Showing posts with label rokok. Show all posts
Showing posts with label rokok. Show all posts

28 March, 2009

huh_pengalaman_24jam

salam,

selepas langkah drastik aku pada hari jumaat kelmarin, aku 'mengalami kesengsaraan' untuk 24 jam yang pertama ini...nak habiskan satu hari ini penuh dengan dugaan dan rintangan...hantu nikotin menjelma di dalam diri beberapa kali...

Pagi;
aku bersama isteri berada di Bandar Bukit Raja, sebabnya kontraktor nak datang untuk buat simen... tapi apakan daya, dia tak dapat nak datang...motor rosak dan dah lambat sangat...nak simen belakang rumah kena buat awal-awal pagi sebabnya sekarang ni di klang ni asik hujan sahaja...kang nanti bila hujan abislah simen...tak cantik...

----masa ni tak terasa lagi nak hisap rokok, hantu nikotin belum keluar dari sarang dia lagi...

dalam pukul 10.30 pagi...selepas confirm kontraktor tu dapat datang, aku dan bini terus ke bandar di raja klang...kita orang tukar plan...hari ini kena buat sesuatu gak untuk siapkan rumah tu secepat mungkin...jadi kitaorang pun terus mencari-cari kedai elektrik yang jual lampu dan kipas ceiling...

Petang;
huh gila...gila aku rasa hari ini lah hari paling lama....sebabnya...
  1. aku menahan diri daripada merokok; beberapa kali hantu nikotin menjelma, aku nak merokok tapi bini kesayangan aku menghalang aku...tima kasih sayang...
  2. pilih lampu dan kipas...lama sungguh beb...bab untuk memilih semua lampu dan kipas ni aku serahkan terus kepada bini aku...semua yang dia pilih aku tak kisah...hehehe
  3. perasaan marah, resah, gelisah, sakit kepala semua ada hari ini...arghhh...
  4. huh..lagi satu masa aku ke jamban, perghh memang lama beb, hahaha lenguh kaki den..
lebih kurang pukul 3.00 petang, aku dan bini aku singgah dulu ke andalas, sebabnya nak kena pinjam van rusa, barang-barang elektrik yang dibeli tak cukup nak dimuatkan ke dalam myvi...

selepas asar;
pergi ke kedai elektrik tu balik, nasib baik aku dapat mengawal emosi, tak leh bawak laju-laju...bawak perlahan-lahan...huh dan nasib baik gak, pergi dan balik ke klang tu amik masa hanya se-jam, dan nasib baik lagi tak traffic-jam...

dah nak maghrib;
izam call rumah kat andalas, sori beb handset aku memang dah abis bateri, dan memang teruk dah handset ni, cas ja sekejap jer abih...tension...tension
pasal proposal yang perlu aku siapkan...dia nak malam ni gak...perghh...aku ingat dia nak minggu depan...nasib baik aku bawak laptop...so masa kat rumah andalas...aku abiskan keja aku...

haa masa ni memang aku dapat rasakan hantu-hantu nikotin telah berkeliaran berhampiran dengan aku...masa tengah pulun duk buat keja ni memang hantu-hantu ni suka datang...tapi apabila memandang muka bini aku...terbayang pulak kotak rokok yang ada gambar tu...aku batalkan terus niat nak mencari sebatang rokok...

balik ke pandamar;
huh...penat sungguh hari ini....menahan diri untuk tidak menghisap rokok adalah satu perbuatan yang memenatkan..aku nak tido dah nie...esok bermula satu hari lagi untuk aku menahan diri daripada pujukan dan rayuan hantu-hantu nikotin...insya ALLAH esok aku lebih bersedia lagi... doakan kemenangan aku untuk esok..

keputusan;
aku_bukan_lembu vs hantu nikotin
1 ----- 0
sekian,

27 March, 2009

huh_peritnya...

salam,

petang tadi aku dah post kat blog tentang kenekadan (ada ker perkataan ni) aku untuk berhenti hisap rokok, ianya adalah kerana TOK GURU dah menyindir, sound baik punya...sapa-sapa yang hisap rokok ni adalah lebih hina dari LEMBU...nasib baik bukan BA ALIF BA YA..hehehe...

beb aku baru terasa hahaha...dan penyebab yang lain pula ialah packaging baru pada kotak rokok tu... lagilah membuatkan aku nak berenti...terima kasih TOK GURU dan terima kasih juga kotak rokok hahaha...

sekarang dah pukul 10.56 malam, aku tak hisap rokok lebih kurang 6 jam 3 minit...huh peritnya beb...sekarang ni mulut aku macam duk meminta untuk dihisapkan rokok...tahan...tahan...ingat kata tok guru...ingat rokok tu tak best...banyak kan minum air masak...hahahahah....baik aku tido terus jap lagi....

so di bawah ini aku senaraikan maklumat mengenai apa yang berlaku selepas berhenti merokok...

Apakah yang berlaku apabila anda berhenti merokok?

Selepas 12 jam anda berhenti merokok, badan anda akan mula memulih secara spontan. Paras karbon monoksida dan nikotin dalam sistem badan anda akan turun secara mendadak, dan jantung serta peparu anda akan membaikpulih kerosakan yang disebabkan oleh penghisapan rokok.

Carta di bawah menerangkan perubahan dramatik yang berlaku dalam badan anda selepas anda berhenti merokok:


Hari 1

Beberapa jam selepas berhenti merokok, semua kesan karbon monoksida telah disingkirkan daripada badan anda.

Hari 2
Semua hasil sampingan rokok disingkirkan dari sistem badan anda dan deria rasa dan bau anda juga bertambah peka.

2 hingga 3 minggu
Kesan gian rokok telah hilang.

3 minggu
Lapisan silium, ujuran berupa rerambut dalam peparu anda mula menyingkirkan tar dan lendir yang terkumpul di dalam peparu dan menyebabkan anda terbatuk keluar benda-benda ini.

4 minggu
Anda berasa lebih mudah untuk bersenam dan mendaki anak tangga kerana pengaliran udara ke dalam peparu anda telah bertambah.

2 bulan
Pengaliran darah ke anggota kaki dan tangan bertambah baik , maka suhunya dinaikkan semula ke suhu badan normal.

1 tahun
Risiko mendapat penyakit jantung telah berkurang separuh berbanding dengan seseorang yang masih merokok.

10 hingga 15 tahun
Selepas 10 hingga 15 tahun, risiko kematian awal diminimumkan seperti mereka yang tidak pernah merokok. 10 tahun selepas berhenti merokok, risiko kematian akibat kanser paru-paru adalah 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada golongan yang masih merokok.


Dalam jangka masa ini, kemungkinan besar anda juga akan mengalami simptom-simptom gian rokok, iaitu tindakbalas badan anda terhadap kekurangan nikotin. Simptom-simptom gian rokok adalah berbeza bagi individu, dari sakit kepala, kerisauan, cepat marah/panas baran, keletihan, hingga insomnia dan juga rasa loya. Perubatan, sokongan sosial kaunseling dan perubahan gaya hidup sedikit sebanyak dapat meringankan simptom-simptom ini, tetapi tidak mampu menghilangkan kesemuanya. --- sumber dari http://www.iwanttoquitsmoking.com.my/johnsonjohnson/bm/whathappens.html

sekian,

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...