Showing posts with label opis_keja. Show all posts
Showing posts with label opis_keja. Show all posts

22 April, 2009

yea_damia_dah_balik

salam,

17hb april 2009 -
selepas kepulangan aku dari outstation di POLIMAS (training user, sistem e-Peralatan), malam tu lebih kurang pukul 11.30 malam, aku bersama isteri tercinta mengambil keputusan untuk pulang ke kelantan...walaupun penat masih belum hilang, tapi kerna teringatkan damia sangat-sangat, jadi aku kuatkan diri untuk drive balik ke sana...

huh perjalanan memang mengambil masa yang agak lama...aku sampai ke kelantan lebih kurang pukul 7.30 pagi...aku kena bawak slow sebabnya isteriku pregnant dan masa check-up hari tu, doc cakap uri kat bawah, jadi aku bawaklah slow dalam 80-100km/j...

perjalanan ini amik masa yang lama antara sebab utamanya adalah kerna aku banyak berenti...yelah bang ngantuk oooo...penat badan ini masih terasa sehingga hari ini...

dan semasa perjalanan antara gua musang ke kuala krai...aku tengok banyak lembu bergelimpangan di jalan raya...yang mati dilanggar kereta dan lori...huh ini membuatkan aku lebih berhati-hati (jalan gelap dan berkabus beb)

18hb april 2009 -
huh sampai gak ke kampung, alhamdulillah...semasa masuk ke lorong rumah mentua aku..aku dah bayangkan damia..."damia papa ngan mama dah datang, rindu kat damia sangat-sangat"kata aku dalam hati..

so bila sampai aku tengok damia didukung oleh bapa mertuaku, sambil senyum-senyum cat, dia senyum kat papa and mama ni hehehe...hilang rasa penat...dan selepas itu...damia dah tak nak pegi dah kat orang lain, dia nak gi kat aku ngan mama dia sahaja...aku rasa dia memang rindu sangat-sangat kat papa n mama dia nie...aku pun dapat rasa apa yang dia rasa...

dan yang aku teringat sangat-sangat pada pagi tu...apabila aku dah tak tahan sebab ngantuk sangat-sangat, dia pegang tangan aku suruh teman dia main, suruh dukung dia...wahh rindu sungguh anak aku ni...sampaikan isteri aku kena ajak dia gi kedai beli roti dan aku terpaksa menyorok untuk tidur...

selepas balik dari kedai dia cari aku kat semua bilik...."papa...papa...papa"panggil damia...masa ni aku dah tak sedar dah...ngantuk beb...huh...sedih balik bila teringat dia duk mencari aku...sorrylah damia...papa ngantuk sangat...

dan cerita isteri aku, dia tengok selipar aku ada kat luar, dia pegang selipar tu...dan apabila selipar aku dipijak oleh ALIFF (anak kak long)...huh bukan main marah dia hehehe...

aku bangun balik dalam kul 12.oo tengahari...aku keluar dari persembunyian dan terus gi kat damia...haaa lepas tu memang dia tak nak lepas lah...asik nak dukung dan nak senantiasa aku berada di sisi dia...sampaikan aku nak mandi pun tak boleh hehehe...

so aktiviti hari ni aku nak melawat tok ki yang berada di terengganu, yelah melawat orang tua, aku pun masa balik kampung macam ni lah boleh nak melawat...kalau tak, masa raya lah baru balik...

tapi kesilapan yang telah aku lakukan adalah tidak menelefon ayah cik terlebih dahulu sebelum ke sana, tok mok dah keluar sebab melawat orang sakit kat hospital terengganu, jadi aku berjanji untuk singgah semula hari isnin ni...yelah takut terasa hatilah tok mok...sebab tak jumpa dia... aku ke sana bersama damia, mama dan aliff...lebih kurang pukul 8.30 malam baru balik...sian mama penat....

dan semasa kat umah tok ki ni damia memang tak nak berenggang dengan aku pada mulanya , yang aku nampak sangat sekarang ni, dia tak nak berenggang dengan aku, dengan mama dia takpe...kalau ngan aku tak boleh langsung...tapi selepas duk lama kat situ barulah dia boleh berlari-lari kat rumah tok ki hehehehe...(teringat aku masa kecik-kecik dulu masa main lari-lari kat umah tok...kena marah beb...tok siap cakap kalau lari-lari macam ni runtuh rumah aku hahahaha)

19hb april 2009 -
hari ni aktiviti nak bawak damia gi cucuk subang kat telinga...pahtu terus gi lawat anak kak long yang sulung (nasha)...dia sekarang duk kat asrama...so sebelum nak bawak balik damia, dia nak jumpa dulu...pahtu aku bawak semua, mama, damia, mak mentua aku dan nasha ke pantai cahaya bulan...kita orang makan-makan kat sana...

huh malam ni ada bola manchester united lawan everton FA cup, dan sampai ke pukul 2.00 pagi aku masih terpacak di depan tv melihat kekalahan man utd huhuhuh...fergie bawak turun ramai pemain muda...pahtu berbatov takleh pakai lahh aduyai tension aku tengok dia main, baik bawak masuk mecheda...

20hb april 2009 -
hari ni nak balik ke klang....aku dah janji ngan tok mok nak singgah ke terengganu...jadi aku kena balik ikut sanalah...beb perjalanan memang jauh sangat-sangat...tambah lebih kurang 200km lagi hahaha...sian kat mak mentua, mama ngan damia sebab perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam duk atas kereta...yelah korang bayangkan bertolak dari kelantan lebih kurang pukul 10.30 pagi dan kami semua sampai di klang lebih kurang pukul 10 malam...huh penat...penat

dan macam biasa aku banyak berenti...basuh muka segarkan badan...haaa masa dalam perjalanan ni lah damia suka ke depan...ke belakang...masa aku tengah drive dia nak duk kat atas riba aku hehehe..damia...damia...

masa ni damia dah asik batuk-batuk dah...sian dia bila dia batuk masa tido...sampai terbangun-bangun...kuat jugaklah dia batuk tu...

21hb april 2009 -
mama hari ni memang cuti lagi...aku pagi-pagi dah keluar...nak kena pegi ke IKN, Rawang ada meeting kat sana...so hari ni sampai tengahari kena duk kat sana...pagi ni nasib baik damia tak de masalah...tak sangat nak ikut aku...

semasa dalam perjalanan aku ke IKN, izam call kata ada tender yang perlu di submit minggu ni... jadi nak kena datang opis lah petang nanti...tapi aku nak kena balik rumah dulu...nak beli lauk untuk mama, mak mentua dan damia hehehe...

so sesampainya aku ke rumah, damia dah tunggu depan pintu...hehe tunggu aku lah tu...

selepas makan, aku rancang nak bawak damia ke klinik...huh masa kat klinik ni suhu damia dah cecah 38 darjah...perghh panas tu...doc bagi ubat masuk dari punggung...lepas tu barulah reda sikit panas dia...

selepas ke klinik, aku singgah kejap kat rumah di bukit raja...saja mak mentua aku nak tengok rumah kat sini...haaa damia apa lagi masa nie dia dah ok sikit apalagi berlari-lari anak lah dalam rumah ni...sambil bermain dengan khemah berbentuk rumah yang aku dan bini aku belikan hari tu kat toys'r us...

so lebih kurang dalam pukul 6.00 petang aku gerak terus ke opis...haaa masa ni aku berjaya melarikan diri...masa ni damia tak sedar aku dah pegi ke opis...

sampai jer aku kat opis...wife aku call...dia kata damia duk cari aku...dia tak nak kat orang lain...cuma nak gi kat bini aku jerk...penat bini aku layan dia...naik atas...turun bawah...sian lak bini aku kena masa ngandung-ngandung ni...

so masa kat opis rupanya hari khamis baru tender ni tutup...jadi aku buat lah sedikit dokumen tolong badran...esok takdelah kelam kabut sangat...masa tengah duk buat keja nie...mak mentua aku call...kata bini aku dah penat nak layan damia...aduh sian-sian...jadi aku siapkan mana yang patut dan terus balik ke rumah...

sampai di rumah, damia dah merajuk kat aku...dia dah tak nak layan dah aku...hehe dia buat muka sombong...hehe nakal sungguh anak aku ni...so selepas abg ipar ngan kak ipar aku balik baru dia gi kat aku...

malam masa nak tido...dia batuk kuat sangat sampai takleh tido...so apa yang aku buat...aku dukung dia sambil jalan-jalan kat dalam bilik...dan dia tertido di pangkuan aku...penat gak bang hehehehe...lepas tu aku letak dia kat katil...tapi selang 10 minit lepas tu dia batuk kuat lagi...bila dah batuk kuat macam ni dia terus terjaga...soo apalagi aku kena dukung dia dan berjalan-jalan balik kat dalam bilik ni...lebih kurang 2-3 kali gak lah aku buat macam nie....

bini aku pun terus nak amik EL esok sebab kesian tengok damia masih demam dan batuk ...kesian kat bini aku..dia pun penat gak tu...sabar-sabar ek sayang hehehehe...

22hb april 2009 -
aku ke opis lambat sikit hari ni...hehe lepas subuh tido balik...ngantuk sangat-sangat sebab tak cukup tido semalam...badan masih lagi penat...penat balik kampung tak hilang lagi...lepas mandi, aku terus belikan sarapan dan lauk sikit, damia dan mama ikut sekali...

lepas tu aku terus ke opis...dan aku dah bagitahu dah kat bini aku yang aku balik pagi esoknya sebab nak siapkan tender nie...hehe biasalah pricing keluar pagi-pagi orang dah tido baru nak kuar...masa ni lah korang akan tengok harga naik turun hahaha...ini pengalaman kedua aku buat tender...so pagi esok baru aku balik....oklah aku nak sambung balik buat dokumen tender....yang lain semua dah siap...cuma tunggu pricing sahaja nie....

sekian,

14 April, 2009

lamanya_aku_tidak_posting

salam,

- aku sibuk;
  • dengan urusan kerja Daya One...1-2 bulan ini penuh dengan training pengguna di politeknik-politeknik.. sekarang aku berada di Jitra, Polimas, baru habis minggu lepas di Politeknik Shah Alam selama 2 minggu di sana..
  • dengan urusan nak masuk rumah di Bandar Bukit Raja...pasang lampu, kipas, dan sebagainya...yang diperlukan
  • mencari pengasuh/orang gaji untuk damia...huh sedih-sedih damia sekarang ada kat kelantan...dah nak dekat 1 bulan dah dia duk kat sana...insya ALLAH minggu ni aku nak balik kelantan, nak ambil dia balik ke klang....tak tertahan kesedihan ini bila dia jumpa kereta myvi...dia ingat aku ada kat dalam keta tu (cerita mak mentua aku)...
sekian,

25 March, 2009

aku_di_polimerlimau_melaka_3

salam,

18hb Mac 2009 sambungan - bersama lie tajap

ok aku sambung balik cerita bersama lie yang tergendala pada hari tu...so malam tu kami (aku, buellart dan wan bear) bercerita panjang dengan lie sambil bermain dengan anak dia...masa aku main dengan anak dia ni...teringat aku kat damia...hehehe...rindu sangat-sangat (macamanalah nanti kalau dia balik ke kelantan nanti...)

so aku letakkan sekali gambar anak dia dalam posting kali ni...bagi kawan-kawan yang mengenali lie tajap ni...inilah beberapa gambar dia bersama anaknya...


ketibaan lie...masa ni lie tengah nak amik anak dia hehehe...wehh lie apsal ko macam dah tak de rambut...haaa heheheh

cara-cara mendukung anak dengan betul yang ditunjukkan oleh Fazlie...masa ni wan bear dengan buellart tengah tekun mendengar pengajaran daripada lie

wan bear tengah belajar macam mana nak bukak stroller baby...hehe tengah belajar nie..sambil diperhatikan oleh saudara buellart dengan penuh khusuk...

buellart tengah mengaplikasikan teknik mendukung budak...yang telah diajar oleh lie tadi...tapi buellart takde masalah sebab dia mempunyai kusyen yang lembut...korang carilah kat mana kusyen tu berada hehehe...wan bear pun nak dukung jugak tapi adam tak nak...takpe bear ko cuba lain kali...hehehe

"ini adalah acara sesi menyuap makanan ke dalam mulut anak...tips..no 1 - kena tekun dan lihat mulut anak...no 2- pastikan mulut anak tu dah terbuka...no 3 - pastikan makanan yang hendak disuap tu jangan terlampau panas...no 4 -....."kata lie kepada buellart dan wan bear hehehehe

cara-cara memegang anak sambil duduk...pastikan anda mempunyai kusyen yang lembut...supaya anak anda merasa selesa yang teramat...hehe wan bear menjeling tajam memerhatikan aku "(dalam hati wan bear) aku pun kena ada kusyen gak nie...baru senang nak pegang anak..."

bye...adam dah nak balik...terima kasih pakcik-pakcik semua...kerana belanja adam hari ni...sambil tersenyum kekenyangan

sesi bergambar sambil memegang kusyen yang lembut itu...hehehe

aku masih belum ada kusyen...kata wan bear di dalam hati hehehe

so..kepada mereka-mereka yang aku usik di gambar-gambar di atas...aku minta maaf...jadi sekarang ni "APA YANG PENTIIING....KERJASAMA" hehehe wonder pet---wonder pet....
sekian,
nota kaki : aku sambung lagi kisah terakhir aku di polimerlimau...aduhh belum tamat lagi ker...boring-boring

21 March, 2009

aku_di_polimerlimau_melaka_2

salam,

18hb Mac 2009 sambungan

Cerita Tentang Fazliee Musatajap...

hehe dulu aku ingat lagi masa kitaorang baru masuk matrik. UUM..dia sebilik ngan aku, Irwandi (budak sarawak) dan Yusnizam (budak kedah)...hehe macam-macam kenangan aku dalam bilik 211, Kolej Telekom...

Lie ni budak kelantan, dulu masa aku balik ke kelantan (balik kampung), aku selalu balik dengan dia...pahtu lepak umah pakcik dia...lie ni jenis orang yang tak kisah...so selalulah kita orang ni kacau dia...tapi dalam dia tak kisah tu..kalau dia marah hehehe muka yang putih ni boleh jadi merah...

dulu selalu aku, lie dan padil dipanggil GITAR...sebab apa kena panggil gitar...sebabnya ko tahulah kalau budak-budak yang kurus ni...tulang rangka tu siap nampak kalau bukak baju...hehehe...tapi sekarang TIDAK lagi hahaha...

ok abis bab citer LIE_TAJAP nie...sambung balik kisah sebelum ini....

so selepas makan kat kedai mamak wan bear teringat kat Lie yang duduk kat melaka ni...jadi aku terus amik no dia dan bagi mesej...sebabnya masa aku call dia tak angkat...sms aku lebih kurang macam nie...

Wehh hg dapat bukak mesej ni hg tepon aku la ni jugak, aku nak buat perhitungan ngan hg, aku ada kat melaka - ahmad syamzari mamat
lepas aku antar mesej tu..tiba-tiba dia call...masa tu dah abis makan dah...so janji punya janji kitaorang akan tunggu di Taman Buaya, Ayer Keroh, bersebelahan dengan Mc D tu haaa...

tunggu punya tunggu...akhirnya lie sampai bersama anak dia adam...bini dia keja plak malam tu...jadi dua beranak ni jelah yang ada...

masa jumpa lie...aku tak percaya yang dia dah jadi bapak budak...hehe...teringat dulu-dulu...hehehe lagi...lagi pun dia sekarang dah tak jadi gitar...lebih kurang macam aku lah hehehe...

anak dia, adam (aku tak ingat nama penuh dia)...masa kami jumpa tu sakit mata...sian dia kecik-kecik dah sakit mata...tapi anak dia ok...tak meragam dan boleh orang lain dukung walaupun dalam keadaan sakit mata tu...

so bila berjumpa kat Mc D kena makan/minum kat Mc D lah...aduhh aku sebenarnya kurang sikit bila makan kat Mc D ni, boikot beb...boikot...tapi tak nak menyusahkan lie dan anak dia so kitaorang lepak lah kat situ...

arghhh sambung lagi....aku nak kena pegi ke Telekom Cyberjaya, Data Center...hari nie diaorang nak pindah server Kementerian Kesihatan...jadi aku sebagai vendor nak kena berada di sana dalam pukul 5.00 petang...

soo sekian,


19 March, 2009

poli_merlimau_gambar

salam,

ni aku posting sekali gambar-gambar yang aku tangkap semasa berada di sini...aku letak gambar ni mengikut posting aku yang terdahulu....so untuk gambar-gambar dengan lie tajap...aku letak lepas aku sambung posting aku sebelum ini...heheheh
keadaan dalam bilik, tempat kitaorang menginap...semua ok...cuma tv bukan astro lah hehehe...tapi takde hal...asal boleh tengok tv lain selain daripada tv1 hahahah wehh tv2 pun citer best gak lah...hari tu aku tengok citer pasal Patch Adam...

dua orang jejaka yang sedang posing di Hang Tuah Mall...yang pakai spek tu masih single dan masih mencari...sebelahnya sudah berumahtangga...tak boleh kacau...

ok..yang pakai spek itam tu laki orang...dan yang tengah posing maut disebelahnya pun sudah berpunya dan dah ada anak sorang hehehe...(weh macam pelancong lah hehehe...macam mat bangla dan mat indon lah plak hehehe)

haaa nilah rojak ayam yang aku makan...korang boleh cari tak di manakah ayam telah disembunyikan hahaha...naik muak aku makan...tapi kenyang sampai ke malam...Restoran Subaidah kat Hang Tuah Mall punya penangan...

haa ni yang bang buellart makan...dia bukan makan nie aja....dia plus sekali dengan rojak biasa....hehehe

yang ni abang wan bear makan. mee goreng mamak letak telur mata tanpa sayur-sayuran...perghh panjang kan nama menu nie hahahaha...wan bear tak makan sayur sebab di anti dengan sayuran-sayuran yang terdapat di muka bumi ini....

dua orang kawan sedang berbincang sesuatu untuk...ntahlah untuk apa...masa ni kitaorang tengah tunggu fazliee musatjap di Taman Buaya Ayer Keroh bersebelahan dengan Mc D....

so yang lain aku akan sambung balik...gambar-gambar di mana ketibaan lie tajap dengan anak dia...adam...

sekian,

aku_di_polimerlimau_melaka

salam,

training e-Peralatan di Politeknik Merlimau Melaka
tarikh : 18-20hb Mac 2009
tempat : makmal JMSK
pengguna : pensyarah dan staff sokongan Politeknik Merlimau Melaka

17hb Mac 2009
aku bersama buellart telah datang ke sini mulai hari selasa, 17hb Mac 2009, lebih kurang lepas zohor kitaorang bertolak...pengantin baru (wan bear) minta pelepasan nak ke sini hari rabu, pagi...yelah aku paham orang-orang yang baru kawin...mana boleh tinggal bini awal-awal ni hehehehe...

sampai ke merlimau ni...awal...tempoh perjalanan lebih kurang 1 jam setengah ja...so kitaroang melilau mencari hotel atau resort kat pekan merlimau ni...emm payah jugaklah nak mencari...tanya orang-orang kat sini dia kata kalau nak hotel...bandar melaka dan muar ada...tapi aku pikir-pikir balik jauh sangatlah...ingat nak duk dekat-dekat poli ni sahaja....so mencarilah lagi....(staff kat poli dah bagitahu yang polimerlimau pun ada gak hotel...tapi aku ngan bulat kalau boleh tak nak hehehe)

semasa duk merayau-rayau ni...alhamdulillah jumpa lah satu, Merlimau Inn...harga bilik lebih kurang rm118.00 untuk satu malam...tempat bagi aku ok...mandi, tempat tidur ok...makan pun ok...

18hb Mac 2009
pengantin baru nasib baik sampai awal pagi nie...hehe...sian dia kena tinggalkan bini sorang2 kat umah....ahh akuu peduli apa hahahaha...

hari ni aku mula mengajar e-Peralatan, aku mengajar modul Harta Modal dan Inventori...setakat ni takde masalah yang major dalam sesi pengajaran...alhamdulillah semua boleh mengikut dan paham apa yang aku ajar...hehehe

so untuk sesi pengajaran mula-mula ada berlaku gangguan sedikit pada sistem...ada beberapa bugs yang tiba-tiba muncul entah dari mana...tapi dapat ditangani oleh saudara buellart dengan mudahnya...thanks to buellart...

so sesi ngajar habis dalam pukul 4.30p.m...hmm kitaorang pun merancang lah nak makan petang kat bandar melaka...kat melaka ni rasanya jalan nak ke mana-mana mudah, tak berbelit macam kat klang valley...semuanya direct...so senang nak cari tempat yang nak kita tujui...

kitaorang lepak kat restoran subaidah, Hang Tuah Mall, aku makan rojak ayam...buellart...hehe.. rojak biasa dan mee hoon goreng...(biasalah buellart..sapa tak kenal) wan bear plak makan mee goreng mamak tanpa sayur...rasanya semua ok...cuma rojak ayam tu kalau lama-lama aku makan rasa muak sikit hehehe...

soo aku akan sambung plak...bagaimana aku boleh berjumpa dengan kawan lama Fazliee Mustajap...

sekian,

16 March, 2009

sql_statement_delete_inner_join

salam,

masalah : delete dari 4 table dalam database dengan hanya menggunakan satu statement sahaja...

1. guna SELECT statement dulu sebab nak cari data-data bagi 4 table yang berkenaan;
select *
FROM
    nama_db.tblinvcard
    INNER JOIN nama_db.tblinv
        ON (tblinvcard.InvCardID = tblinv.InvCardID)
    INNER JOIN nama_db.tblinvdetails
        ON (tblinvdetails.InvID = tblinv.InvID)
    INNER JOIN nama_db.tblinvplacement
        ON (tblinvplacement.InvDetailsID = tblinvdetails.InvDetailsID)
where nama_db.tblinvcard.GroupID = '41'and nama_db.tblinvcard.DeptID = '61'
and nama_db.tblinv.InvTimestamp BETWEEN '1199145600' and '1230681600'
order by nama_db.tblinvdetails.Invregnum asc;
so dia akan paparkan mengikut primary key (PK) dan foreign key (FK) yang dah kita susun..bagi setiap tables, lagi satu table yang korang create kena ada data relationship lah baru boleh nak kuar data tu, kalau tak memang tak keluarlah bang hehehehe

2. buat DELETE statement sama macam statement SELECT yang kat atas tu cuma tambah sikit jer...aku warnakan dengan warna merah mana yang aku tambah tu;
delete
nama_db.tblinvcard,
nama_db.tblinv,
nama_db.tblinvdetails,
nama_db.tblinvplacement

FROM
    nama_db.tblinvcard
    INNER JOIN nama_db.tblinv
        ON (tblinvcard.InvCardID = tblinv.InvCardID)
    INNER JOIN nama_db.tblinvdetails
        ON (tblinvdetails.InvID = tblinv.InvID)
    INNER JOIN nama_db.tblinvplacement
        ON (tblinvplacement.InvDetailsID = tblinvdetails.InvDetailsID)
where nama_db.tblinvcard.GroupID = '41'and nama_db.tblinvcard.DeptID = '61'
and nama_db.tblinv.InvTimestamp BETWEEN '1199145600' and '1230681600';

so statement ini akan mendelete semua data bagi keempat-empat table yang disenaraikan;

tips penting kalau korang nak main statement delete ni;
  • backup dulu data
  • masukkan data backup tu ke dalam server development
  • test statment di atas kat dalam server development
  • kalau cun, proses di atas dah delete maklumat seperti yang kita nak barulah gunakan statement di atas ke dalam real server.
sekian,

02 March, 2009

bumi_kenyalang_gambar

salam,

lama dah aku nak upload gambar-gambar yang aku ambil semasa di sarawak...tapi masa tak mengizinkan, jadi hari ni lepas tengok anak betong dan tidurkan damia, aku cuba mencuri sesaat masa yang tak seberapa ini untuk tatapan pengunjung blog ini...ehh ada ker orang kunjung ke blog aku nie....ah aku peduli apa yang penting ianya menjadi tatapan dan ruangan untuk aku menulis....so dibawah ini aku paparkan secebis kenangan di sana...







sekian,

18 February, 2009

aku_di_bumi_kenyalang_2

salam,

ini hari kedua aku di sini...

- pegi ke infra sarawak pada pukul 8.30. pagi..thanks to INFRA kerna amik kami dari grand continental, kuching...
- memulakan sesi training dari kul 9.00pagi sehingga kul 5.00 petang...
- tengahari tak gi mana-mana, hanya duduk dalam bilik training sahaja..tengok email, tengok blog, update blog...
- balik dari latihan...wan bearudin telah set untuk keluar dengan bro Ramlee Tuah (staff kraftangan cawangan sarawak) so kitaorang tunggu kat lobi dalam kul 8.30 malam...
- bro Ramlee bawak kitaorang gi makan kat seberang (sebab panggil seberang kerna melintasi sungai rajang)...
- malam nie aku makan kat satu kedai yang memang ramai orang.
- aku ngan bearudin makan mee kolok ayam...beh gak makan mee ni lebih kurang macam yee mee tapi lagi nipis dan lagi sedap...
- makan rex satay...satay nie memang terkenal kat sini... macam kat semenanjung orang duk cari satay kajang samuri.
- aku cuma tak rasa laksa sarawak sahaja...tengok dia punya decoration dalam mangkuk tu memang menyelerakan.
- hehee malam nie aku baru tahu bro Ramlee memang sempoi...
- bro Ramlee, geng-geng dia semua biker...hehe datang dengan motor besar beb...terkejut aku tengok...tapi semua geng dia friendly...beh2
- kitaorang balik dalam pukul 10 lebih...tapi sebelum tu bro Ramlee bawak gi jalan-jalan teengok kampung-kampung melayu yang terdapat kat kuching nie.
- jalan-jalan sambil tengok tempat yang kena banjir...
- sampai hotel lebih kurang pukul 11 lah...naik atas..tengok tv pahtu semayang pahtu tdo....
- esok sambung lagi training...tapi bajet sampai tengahari sahaja, lagipun dah banyak modul yang dah diajar...

sekian,

17 February, 2009

aku_di_bumi_kenyalang

salam,

- aku berada di bumi kenyalang waktu ini.
- semalam naik airasia 1st time book seat
- semalam gak hari pertama bagi semua tiket airasia ada no seat
- bagi mereka yang tempah online dan buat xpress boarding dapat naik dulu sebab kena beratur kat lane lain
- masa aku check in, staff airasia tu bagitau yang tiket aku bayar nie ada 2 kali xpress boarding...hmm nak kena tanya balik airasia nie...sebab staff tu bgtahu kitaorang tempah mahal nie....
- 1st time aku makan nasi beriyani kat dalam airasia...pergh memang best...alhamdulillah sedap..gambar aku tak ambillah pulak
- semalam gak flight delay...flight sepatutnya berlepas pukul 3.25 petang, tapi sampai ke LCCT pada pukul 3.30 petang...jadi lambat gaklah nak berlepas.
- tujuan ke sarawak adalah membuat latihan bagi sistem e-Peralatan untuk client INFRA sabah dan sarawak.
- menetap kat hotel grand continental, harga lebih kurang rm400 untuk 2 orang selama 3 hari 2 malam
- makan kat sini payah sikit...
- makan malam, makan kat kedai steamboat...ni kawan ishak yang bawak
- semalam takleh tido dengan nyenyak sebab ingat kat damia ngan mama hehehe

so untuk esok aku sambung balik aktiviti yang aku akan lakukan....
salam

21 January, 2009

aku_di_johor

- selama 4 hari aku di sini...

- training pengguna e-peralatan untuk Politeknik Johor Bahru...

- semalam pegi makan kat kedai yong tau fu mak izam kat kampung melayu...

- semalam dan hari ini cuaca di johor sangatlah panas...

- aku dapat rasakan diriku seperti nak demam...

- rindu kepada damia dan mama sangat-sangat...

- tengok anak orang macam tengah tengok damia...

- bodoh betul orang yang membuang anak dia ke dalam tong sampah...dahlah aku tengok polis ni dukung budak tu macam aku dukung damia...nie gambar dia aku lampirkan sekali...alaaahaii kesiannya budak ni
- kesian budak ini bila besar nanti, apabila dia tengok semula berita ni masa besar...mesti dia kecik hati, marah....sian-sian
oklah itu sahaja untuk hari ini, sekian

24 November, 2008

keja_ku_banyak_sgt

hehe...aku sampai opis dlm kul 12 sbb nak jumpa org kat opis...tapi sebelum sampai opis tu banyak gila call dari customer berkenaan dgn sistem e-Peralatan yang kita org buat nie...yang aku ingat dari POLIMAS, Arkib Negara dan Kraftangan...perghh semua masalah...tapi takpe semua tu akan di handle oleh aku ini...lagipun masalah yang diaorang bgtahu ni bukan disebabkan oleh sistem..tapi oleh pengguna tu sendiri..

hari nie lepas service keta (hmm aduhhhh kena tukar lagi break pad...bulan 8 hari tu dah tukar dah) aku terus ke tempat photostat untuk photostat dokumen bagi training esok...nasib baik bro nie buat cepat...so settelah keja aku kat sana...

jadi aku terus balik opis....so skrg aku dh balik opis ....aku smbung keja jap...nanti aku sambung balik

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...