Showing posts with label AL-Quran. Show all posts
Showing posts with label AL-Quran. Show all posts

23 March, 2009

umar_abd_aziz

salam,

petang tadi, aku merayau-rayau bersama isteri tercinta (nak hilangkan kebosanan selepas damia kena balik kelantan...nanti aku citer...) di bandaraya shah alam...tempat pertama adalah kompleks shah alam...aku ke sini kerana nak tempah kabinet dapur...untuk membuat persiapan apabila masuk ke rumah kat bandar bukit raja nanti (yang ni nanti aku citer lagi kalau ada masa hehehe...)...

so selepas bayar duit deposit tu...aku terus berjalan-jalan dan ternampak buku ni... "Umar bin Abdul Aziz - Peribadi Zuhud Penegak Keadilan"....dah lama aku cari buku ni...

sebabnya aku mencari buku ini adalah kerana Lim Guan Eng (Ketua Menteri Melaka Pulau Pinang sekarang) ada menyebut tentang hendak menjadikan Umar Abd Aziz ni sebagai contoh dalam pentadbiran yang akan dijalankan di Negeri Pulau Pinang...

so ianya menarik perhatian aku apabila seorang manusia yang berbangsa cina dan bukan Islam boleh menjadikan Umar Abd Aziz ini idola dalam pemerintahan yang akan dijalankan...jadi aku kena tahu lebih lanjut siapakah dia Umar Abdul Aziz nie...yelah sebabnya masa sekolah dulu mana pernah dalam subjek sejarah ada sebut atau sentuh sejarah Umar Abd Aziz nie...seingat aku lah...ka aku tak masuk kelas hehehe...sepatutnya pelajar-pelajar di sekolah atau di universiti perlu diberitahu tentang bagaimana Umar Abd Aziz ni mentadbir sesebuah negara dalam keadaan aman dan damai....tanpa adanya pencuri, perompak, perogol dan sebagainya kerja-kerja jahat ni semasa pemerintahannya...

so buat masa ini aku tengah baca buku ni...nanti dah abis baca aku bagi sinopsis/ringkasan mengenai apa yang aku dapat dari buku ini...

sekian

notakaki : imej buku di atas aku ambil dari http://bookkeeper-uwise.blogspot.com ...kredit to site ni...

dikemaskini semula pada 25/03/2009 pada pukul 12.08am...kerana aku salah letak Lim Guan Eng tu Ketua Menteri Pulau Pinang sebenarnya...aduh macamana boleh salah ni..nasib baik ayah aku komen hahaha...terima kasih...ayah...


02 January, 2009

bacaan_AL_QURAN

salam,

aku mendapat satu idea untuk melancarkan bacaan dengan tajweed dan ianya mungkin akan merajinkan pembacaan al-quran aku (antara azam tahun nie) ...so aku terfikir idea nie...aku membaca al-quran sambil dengar winamp yang dibaca al-quran nya oleh imam...aku amik semua surah2 ni daripada fadhil..dia kata dia download semua surah nie dari sini...senang sikit, so panjang pendek harkat dan dengung semua insya ALLAH boleh aku perbetulkan...

satu lagi laman yang aku rasa best sebab dia bagi AL-Quran tu dalam flash, siap korang kena selak bagi setiap page kertas al-quran tu hehehe (kalu beh kena baca lahhh)...nie site dia korang klik sini.

nanti korang pun boleh downlod dan install software nie...setakat yang aku tgk korang semua selepas baca boleh buat bookmark kat mana kita berenti...so nak sambung balik nanti, terus klik jer notes of bookmark yang korang dah buat...capaian akan terus ke page atau surah yang di bookmark tersebut.

soo bacalah AL-Quran....sekian

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...