24 April, 2009

odo_meter_myvii

salam,

huh dah lama aku nak letak gambar-gambar yang aku amik dari odometer keter aku...aku suka tengok nombor-nombor yang bagi aku cantik...keretaku ni dibeli pada 09hb September 2006...huh dah nak dekat 2 tahun lebih aku gunakan kereta ni...kalau korang tengok odometer yang dipaparkan pada pic kat bawah ni mesti korang terkejut...yelah baru 2 tahun, kilometer dah lebih 100 ribu...hahaha...

banyak sungguh tempat yang aku dah pegi...haaa ni korang kira sendirilah, setiap hari dari rumah sehingga ke tempat keja bini aku dan seterusnya ke tempat keja aku di seri kembangan boleh capai lebih kurang 200km, pergi dan balik keja sahaja...tak pegi mana-mana tau, kalau outstation lain citer beb, so setiap bulan dah boleh cecah 5000km dan setiap bulan jugak aku kena servis kereta hahahaha...

oklah abis bab keta aku....haa ni aku nak bagi tips kalau korang mengantuk semasa memandu...

apa yang aku buat...aku akan tengok setiap plat nombor kereta yang ada kat depan aku...dan aku akan mengira semua nombor dengan mencampurkannya contohnya... XXX2526...so apa yang aku buat aku campurkan 2+5+2+6 = 15, campurkan lagi 1+5 = 6, sehingga nombor-nombor yang aku campurkan itu dapat 1 digit sahaja...

so setiap kali ada kereta kat depan aku,... aku akan buat macam ni...dan ini akan menyebabkan otak aku berjalan..dan seterusnya hilang perasaan mengantuk ni...yang ni untuk mengantuk yang sikit-sikitlah...tapi kalau korang dah tak tahan sangat ngantuk berentikan kereta adalah jalan terbaik, tido sekejap, basuh muka dan sebagainya hehehe...

so kat bawah ni pic yang aku amik;
tarikh : 08hb Disember 2008
masa : 9:08 malam
tarikh : 27hb Mac 2009
masa : 12:01 tengahari
tarikh : 23hb April 2009
masa : 07:05 petang
tarikh : 24hb April 2009
masa : 07:05 petang
tarikh : 24hb April 2009
masa : 08:20 pagi
sekian,

No comments:

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...