Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

26 March, 2017

Aku seorang ayah-1

Terima kasih, bukan pada perkataan ianya memberi rasa, tapi tika kamu luah diikat bersama perasaan, itu lebih kemas pada penerima

Ayah, papa, abi, baba itulah panggilan kepada seorang insan yang realitinya t
egas, dimomokkan dengan mimik muka tegang dan garang. Untuk senyum, bukan semudah dengan kerlingan jeling marah. Kalau ditanya oleh setiap manusia yang pernah menjadi seorang anak, insan ini biasanya akan ditandai dengan peringatan di kepala anak-anak bersifat sedemikian.

Terima kasih;
Terima kasih, sememangnya satu ungkapan yang agak payah untuk diucap oleh seorang ayah yang egonya tinggi. Setinggi langit yang tidak dijangkau oleh warnanya pelangi, hanya mendung, petir dan guruh berulang-ulang. Menjadi kebiasaan di dalam drama swasta, ayah yang garang adalah satu karakter MESTI ada di dalam setiap drama, walaupun ianya sesaat muncul. 

Jika dilihat kembali pada zaman dahulu, ayah yang garang mesti dan wajib ada pada setiap keluarga. Ini menjadikan hubungan antara anak dan ayah semakin jauh pada waktu itu. Terbayangkah kita, tiadanya masa-masa gembira, masa-masa ceria bersama dengan seorang ayah. Dan ayah juga tidak dapat mengingati saat bila dan di mana untuk dikenang dan senyum sendirian, melainkan gambar-gamabr anak-anak yang dalam ketakutan. Bahkan, ucapan terima kasih ini seolah tidak akan menjadi zikir kepada seorang ayah yang tegas. Ya, masa dan zaman berubah, oleh itu saya juga berubah cara saya yang kadangkala mengikut juga cara lama bila perlu untuk membuatkan anak lebih menyayangi dan dihormati.


Cara saya;
Pada kebiasaannya, saya seharian tidak berjumpa anak-anak. Oleh itu, tugas untuk mengumpulkan laporan aktiviti anak-anak akan dibentangkan oleh bekas pegawai bank (isteri saya) sebelum saya sampai ke rumah. Jika semua dalam keadaan baik dan tidak huru-hara, maka hari tersebut akan berlalu dengan selancarnya tanpa laporan awal yang perlu disampaikan.

Antara cara saya apabila bekas pegawai bank menceritakan kebaikan yang telah dilakukan oleh anak-anak ialah dengan mengucapkan, TERIMA KASIH. Biasanya, sebelum mereka tidur, apa yang saya mesti buat adalah dengan 'menepuk', dodoikan anak-anak sambil mengucapkan terima kasih.

"Kakak, terima kasih tolong mama lipatkan kain",
"Abang, terima kasih tolong mandikan adik tadi".

Peluk dan kucup dahi, semoga mereka akan rasa dihargai dengan setiap apa yang mereka telah lakukan seharian tadi. Moga langkah ini memberi pemangkin untuk mereka tegar menolong isteri kamu dan kamu jika berada di rumah.

24 April, 2009

odo_meter_myvii

salam,

huh dah lama aku nak letak gambar-gambar yang aku amik dari odometer keter aku...aku suka tengok nombor-nombor yang bagi aku cantik...keretaku ni dibeli pada 09hb September 2006...huh dah nak dekat 2 tahun lebih aku gunakan kereta ni...kalau korang tengok odometer yang dipaparkan pada pic kat bawah ni mesti korang terkejut...yelah baru 2 tahun, kilometer dah lebih 100 ribu...hahaha...

banyak sungguh tempat yang aku dah pegi...haaa ni korang kira sendirilah, setiap hari dari rumah sehingga ke tempat keja bini aku dan seterusnya ke tempat keja aku di seri kembangan boleh capai lebih kurang 200km, pergi dan balik keja sahaja...tak pegi mana-mana tau, kalau outstation lain citer beb, so setiap bulan dah boleh cecah 5000km dan setiap bulan jugak aku kena servis kereta hahahaha...

oklah abis bab keta aku....haa ni aku nak bagi tips kalau korang mengantuk semasa memandu...

apa yang aku buat...aku akan tengok setiap plat nombor kereta yang ada kat depan aku...dan aku akan mengira semua nombor dengan mencampurkannya contohnya... XXX2526...so apa yang aku buat aku campurkan 2+5+2+6 = 15, campurkan lagi 1+5 = 6, sehingga nombor-nombor yang aku campurkan itu dapat 1 digit sahaja...

so setiap kali ada kereta kat depan aku,... aku akan buat macam ni...dan ini akan menyebabkan otak aku berjalan..dan seterusnya hilang perasaan mengantuk ni...yang ni untuk mengantuk yang sikit-sikitlah...tapi kalau korang dah tak tahan sangat ngantuk berentikan kereta adalah jalan terbaik, tido sekejap, basuh muka dan sebagainya hehehe...

so kat bawah ni pic yang aku amik;
tarikh : 08hb Disember 2008
masa : 9:08 malam
tarikh : 27hb Mac 2009
masa : 12:01 tengahari
tarikh : 23hb April 2009
masa : 07:05 petang
tarikh : 24hb April 2009
masa : 07:05 petang
tarikh : 24hb April 2009
masa : 08:20 pagi
sekian,

27 March, 2009

huh_peritnya...

salam,

petang tadi aku dah post kat blog tentang kenekadan (ada ker perkataan ni) aku untuk berhenti hisap rokok, ianya adalah kerana TOK GURU dah menyindir, sound baik punya...sapa-sapa yang hisap rokok ni adalah lebih hina dari LEMBU...nasib baik bukan BA ALIF BA YA..hehehe...

beb aku baru terasa hahaha...dan penyebab yang lain pula ialah packaging baru pada kotak rokok tu... lagilah membuatkan aku nak berenti...terima kasih TOK GURU dan terima kasih juga kotak rokok hahaha...

sekarang dah pukul 10.56 malam, aku tak hisap rokok lebih kurang 6 jam 3 minit...huh peritnya beb...sekarang ni mulut aku macam duk meminta untuk dihisapkan rokok...tahan...tahan...ingat kata tok guru...ingat rokok tu tak best...banyak kan minum air masak...hahahahah....baik aku tido terus jap lagi....

so di bawah ini aku senaraikan maklumat mengenai apa yang berlaku selepas berhenti merokok...

Apakah yang berlaku apabila anda berhenti merokok?

Selepas 12 jam anda berhenti merokok, badan anda akan mula memulih secara spontan. Paras karbon monoksida dan nikotin dalam sistem badan anda akan turun secara mendadak, dan jantung serta peparu anda akan membaikpulih kerosakan yang disebabkan oleh penghisapan rokok.

Carta di bawah menerangkan perubahan dramatik yang berlaku dalam badan anda selepas anda berhenti merokok:


Hari 1

Beberapa jam selepas berhenti merokok, semua kesan karbon monoksida telah disingkirkan daripada badan anda.

Hari 2
Semua hasil sampingan rokok disingkirkan dari sistem badan anda dan deria rasa dan bau anda juga bertambah peka.

2 hingga 3 minggu
Kesan gian rokok telah hilang.

3 minggu
Lapisan silium, ujuran berupa rerambut dalam peparu anda mula menyingkirkan tar dan lendir yang terkumpul di dalam peparu dan menyebabkan anda terbatuk keluar benda-benda ini.

4 minggu
Anda berasa lebih mudah untuk bersenam dan mendaki anak tangga kerana pengaliran udara ke dalam peparu anda telah bertambah.

2 bulan
Pengaliran darah ke anggota kaki dan tangan bertambah baik , maka suhunya dinaikkan semula ke suhu badan normal.

1 tahun
Risiko mendapat penyakit jantung telah berkurang separuh berbanding dengan seseorang yang masih merokok.

10 hingga 15 tahun
Selepas 10 hingga 15 tahun, risiko kematian awal diminimumkan seperti mereka yang tidak pernah merokok. 10 tahun selepas berhenti merokok, risiko kematian akibat kanser paru-paru adalah 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada golongan yang masih merokok.


Dalam jangka masa ini, kemungkinan besar anda juga akan mengalami simptom-simptom gian rokok, iaitu tindakbalas badan anda terhadap kekurangan nikotin. Simptom-simptom gian rokok adalah berbeza bagi individu, dari sakit kepala, kerisauan, cepat marah/panas baran, keletihan, hingga insomnia dan juga rasa loya. Perubatan, sokongan sosial kaunseling dan perubahan gaya hidup sedikit sebanyak dapat meringankan simptom-simptom ini, tetapi tidak mampu menghilangkan kesemuanya. --- sumber dari http://www.iwanttoquitsmoking.com.my/johnsonjohnson/bm/whathappens.html

sekian,

tok_guru_dah_sound

salam,

aduhh kali ini aku terkena...tok guru dah sound mengenai PEROKOK LEBIH HINA DARI LEMBU ...perghh terkena aku hari ini....haa ni yang dia kata semasa menyampaikan kuliah Jumaat pagi tadi di dataran Ilmu, Kota Bahru
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,”
pagi tadi semasa menunggu kontraktor nak datang rumah di Bukit Raja, aku ke petronas nak beli rokoklah...alih-alih apa yang aku dapat rokok dengan packaging baru...haa korang tengok lah gambar yang aku sediakan ni...aku cakap kat
bangla tu aku nak tukar...tak nak amik gambar nie...takut...tapi si bangla tu kata dah takde yang lain...jadi aku beli jugak rokok ni dalam keadaan terpaksa...

so sebelum aku bukak rokok tu aku tengoklah gambar...."ROKOK PENYEBAB KELAHIRAN BAYI PRA-MATANG"...aduhh lagi...bini aku dah lah mengandung..."Ya ALLAH jauhkanlah benda-benda macam ni daripada berlaku"doa aku dalam hati...

jadi aku perlu berenti merokok...so aku cuba berhenti...bermulanya posting aku pada hari ini...pada pukul 4.53 petang tarikh 27hb Mac 2009...aku akan mencuba....moga aku dapat berhenti merokok...amin...

nota kaki : rokok yang masih tinggal dalam kotak tu ada lagi 6 batang...jadi aku akan simpan buat kenangan untuk memberi semangat kepadaku supaya dapat menjauhkan diri daripada rokok...mak, ayah, mak mentua, bapak mentua, bini aku semua dah lama dah sound suruh berenti...tapi aku gak masih degil...maybe ini adalah permulaan aku berenti terus...insya ALLAH...doa-doakan aku sekali....


25 March, 2009

aku_di_polimerlimau_melaka_3

salam,

18hb Mac 2009 sambungan - bersama lie tajap

ok aku sambung balik cerita bersama lie yang tergendala pada hari tu...so malam tu kami (aku, buellart dan wan bear) bercerita panjang dengan lie sambil bermain dengan anak dia...masa aku main dengan anak dia ni...teringat aku kat damia...hehehe...rindu sangat-sangat (macamanalah nanti kalau dia balik ke kelantan nanti...)

so aku letakkan sekali gambar anak dia dalam posting kali ni...bagi kawan-kawan yang mengenali lie tajap ni...inilah beberapa gambar dia bersama anaknya...


ketibaan lie...masa ni lie tengah nak amik anak dia hehehe...wehh lie apsal ko macam dah tak de rambut...haaa heheheh

cara-cara mendukung anak dengan betul yang ditunjukkan oleh Fazlie...masa ni wan bear dengan buellart tengah tekun mendengar pengajaran daripada lie

wan bear tengah belajar macam mana nak bukak stroller baby...hehe tengah belajar nie..sambil diperhatikan oleh saudara buellart dengan penuh khusuk...

buellart tengah mengaplikasikan teknik mendukung budak...yang telah diajar oleh lie tadi...tapi buellart takde masalah sebab dia mempunyai kusyen yang lembut...korang carilah kat mana kusyen tu berada hehehe...wan bear pun nak dukung jugak tapi adam tak nak...takpe bear ko cuba lain kali...hehehe

"ini adalah acara sesi menyuap makanan ke dalam mulut anak...tips..no 1 - kena tekun dan lihat mulut anak...no 2- pastikan mulut anak tu dah terbuka...no 3 - pastikan makanan yang hendak disuap tu jangan terlampau panas...no 4 -....."kata lie kepada buellart dan wan bear hehehehe

cara-cara memegang anak sambil duduk...pastikan anda mempunyai kusyen yang lembut...supaya anak anda merasa selesa yang teramat...hehe wan bear menjeling tajam memerhatikan aku "(dalam hati wan bear) aku pun kena ada kusyen gak nie...baru senang nak pegang anak..."

bye...adam dah nak balik...terima kasih pakcik-pakcik semua...kerana belanja adam hari ni...sambil tersenyum kekenyangan

sesi bergambar sambil memegang kusyen yang lembut itu...hehehe

aku masih belum ada kusyen...kata wan bear di dalam hati hehehe

so..kepada mereka-mereka yang aku usik di gambar-gambar di atas...aku minta maaf...jadi sekarang ni "APA YANG PENTIIING....KERJASAMA" hehehe wonder pet---wonder pet....
sekian,
nota kaki : aku sambung lagi kisah terakhir aku di polimerlimau...aduhh belum tamat lagi ker...boring-boring

16 March, 2009

sql_statement_delete_inner_join

salam,

masalah : delete dari 4 table dalam database dengan hanya menggunakan satu statement sahaja...

1. guna SELECT statement dulu sebab nak cari data-data bagi 4 table yang berkenaan;
select *
FROM
    nama_db.tblinvcard
    INNER JOIN nama_db.tblinv
        ON (tblinvcard.InvCardID = tblinv.InvCardID)
    INNER JOIN nama_db.tblinvdetails
        ON (tblinvdetails.InvID = tblinv.InvID)
    INNER JOIN nama_db.tblinvplacement
        ON (tblinvplacement.InvDetailsID = tblinvdetails.InvDetailsID)
where nama_db.tblinvcard.GroupID = '41'and nama_db.tblinvcard.DeptID = '61'
and nama_db.tblinv.InvTimestamp BETWEEN '1199145600' and '1230681600'
order by nama_db.tblinvdetails.Invregnum asc;
so dia akan paparkan mengikut primary key (PK) dan foreign key (FK) yang dah kita susun..bagi setiap tables, lagi satu table yang korang create kena ada data relationship lah baru boleh nak kuar data tu, kalau tak memang tak keluarlah bang hehehehe

2. buat DELETE statement sama macam statement SELECT yang kat atas tu cuma tambah sikit jer...aku warnakan dengan warna merah mana yang aku tambah tu;
delete
nama_db.tblinvcard,
nama_db.tblinv,
nama_db.tblinvdetails,
nama_db.tblinvplacement

FROM
    nama_db.tblinvcard
    INNER JOIN nama_db.tblinv
        ON (tblinvcard.InvCardID = tblinv.InvCardID)
    INNER JOIN nama_db.tblinvdetails
        ON (tblinvdetails.InvID = tblinv.InvID)
    INNER JOIN nama_db.tblinvplacement
        ON (tblinvplacement.InvDetailsID = tblinvdetails.InvDetailsID)
where nama_db.tblinvcard.GroupID = '41'and nama_db.tblinvcard.DeptID = '61'
and nama_db.tblinv.InvTimestamp BETWEEN '1199145600' and '1230681600';

so statement ini akan mendelete semua data bagi keempat-empat table yang disenaraikan;

tips penting kalau korang nak main statement delete ni;
  • backup dulu data
  • masukkan data backup tu ke dalam server development
  • test statment di atas kat dalam server development
  • kalau cun, proses di atas dah delete maklumat seperti yang kita nak barulah gunakan statement di atas ke dalam real server.
sekian,

11 March, 2009

damia_terkoyak_dahi_smbg_3

sambungan siri ke-3.....


dalam perjalanan menuju ke pantai...

sebelum ke pantai aku berenti isi minyak dulu...masa tu aku bawak sekali damia keluar...haaa bila dah masuk dalam kedai petronas tu macam biasalah...

"nak...nak...nak tu..."sambil menunjukkan tangannya ke KIT-KAT
"ehh jap, papa ambil biskut tiger nie..., haa amik yang ini..."
damia terus senyap, lepas tu aku beralih pula ke tempat minuman....

"ni papa amik VITAGEN...damia minum ni erk, nah damia pegang, jom bawak ke kakak tu"pujuk aku sambil bawa biskut dan minuman ke kaunter bayar...

"haa damia bagi kat kakak, kakak nak kira, pahtu damia pegang balik erk"
"bang kenapa kepala dia tu"tanya budak kaunter, yelah lepas lihat kepala damia ada bandage...
"dia jatuh, masa kat rumah pengasuh dia, berdarah lah ni"
"teruk ke bang"
"boleh tahan lah panjang dan dalam luka dia ni"ishh budak ni banyak tanya plak, kata aku dalam hati...

selepas aku bayar...terus masuk dalam kereta...dan terus menuju ke pantai...
dalam kereta damia seronok makan biskut...dan minum vitagen...ni memang kegemaran dia hehehe...lupalah yang dia tengah sakit tu....

sampai di pantai
"sayang, awak turun kat emergency ni, bawak damia ngan kad dulu...barang-barang lain saya bawak kemudian, saya nak parking dulu...ok"
"ok" aii sepatah jer bini aku jawab, hehe sedih lagi tu...

aku pun terus gi ke belakang pantai dan parking...bawak beg damia, yang penting spongeBOB dia....(nanti aku upload sponge BOB dia, yang dia bawak tido...dah tukar color dah...hehehe)

"assalamualaikum mak, mak tak payah datanglah...sekejap jer nie"
"damia macam mana..."
"ok dah, cuma baru sampai pantai klang, nak jahit jer ni, oklah mak along masuk bilik doktor dulu, nanti apa-apa hal along call balik, bye"

dalam bilik emergency
doktor nasir...ok orang dia...
"uihh besarnya luka dia, jatuh kat mana ni"
"rumah pengasuh dia doc"
sambil senyum"biasalah budak-budak"
"doc, teruk ke ni"
"eh taklah, cuma dalam jer nie...ok sekarang kita guna glue stitch (nak tahu apa dia klik link yang aku bagi tu...), nurse letak dia kat katil..."

bila nak letak jer damia kat katil...apalagi damia pun menunjukkan kemarahan, ketakutan dan kerisauan dia dengan menjerit dan menangis....alahai sian anak aku...doktor dan nurse terpaksa bedung dia dulu....bini aku pegang kaki damia.....

aku hanya tengok sahaja dari hujung katil...kesian...
firstly doc bersihkan dulu luka, lepas tu titikkan glue tu kat tempat luka...
ishh aku tengok macam letak gam pada kertas yang koyak...korang bayangkanlah...
lepas tu dalam masa 2-3 minit doc pegang tempat luka tu sampai kena ambil kipas untuk keringkan glue...yang ada kat dahi damia sekarang ni...

damia pada keadaan begini...
"mama....mama..."
"papa....papa....jom....jomm....jom"

dia nak balik lah tu...ajak mama ngan papa nak balik....sakit...sakit (huh jari kita kena pisau pun sakit apatah lagi macam nie)...sian kat damia...

dah abis...doc pesan,
"nanti awak balik jangan bagi basah tempat luka dia, biarkan kering...tukar pembalut ini kalau-kalau basah semasa mandikan dia nanti"sambil doktor bagi kat aku extra pembalut
"hari isnin awak datang balik saya nak check semula"
"ok doktor"balas aku
"lagi satu, kalau malam nie dia tak boleh tido,tak aktif, muntah-muntah atau sebagainya yang awak rasa pelik, bawa terus ke sini, saya takut kepala dia jer ada apa-apa"
"ok doc, terima kasih"

dan aku terus balik ke rumah emak/ayah di taman sri andalas, klang

-TAMAT-
sekian,

24 February, 2009

scribefire


salam,
hari ni aku surf net dan terjumpa benda ni semasa nak masukkan add-on dalam mozilla firefox...setakat nie aku rasa

semua function aku tengah mencubanya...tapi setakat ni memang terbaiklah...kelebihannya adalah;
  1. interface yang senang masa nak posting artikel
  2. boleh view posting kita yang terdahulu diruangan tepi belah kanan
  3. boleh tambah atau set category baru bagi blog korang....
  4. boleh modify timestamp dengan interface yang mudah...
fungsi-fungsi lain aku tengah cuba...so apa-apahal nanti aku update balik...

salam


31 January, 2009

Tips_dari_orang_yahudi???

salam,

artikel nie aku dapat dari email, so aku nak kongsi bersama... mana yang kita boleh ambil sebagai pengajaran dalam kehidupan seharian kita korang ambillah...so aku ada komen sikit bagi setiap perenggan mengikut kehidupan seharian orang-orang malaysia...


Dr. Stephen Carr Leon: menulis untuk PHD dia

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Persiapan awal melahirkan zuriat.

- ibu akan sering menyanyi dan bermain piano;
- ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami,
- apabila di tanya kenapa mereka buat macam nie, mereka menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”
- Tidak merasa jemu untuk membuat latihan metamatik sehingga melahirkan anak.

Pemakanan semasa mengandung.

- sejak awal mengandung gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu
- makan tengah hari, makan utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,
- khasiatnya daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak
- tidak dimakan bersama kepala ikan kerana kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.
- ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
(Catatan : Orang –orang yg menghafaz al Quran juga digalakkan mengambil kismis, badam, korma dan susu utk meningkatkan daya ingatan)

Jika kita diundang untuk makan di rumah orang Yahudi.

- mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet)
- biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan,
- menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama.
- Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
- memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.
- Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
(Ini juga merupakan sunnah Rasullullah supaya makan buah2an dahulu baru makanan yang berat)

so tips yang lain aku akan sambung kemudian...tunggu...
sekian

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...