Showing posts with label palestin. Show all posts
Showing posts with label palestin. Show all posts

18 January, 2009

derma_dan_boikot!!!

bercerita pasal boikot barang ni dah lama dah...dari dulu lagi...bila orang ISLAM Palestin kena serang oleh yahudi nie masa itulah baru ada demo membantah kesengsaraan yang di alami oleh rakyat palestin...dan pada masa yang sama jugak banyak agensi-agensi akan menawarkan khidmat derma...tapi aku nak tanya koranglah betul ke derma yang kita salurkan ini akan sampai terus ke rakyat palestin...yang ini pun kita kena tahu jugak...memang kita akan mempercayai terus kat agensi-agensi ini tapi yelah...tak salahkan apabila aku bertanya seperti ini...

untuk derma aku rasa aku akan dermakan kepada mana-mana pertubuhan yang aku rasakan sangat beramanah dan bertanggungjawab dalam memegang amanah yang kita sampaikan kepada mereka...senang cakap macam nilah...mana-mana individu, pertubuhan, parti politik yang mengutamakan ISLAM, dan ingin menegakkan ISLAM di bumi ALLAH ini (korang carilah sendiri siapa individu, pertubuhan atau parti politik mengikut spec yang aku beri hehehe); maka aku akan menderma kepada mereka...sebab yang utama adalah aku percaya amanah yang aku beri, akan mereka akan laksanakan dengan penuh tanggungjawab...insya ALLAH...ok habis bab derma ke palestin

so kita masuk pulak bab untuk boikot...ok sekarang nie adakah kita akan memboikot barangan-barangan ini...aku rasa sekejap jerkk...masa awal-awal nie memang semua tengah panas so semua barang yang disenaraikan akan diboikot...tapi aku nak tanya adakah pemboikotan itu dalam jangka masa panjang...hehe ini malaysia beb kang bila dah sejuk nanti korang lupalah kekejaman yang pernah dilakukan oleh rejim yahudi ni...

so macam mana ngan aku pulak...aku akan memboikot barang-barang yang ada kepentingan yahudi...tapi maafkan aku...aku tak mampu nak memboikot semua barangan tersebut...dan insya ALLAH aku akan memboikot barangan tersebut secara perlahan-lahan...aku harapkan apa yang aku buat ini akan diikuti oleh semua pengguna ISLAM di malaysia ini...memang kita tak boleh nak boikot semua...dan yang penting kalu kerajaan yang boikot terus barang-barang ini daripada masuk ke malaysia kan best...tapi mana boleh beb, kuasa ekonomi masih bergantung pada kuasa-kuasa ini jugakk..so nie senarai yang dah aku buat dan boikot;
  1. TESCO - dulu aku selalu ke TESCO sebab semua barang teratur (dulu aku nak boikot juga tesco ni sebab ayam dia sembelih tak ikut syarak nie yang aku dengar lah...so aku dah tak beli dah ayam kat sana), tapi sekarang aku dah mula tukar ke GIANT, apa-apa barang kering yang perlu dibeli akan ku beli di sini...insya ALLAH akan diteruskan
  2. McDonald - haa yang nie memang feveret bini aku nie...so buat masa sekarang memang aku dah tak pegi dah McDonald ni...dulu siap aku ada sticker VIG...aku dah pun buang selepas khutbah jumaat minggu lepas...khatib ada cerita sikit pasal McD nie...so setakat nie pemboikotan aku berjalan lancar...insya ALLAH akan diteruskan...
  3. KFC dan PIZZA HUT - nie pun feveret gak nie...setakat nie untuk KFC dan Pondok Pizza ni dah lama dah aku tak makan sebabnya KFC ngan Pondok PIzza nie memang jarang aku makan kerana payah nak cari drive tru...so insya ALLAH akan diteruskan...
  4. Starbuck, Biji Kopi dan Daun Teh - haa yang ini lagi lama aku tak lepak dan minum satu sebabnya sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM kepada dua outlet ni telah tamat tempoh soo insya ALLAH tak de masalah untuk boikot...
  5. Maggie kari - aku dah tukar kepada ADABI, oklah jugak rasa dia...
  6. Rokok Dunhill - setakat hari ini aku dah berjaya untuk menghisap sebatang sahaja rokok tersebut...so insya ALLAH aku akan berenti terus daripada menghisap rokok ini...
so setakat ini itu sahajalah dulu senarai yang dapat aku catatkan di blog ini...nanti aku sambung balik...wehh anak aku dah bangun hehehe...so nak pi layan dia sat...pahtu aku nak pi tido...esok nak kena pi johor pulakk...hari jumaat baru balikk kang rindu pulak kat damia dan mama...oklah

sekian;

07 January, 2009

kejam!!!_kejam!!!


tajuk di atas aku ambil daripada Utusan Online...hari ni gambar yang lagi menyayat hati kalau korang tengok...bila aku tengok gambar nie...terus aku terbayang damia...hmm aku hanya mampu berdoa sahaja agar warga palestin ini dapat hidup aman dan damai dan moga para syahid yang banyak mati di sana akan dicucuri rahmat dari ALLAH

korang tengok gambar ni dan bayangkan kesengsaraan yang dihadapi oleh kanak-kanak ini sebelum mati...beb tertimbus ni...hanya ALLAH sahaja yang tahu...
nak menitis gak air mata apabila melihat keadaan kanak-kanak nie, alhamdulillah kita di bumi ALLAH malaysia ini tidak jadi macam nie, tapi adakah kita harus berdiam diri sahaja apabila saudara-saudara kita di sana hampir setiap hari dihujani peluru dan bom....aduhhh sedih aku...teramat sedih...

apakah rejim zionis ni takde perasaan belas kasihan atau perikemanusiaan dengan orang palestin ini...atau sudah tiadakah sekelumit rasa bersalah apabila mayat kanak-kanak ini diperlakukan sebegini..."Ya ALLAH selamatkanlah saudara-saudara ku di sana, berikanlah mereka ruang untuk pertahankan diri mereka....amin"

sekian...

06 January, 2009

palestin_lagi


hari ni aku asik duk tengok jer mana-mana laman web yang menyiarkan gambar-gambar saudara kita yang terbunuh di palestin..antara yang pertama yang aku tengok adalah dalam laman utusan online...perghh menyayat hati...sekali lagi aku terbayang damia yang terbujur kaku di situ dan aku yang meraung macam gambar yang aku kepilkan sekali nie...

perghh sedih beb...sampai bila saudara kita di sana akan jadi macam nie, apa yang negara-negara ISLAM dah buat untuk bantu diaorang, aku rasa sampai bila diaorang nak nangis melihat mayat-mayat anaknya yang bergelimpangan kaku...

dan....setiap saat, minit, jam ada sahaja saudara kita di sana yang menemui ajalnya ditangan laknatullah ini...sampai bilaaaaa....nie aku sertakan lagi site yang menunjukkan gambar-gambar kesengsaraan, kematian, kedukaan dan kesakitan untuk korang semua tengok dan dalami sendiri raut muka wajah yang terdapat digambar-gambar dan video tersebut...kebanyakan maklumat yang disediakan oleh laman ni adalah yang terkini...(klik sini) dan kebanyakan maklumat yang diaorang dapat nie diaorang ambil dari laman ini..
sekian.....selamat menghayati...

05 January, 2009

palestin_"bila_orang_ISLAM_nak_Bersatu"


"siapa yang menakluki Jerusalem, dia akan menguasai dunia"Salahudin al-Ayubi. Kata-kata ini pernah diucapkan oleh beliau..aku baca citer ni dalam novel yang dikeluarkan oleh PTS...korang boleh tgk kat site sini ni dan kat tepi ni aku tempelkan sekali cover depan buku ni...

dalam buku nie diceritakan bagaimana strategi-strategi perang yang diatur oleh Salahudin. jadi korang bacalah erk....

jadi korang paham-pahamlah bila isu palestin ni ke udara...macam-macam gambar yang aku tengok, semuanya menyayat hati...semalam aku bersama isteri tercinta tengok berita di buletin utama...aduhh haii teruk bayi, kanak-kanak, orang tua, orang muda, laki, perempuan semua yang kena bom...sial betul yahudi nie sampai hospital pun kena gak...hmm part yang menitiskan air mataku dan wife adalah part tgk kanak-kanak, bayi yang cedera teruk....masa ni aku cakap ngan bini aku,"cuba awak bayangkan yang bayi tadi tu damia"bini aku terus mengalirkan air mata apabila membayangkan situasi tersebut...masa ni aku pun memang nak mengalirkan air mata bila tengok keadaan di sana...aku rasa macam semua tempat kat palestin tak selamat....sana-sini kena bom...

cuba pulak korang tengok gambar yang kat tepi nie pulak....aku hanya mampu mengucap panjang...bayangkan korang pada situasi ni..hmm aku hanya mampu berdoa sahaja...jadi apa yang kita boleh buat adalah untuk berdoa supaya umat Islam diseluruh dunia dapat bersatu...apabila kita bersatu...kita akan kuat...tapi masalahnya sekarang nie negara-negara arab semuanya macam haram jadah... diaorang lebih pentingkan duit,dunia daripada nak menolong palestin nie...lagi satu OIC ni duk buat apa erk...dari dulu sampai sekarang takkan duk tengok sahaja...sekarang semua negara duk perkatakan benda ni...takkan pengerusi OIC tak tahu kot....aduhhhaiii

yang aku cuba buat untuk mengatakan TIDAK pada Yahudi adalah untuk tidak membeli rokok dunhill...buat masa nie aku tgh mencuba, itulah JIHAD yang boleh aku lakukan...moga-moga tercapai...so aku boleh berenti isap rokok....so korang ingat-ingatlah kata-kata dari salahudin nie erk


2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...