Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

02 March, 2009

Hartal?

salam,

firstly, thanks to U'uk kerana bagi aku video mengenai HARTAL, pemimpin nasionalis belah kiri....kini aku baru tahu dan mungkin semua belum tahu kebenaran sejarah yang selama ini kita telah ditipu oleh kerajaan dalam buku-buku sejarah tentang siapa sebenarnya pejuang kemerdekaan....

HARTAL - bermaksud ; pemogokan umum (penutupan kedai dll) sebagai bantahan terhadap sesuatu, satu tindakan rakyat untuk menuntut simpati dari kerajaan untuk mengubah sesuatu keputusan, ianya sering digunakan dalam Gerakan Kemerdekaan India...( kredit kepada Fahmi Reza kerana buat video dokumentari ini)

aku, bini aku, adik beradik aku, dan semua yang lahir selepas tahun 1945 mungkin tak tahu apa itu HARTAL...jadi korang layanlah video ini....dan nanti korang tahulah siapalah pembangsat agama, bangsa dan negara...
















thanks to FAHMI REZA kerana menerbitkan dokumentari ini...aku rasa bertuah dan bersemangat apabila mengetahui perkara sebenar yang terjadi pada waktu dulu...akhir kata "daripada ada 100 orang, cukup berikan aku 10 pemuda, maka akan ku ubah bangsa ini dalam sepuluh hari" (SUKARNO)

sekian,

18 January, 2009

kemenangan_berganda

alhamdulillah pada hari sabtu, 17 hb Januari 2009 (semalam), kemenangan berganda dapat ku rasakan... yang pertamanya di terengganu, PAS menang dengan majoriti yang lebih besar, alhamdulillah syukur pada Allah dan kepada kawan-kawan yang lain buatlah sujud syukur kat rumah masing-masing...

untuk pilihanraya kecil di kuala terengganu ni pada mulanya aku rasakan peluang kemenangan 50-50 antara PAS dan BN, yelah kalu korang perasan semua media yang berpaksikan kerajaan habis digunakan siang dan malam untuk memenangkan calon BN...nampak sangat berat sebelah...hmm tapi itulah "manusia hanya mampu merancang tetapi ALLAH s.w.t menentukan segala perancangan yang telah kita buat itu samada berjaya atau tidak..."

lagi satu yang menjadi kejutan adalah pengundi-pengundi di K.terengganu nie...diaorang nie tak sama beb dengan pengundi-pengundi dari Kelantan, sebabnya pengundi dari terengganu nie akan lebih mementingkan wakil rakyat tersebut orang terengganu sendiri, dia orang tak suka pemain importlah hehehe...berbanding dengan orang kelantan, kalu letak sapa-sapa dari luar kawasan kelantan pun insya ALLAH akan menang....sebabnya yang utama adalah orang-orang kelantan tak pentingkan soal calon itu dari mana, tetapi apa yang menjadi keutamaan mereka adalah tanggungjawab mengundi untuk menegakkan kerajaan ISLAM di bawah kepimpinan ulamak...dan yang nie memang aku salute dengan orang kelantan....dan kematangan mereka dalam pilihanraya aku salute jugak....

ok untuk analisis PRK K.terengganu ni korang boleh carilah blog-blog lain, dalam media-media kerajaan memang haramlah korang nak cari...kalu BN menang semalam aku dapat rasakan berita di tv, suratkhabar, radio semua akan berbangga dengan kemenangan yang diperolehi...tapi apakan daya pengundi K.Terengganu menolak BN...jadi mana-mana yang duk atas tu paham-paham sendirilah bila orang dah tolak tu maknanya dah tak sukalah...

ok untuk kemenangan yang kedua ialah apabila Man Utd menang 1-0 dengan Bolton...perghh perlawanan semalam agak boring lahh, 1st half boring, masuk 2nd half boring gaklahh awal-awal tu tetapi selepas giggs dan scholes masuk baru terang bijik mata aku nie,.. barulah dapat tengok serangan-serangan yang dilakukan oleh Man Utd..

dan pada minit-minit terakhir barulah berbatov dapat score selepas hantaran daripada tevez dapat disempurnakan dengan jayanya...so masa nie Man Utd berada di tangga teratas buat sementara waktu...kalu liverpool kalah esokk maka Man Utd dapat duk kat atas nie lama sikit...alhamdulillahh syukur kepada ALLAH kerana memberikan ku 2 kemenangan dalam masa 1 hari....

sekian;

nota kaki : minggu nie aku tak update senarai pemain EPL aku, sebabnya aku tak sempat nak update...sori2

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...