...

dan cerita isteri aku, dia tengok selipar aku ada kat luar, dia pegang selipar tu...dan apabila selipar aku dipijak oleh ALIFF (anak kak long)...huh bukan main marah dia hehehe...

aku bangun balik dalam kul 12.oo tengahari...aku keluar dari persembunyian dan terus gi kat damia...haaa lepas tu memang dia tak nak lepas lah...asik nak dukung dan nak senantiasa aku berada di sisi dia...sampaikan aku nak mandi pun tak boleh hehehe...

so aktiviti hari ni aku nak melawat tok ki yang berada di terengganu, yelah melawat orang tua, aku pun masa balik kampung macam ni lah boleh nak melawat...kalau tak, masa raya lah baru balik...

tapi kesilapan yang telah aku lakukan adalah tidak menelefon ayah cik terlebih dahulu sebelum ke sana, tok mok dah keluar sebab melawat orang sakit kat hospital terengganu, jadi aku berjanji untuk singgah semula hari isnin ni...yelah takut terasa hatilah tok mok...sebab tak jumpa dia... aku ke sana bersama damia, mama dan aliff...lebih kurang pukul 8.30 malam baru balik...sian mama penat....

dan semasa kat umah tok ki ni damia memang tak nak berenggang dengan aku pada mulanya , yang aku nampak sangat sekarang ni, dia tak nak berenggang dengan aku, dengan mama dia takpe...kalau ngan aku tak boleh langsung...tapi selepas duk lama kat situ barulah dia boleh berlari-lari kat rumah tok ki hehehehe...(teringat aku masa kecik-kecik dulu masa main lari-lari kat umah tok...kena marah beb...tok siap cakap kalau lari-lari macam ni runtuh rumah aku hahahaha)

19hb april 2009 -
hari ni aktiviti nak bawak damia gi cucuk subang kat telinga...pahtu terus gi lawat anak kak long yang sulung (nasha)...dia sekarang duk kat asrama...so sebelum nak bawak balik damia, dia nak jumpa dulu...pahtu aku bawak semua, mama, damia, mak mentua aku dan nasha ke pantai cahaya bulan...kita orang makan-makan kat sana...

huh malam ni ada bola manchester united lawan everton FA cup, dan sampai ke pukul 2.00 pagi aku masih terpacak di depan tv melihat kekalahan man utd huhuhuh...fergie bawak turun ramai pemain muda...pahtu berbatov takleh pakai lahh aduyai tension aku tengok dia main, baik bawak masuk mecheda...

20hb april 2009 -
hari ni nak balik ke klang....aku dah janji ngan tok mok nak singgah ke terengganu...jadi aku kena balik ikut sanalah...beb perjalanan memang jauh sangat-sangat...tambah lebih kurang 200km lagi hahaha...sian kat mak mentua, mama ngan damia sebab perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam duk atas kereta...yelah korang bayangkan bertolak dari kelantan lebih kurang pukul 10.30 pagi dan kami semua sampai di klang lebih kurang pukul 10 malam...huh penat...penat

dan macam biasa aku banyak berenti...basuh muka segarkan badan...haaa masa dalam perjalanan ni lah damia suka ke depan...ke belakang...masa aku tengah drive dia nak duk kat atas riba aku hehehe..damia...damia...

masa ni damia dah asik batuk-batuk dah...sian dia bila dia batuk masa tido...sampai terbangun-bangun...kuat jugaklah dia batuk tu...

21hb april 2009 -
mama hari ni memang cuti lagi...aku pagi-pagi dah keluar...nak kena pegi ke IKN, Rawang ada meeting kat sana...so hari ni sampai tengahari kena duk kat sana...pagi ni nasib baik damia tak de masalah...tak sangat nak ikut aku...

semasa dalam perjalanan aku ke IKN, izam call kata ada tender yang perlu di submit minggu ni... jadi nak kena datang opis lah petang nanti...tapi aku nak kena balik rumah dulu...nak beli lauk untuk mama, mak mentua dan damia hehehe...

so sesampainya aku ke rumah, damia dah tunggu depan pintu...hehe tunggu aku lah tu...

selepas makan, aku rancang nak bawak damia ke klinik...huh masa kat klinik ni suhu damia dah cecah 38 darjah...perghh panas tu...doc bagi ubat masuk dari punggung...lepas tu barulah reda sikit panas dia...

selepas ke klinik, aku singgah kejap kat rumah di bukit raja...saja mak mentua aku nak tengok rumah kat sini...haaa damia apa lagi masa nie dia dah ok sikit apalagi berlari-lari anak lah dalam rumah ni...sambil bermain dengan khemah berbentuk rumah yang aku dan bini aku belikan hari tu kat toys'r us...

so lebih kurang dalam pukul 6.00 petang aku gerak terus ke opis...haaa masa ni aku berjaya melarikan diri...masa ni damia tak sedar aku dah pegi ke opis...

sampai jer aku kat opis...wife aku call...dia kata damia duk cari aku...dia tak nak kat orang lain...cuma nak gi kat bini aku jerk...penat bini aku layan dia...naik atas...turun bawah...sian lak bini aku kena masa ngandung-ngandung ni...

so masa kat opis rupanya hari khamis baru tender ni tutup...jadi aku buat lah sedikit dokumen tolong badran...esok takdelah kelam kabut sangat...masa tengah duk buat keja nie...mak mentua aku call...kata bini aku dah penat nak layan damia...aduh sian-sian...jadi aku siapkan mana yang patut dan terus balik ke rumah...

sampai di rumah, damia dah merajuk kat aku...dia dah tak nak layan dah aku...hehe dia buat muka sombong...hehe nakal sungguh anak aku ni...so selepas abg ipar ngan kak ipar aku balik baru dia gi kat aku...

malam masa nak tido...dia batuk kuat sangat sampai takleh tido...so apa yang aku buat...aku dukung dia sambil jalan-jalan kat dalam bilik...dan dia tertido di pangkuan aku...penat gak bang hehehehe...lepas tu aku letak dia kat katil...tapi selang 10 minit lepas tu dia batuk kuat lagi...bila dah batuk kuat macam ni dia terus terjaga...soo apalagi aku kena dukung dia dan berjalan-jalan balik kat dalam bilik ni...lebih kurang 2-3 kali gak lah aku buat macam nie....

bini aku pun terus nak amik EL esok sebab kesian tengok damia masih demam dan batuk ...kesian kat bini aku..dia pun penat gak tu...sabar-sabar ek sayang hehehehe...

22hb april 2009 -
aku ke opis lambat sikit hari ni...hehe lepas subuh tido balik...ngantuk sangat-sangat sebab tak cukup tido semalam...badan masih lagi penat...penat balik kampung tak hilang lagi...lepas mandi, aku terus belikan sarapan dan lauk sikit, damia dan mama ikut sekali...

lepas tu aku terus ke opis...dan aku dah bagitahu dah kat bini aku yang aku balik pagi esoknya sebab nak siapkan tender nie...hehe biasalah pricing keluar pagi-pagi orang dah tido baru nak kuar...masa ni lah korang akan tengok harga naik turun hahaha...ini pengalaman kedua aku buat tender...so pagi esok baru aku balik....oklah aku nak sambung balik buat dokumen tender....yang lain semua dah siap...cuma tunggu pricing sahaja nie....

sekian,

14 April, 2009

lamanya_aku_tidak_posting

salam,

- aku sibuk;
  • dengan urusan kerja Daya One...1-2 bulan ini penuh dengan training pengguna di politeknik-politeknik.. sekarang aku berada di Jitra, Polimas, baru habis minggu lepas di Politeknik Shah Alam selama 2 minggu di sana..
  • dengan urusan nak masuk rumah di Bandar Bukit Raja...pasang lampu, kipas, dan sebagainya...yang diperlukan
  • mencari pengasuh/orang gaji untuk damia...huh sedih-sedih damia sekarang ada kat kelantan...dah nak dekat 1 bulan dah dia duk kat sana...insya ALLAH minggu ni aku nak balik kelantan, nak ambil dia balik ke klang....tak tertahan kesedihan ini bila dia jumpa kereta myvi...dia ingat aku ada kat dalam keta tu (cerita mak mentua aku)...
sekian,

18 March, 2009

kenduri_wan_bear

salam,

semalam aku nak posting gambar-gambar yang aku ambil semasa majlis meraikan dua pelamin, mohd izwan ismail dan rozeila mohd sharib...tapi memandangkan sekarang aku outstation dan berada di politeknik merlimau melaka (buat training lah beb)...dan celcom plak buat hal jadi aku amik sikit masa rehat selepas training hari ni nak letak gak gambar-gambar ni...

dan ini adalah bukti yang mengatakan aku telah datang ke majlis meraikan dua mempelai ini....setiap gambar yang aku letak...ada citer di sebalik gambar tersebut...so aku minta maaf dululah kepada mereka yang terasa dengan usikan aku....hehehe
Papa : inilah muka tensen sebab berapa kali berenti menunggu kawan-kawan yang nak konvoi...woiii perut aku dah berbunyi dah nie...aduhhh...lambatlah korang ni, lain kali janji kena tepat...jangan janji melayu...janji cina lah wehhh...hehehe

damia : ishh apsal muka papa macam tu...hmm nak buat gaklah muka macam papa...
mama : kalau muka papa macam tu, muka mama lak macam ni hehehe...

kakak bertudung merah : kita ni dah kawin kena jaga suami kita...jangan bagi dia keluar malam-malam, kalau dia kata ada ceramah, ikut dia sekali, bukan boleh percaya suami sekarang, pantang nampak dahi licin semua dia nak sapu...haaa kalau dia degil kita tariiiik telinga dia...(ish macam pernah ku dengar perkataan tarik-tarik telinga ni, tapi di mana yaaa)
pengantin perempuan : (dalam hati)...hmm btul jugak kakak ni, takleh jadi ni...pegang kuat-kuat jangan lepas...
pengantin lelaki : (dalam hati jugak)...arghh aku nak tengok bola malam nie, man utd lawan liverpool...yang penting kalau man utd kalah siaplah syam ngan chot hahahah...

mir (baju putih) : weh ko budak kecik lagi apsal isap rokok...cikgu tak marah ker...ishh budak ni kang aku joget depan ko kang...haa...ishh ewah...ewah..heheh (sambil senyum-senyum cat)
jemek (tgh pegang rokok) : bang saya tak hisap rokok, saya tolong pegang ja...rokok ini abang baju merah ni punya...
angah (baju merah) : alaahhh ko tolong lah pegang sat...kang orang Baling nampak...ni nak tangkap gambar ni....(sambil menutup mukanya dengan kepala jemek)...

budak (kat belakang) : (dalam hati) ishh abang yang tengah minum ni makan lagi ker...tadi aku tengok dia dah makan dah kat hujung sana...ishh tahulah kenduri...agak-agaklah bang...(sambil merenung tajam ke chot)
chot (sedang minum) : (dalam hati) inilah gaya paling macho yang aku pernah buat...tengok semua aku hanya minum ja tak makan pun...d.i.e.t...
G_dragon (sedang makan) : aku lapar!!!...jangan kacau aku...

mama : damia...damia tengok papa amik gambar tu...pandang papa...cepat...(sambil buat muka cun...heheh mama memang cun pun hehehe....)
damia : damia tengah tengok pakcik G_dragon nie makan...sedap ja tengok dia makan...sian kat dia, emm dia teramat lapar ker mama??? (tanya damia hehehe)

bersambung ke kisah kedua....tunggu
sekian,

11 March, 2009

damia_terkoyak_dahi_smbg_3

sambungan siri ke-3.....


dalam perjalanan menuju ke pantai...

sebelum ke pantai aku berenti isi minyak dulu...masa tu aku bawak sekali damia keluar...haaa bila dah masuk dalam kedai petronas tu macam biasalah...

"nak...nak...nak tu..."sambil menunjukkan tangannya ke KIT-KAT
"ehh jap, papa ambil biskut tiger nie..., haa amik yang ini..."
damia terus senyap, lepas tu aku beralih pula ke tempat minuman....

"ni papa amik VITAGEN...damia minum ni erk, nah damia pegang, jom bawak ke kakak tu"pujuk aku sambil bawa biskut dan minuman ke kaunter bayar...

"haa damia bagi kat kakak, kakak nak kira, pahtu damia pegang balik erk"
"bang kenapa kepala dia tu"tanya budak kaunter, yelah lepas lihat kepala damia ada bandage...
"dia jatuh, masa kat rumah pengasuh dia, berdarah lah ni"
"teruk ke bang"
"boleh tahan lah panjang dan dalam luka dia ni"ishh budak ni banyak tanya plak, kata aku dalam hati...

selepas aku bayar...terus masuk dalam kereta...dan terus menuju ke pantai...
dalam kereta damia seronok makan biskut...dan minum vitagen...ni memang kegemaran dia hehehe...lupalah yang dia tengah sakit tu....

sampai di pantai
"sayang, awak turun kat emergency ni, bawak damia ngan kad dulu...barang-barang lain saya bawak kemudian, saya nak parking dulu...ok"
"ok" aii sepatah jer bini aku jawab, hehe sedih lagi tu...

aku pun terus gi ke belakang pantai dan parking...bawak beg damia, yang penting spongeBOB dia....(nanti aku upload sponge BOB dia, yang dia bawak tido...dah tukar color dah...hehehe)

"assalamualaikum mak, mak tak payah datanglah...sekejap jer nie"
"damia macam mana..."
"ok dah, cuma baru sampai pantai klang, nak jahit jer ni, oklah mak along masuk bilik doktor dulu, nanti apa-apa hal along call balik, bye"

dalam bilik emergency
doktor nasir...ok orang dia...
"uihh besarnya luka dia, jatuh kat mana ni"
"rumah pengasuh dia doc"
sambil senyum"biasalah budak-budak"
"doc, teruk ke ni"
"eh taklah, cuma dalam jer nie...ok sekarang kita guna glue stitch (nak tahu apa dia klik link yang aku bagi tu...), nurse letak dia kat katil..."

bila nak letak jer damia kat katil...apalagi damia pun menunjukkan kemarahan, ketakutan dan kerisauan dia dengan menjerit dan menangis....alahai sian anak aku...doktor dan nurse terpaksa bedung dia dulu....bini aku pegang kaki damia.....

aku hanya tengok sahaja dari hujung katil...kesian...
firstly doc bersihkan dulu luka, lepas tu titikkan glue tu kat tempat luka...
ishh aku tengok macam letak gam pada kertas yang koyak...korang bayangkanlah...
lepas tu dalam masa 2-3 minit doc pegang tempat luka tu sampai kena ambil kipas untuk keringkan glue...yang ada kat dahi damia sekarang ni...

damia pada keadaan begini...
"mama....mama..."
"papa....papa....jom....jomm....jom"

dia nak balik lah tu...ajak mama ngan papa nak balik....sakit...sakit (huh jari kita kena pisau pun sakit apatah lagi macam nie)...sian kat damia...

dah abis...doc pesan,
"nanti awak balik jangan bagi basah tempat luka dia, biarkan kering...tukar pembalut ini kalau-kalau basah semasa mandikan dia nanti"sambil doktor bagi kat aku extra pembalut
"hari isnin awak datang balik saya nak check semula"
"ok doktor"balas aku
"lagi satu, kalau malam nie dia tak boleh tido,tak aktif, muntah-muntah atau sebagainya yang awak rasa pelik, bawa terus ke sini, saya takut kepala dia jer ada apa-apa"
"ok doc, terima kasih"

dan aku terus balik ke rumah emak/ayah di taman sri andalas, klang

-TAMAT-
sekian,

10 March, 2009

damia_terkoyak_dahi_smbg_2

sambungan siri ke-2...

sampai di rumah zaki
semasa aku memangku damia...aku lihat dahi dia di sebelah kanan terkoyak besar, lebih kurang 1 inci lebih...aku tengok lantai rumah makcik ada darah damia...ishh teruk jugak luka damia dalam hati ku berkata....

wife aku masih menangis teresak-esak mengenangkan nasib damia ni...sambil memangku damia...dia mengomel macam-macam...aku terus senyap....

dalam kereta menuju ke klinik dr quah
aku masih senyap....rasa seperti kereta-kereta kat depan aku ni semua bawak paling lambat pada hari ini...ntahlah...rasa nak potong dan pecut jer terus tapi memandangkan keadaan dalam kereta ni kelam kabut dan damia pun tengah menangis menahan kesakitan (issh kesian damia), jadi aku batalkan niatku untuk memotong semua kereta...takut jadi lagi teruk kalau ikut perasaan hati ni...

"damia sayang, sabar-sabar erk, dah nak sampai dah klinik ni...sabar erk sayang"pujuk aku pada damia sambil pegang tangan dia...
mama masih menangis lagi melihat keadaan damia...

kira-kira 2km nak sampai ke klinik, damia dah berenti nangis, mama tak abis-abis peluk, cium damia nak pujuk dia lah jangan nangis....

dalam klinik
aku terus pangku damia, yelah mama dah tak larat dah tu, nak jalan pun lemah jer...so aku pun terus masuk ke dalam klinik...

"dr quah ada tak, anak saya dahi dia luka, terkoyak"kata aku...
"ada dalam, saya ingat mama dia sakit mata...mata sudah bengkak aaa"kata pembantu klinik tu...
aku pandang ke isteri aku...mata memang dah bengkak kemerahan...macam orang sakit mata...aku jer masih cool walaupun dalam hati rasa nak menangis gak "papa kena cool"...
selepas itu kami 3 beranak meluru masuk ke dalam bilik doktor...

"aiyoo banyak besar ini luka"kata dr quah...
"itulah doktor...besar ni...so macamana"kata aku pulak
"macam nilah, ini baby I tak boleh jahit, sebab nanti dia meronta-ronta, takde orang nak pegang dia masa jahit...so u pegi ke hospital lah...u pegi pantai medical, klang"
"emm wait aaa i tulis dulu letter and u give this letter to them"kata dr quah...

so aku tunggulah dr tulis dulu letter tu...apa yang dia tulis aku tak tahu...tapi yang pasti aku nampak perkataan STICH means jahitlah....berparutlah dahi damia....

"ok u give this letter to pantai, dia orang boleh buat..."
"so doctor, damia ok ker ni"
"ohh dia ok nie...biasalah ini budak-budak main-main, tapi luka dia besar dan dalam juga tu, i letak pembalut dululah, takut nanti kotor pulak..."
"ok doc"
bini aku terus senyap....masa doctor nak letak pembalut tu, damia apa lagi...

"huaaa...huaa....huaaa"nangis takut kat doktor....siap pembantu dia pujuk damia...
"baby jangan nangis...no pim...pin...no pim...pin"pujuk pembantu tu...
aku duk pikir amendelah dia pujuk ni...nak ketawa masa tu tapi tahan jelah hehehe...

so kitaorang lepas doc letak pembalut tu kat dahi damia...terus ke pantai medical center...

dalam kereta menuju ke pantai...

ahhhhh sambung lagi hehehe ke bahagian ke-3 hehehe

sekian,

damia_terkoyak_dahi

salam,

6hb Mac 2009, Jumaat, 3.30 petang, Mesyuarat di Politeknik Shah Alam - Telefon bimbit ku berbunyi dengan tema Upin dan Ipin....so aku terpaksa keluar sekejap dari meeting tu...

"Hallu bang"kawanku zaki,
"Haa yer apahal, aku tengah meeting ni"...
"Anak ko jatuh",
"Uihh teruk ker?"...
"Teruklah kot, kalau tak mak aku mesti tak telefon aku...",
"Aduhhhh...ok-ok aku gi tengok" dalam hati aku macamanalah damia...teruk ke haaaaa aduh...ni semua dugaan nie...

aku terus telefon wife aku...
"CIMB Jalan Meru, Ida speaking..."
"Yang, damia jatuh, teruk rasanya" aku terus bagitahu bini aku...tanpa banyak simpang siur...direct to the point..
"haaa"
"Ok jap lagi saya ambil awak, saya kat poli-shah alam nie...ok bye..."...aku tak tahulah apa perasaan bini aku ni...dia ni sensetip orangnya...mesti dia terus mengalirkan air mata kesedihan...mesti terbayang damia dengan lukanya....hahhh

dalam bilik meeting
"dil, bulat aku terpaksa balik, damia jatuh, teruk rasanya" aku terus mengemas beg laptop aku dan terus bagitahu kat en. safari yang aku kena balik sebab anak aku jatuh...

dalam kereta..
aku tengah memikirkan dan membayangkan bagaimana keadaan damia sekarang nie... teruk sangat ker?

sampai ke opis wife...
aku terus telefon wife aku
"sayang, saya ada kat luar dah nie, awak kat mana..."
"ok2 jap lagi saya keluar" dengan nada sedih...

semasa aku menunggu...
aku lihat susuk tubuh bini aku dengan pergerakan yang lemah dan mata merah berair....dalam hati "dah aku agak dah bini aku mesti menangis punya"

dalam kereta menuju ke rumah zaki
"itulah YANG saya dah pikir banyak kali dah...dulu masa damia terkepit jari dia...saya dah tak nak dah letak kat umah zaki tu...lepas tu masa dia jatuh dulu...abih lebam kepala dia..."luahan ketakpuashatian bini aku pada aku...
"yelah...nak buat macamana benda nak jadi, lagipun betul gak apa yang awak kata tu tapi kita mana ada pilihan sekarang ni, saya pun perasan gak yang makcik sekarang ni dah jaga banyak budak" (3 budak dalam umur 4 tahun ke atas, 2 bawah 2 tahun termasuk damia dan 2 baby baru lahir)...
"tadi saya ada telefon makcik, makcik kata dia jatuh masa main-main...budak-budak tu main bedak kat lantai...entah macamana tertolak kot damia tu terus kena bucu meja tv...."kata bini aku
"haaa bucu meja tv...aduhhh"aku terbayang luka di dahi damia...minta-minta lah tak teruk sangat....
"kita bawak jumpa dr quah, kak fidah kata kalau besar sangat yang memerlukan jahit, dr quah boleh buat"..."haa ok2"
selepas itu aku dan bini aku terus senyap...memikirkan bagaimana keadaan damia...

sampai di rumah zaki
bini aku terus meluru masuk ke rumah zaki....setelah melihat damia di pangkuan makcik (mak zaki)...dia terus keluar menangis teresak-esak..aku masa ni masih dalam kereta lagi....
"yang, awak amik damia, saya tak boleh tengok dia..."esakan semakin kuat...aduhh ni mesti teruk luka damia......aku pun terus ke dalam rumah nak ambil damia....

ok tamat bab 1...nanti aku sambung bab 2 pulak
sekian,

23 February, 2009

himpunan_gambar_mama_damia


29112008, originally uploaded by ahmadsyamzarimamat.

salam,

nie adalah serba sedikit gambar yang aku tangkap dan buat editing...papa luv mama and damia sooo much hehehe

28 January, 2009

damia_gosok_baju



salam,


nie video yang aku amik semalam, damia dah boleh amik tugas-tugas mama dia, yang nie masa dia tengah sterika baju, kalau kat dapur dia suka menumbuk bawang, yang tu aku tak amik lagilah...nanti kalau aku dah amik video dia akan ku letak kat dalam blog nie,

sekian,

21 January, 2009

aku_di_johor

- selama 4 hari aku di sini...

- training pengguna e-peralatan untuk Politeknik Johor Bahru...

- semalam pegi makan kat kedai yong tau fu mak izam kat kampung melayu...

- semalam dan hari ini cuaca di johor sangatlah panas...

- aku dapat rasakan diriku seperti nak demam...

- rindu kepada damia dan mama sangat-sangat...

- tengok anak orang macam tengah tengok damia...

- bodoh betul orang yang membuang anak dia ke dalam tong sampah...dahlah aku tengok polis ni dukung budak tu macam aku dukung damia...nie gambar dia aku lampirkan sekali...alaaahaii kesiannya budak ni
- kesian budak ini bila besar nanti, apabila dia tengok semula berita ni masa besar...mesti dia kecik hati, marah....sian-sian
oklah itu sahaja untuk hari ini, sekian

26 November, 2008

nur_aleia_damia

Nur Aleia Damia bt Ahmad Syamzari nama diberi,
keletahmu mengamit hatiku dan mama mu,

oklah hari ni lepas abis aku training di perpustakaan negara, sebelum aku disibukkan dengan kerja-kerja di opis baik aku citer dulu pasal anak perempuan aku ni...

teringat masa mama mengandungkan dia dulu...alhamdulillah mama tak teruk sangat morning sickness nya...oklah boleh masak...tapi yang aku peliknya masa sebelum mengandung mama suka sangat makan nasi ayam tapi masa mengandungkan DAMIA nie...uih dgr iklan chicken rice shop pun takleh apatah lagi kalu bau nasi ayam mama rasa mcm nak muntah, loya hehehe so dlm fikiran aku masa tu mayb anak aku mmg tak suka makan nasi ayam bila dah besar nanti hehehe...

dalam tempoh mengandung ni jugak mama suka makan-makan western food, makanan mamak...tapi aku salute ngan bini aku nie walaupun dia mengandung...(yelah bang, org mengandung nie dia cepat penat)... dia selalu kalau boleh nak masak makanan untuk aku, tak kiralah makan pagi ke, makan tengahari ke atau makan malam...kadang-kadang tu kalu aku kesian sangat aku beli jer makanan kat luar.

hmm oklah masa mama mengandung nie...suka aku tgk perut dia sbb masa dah besar sgt tu damia kat dlm asik tendang-tendang jer perut mama dia nie...sampai ada satu hari tu masa aku pegang perut mama...aku dapat rasa tendangan damia hehehhe...

hari ke hari aku dan mama sabar menunggu kelahiran damia...(opsss...aku smabung balik keja, mlm ni aku sambung balik, ingat nak letak sekali pic damia nanti...)

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...