19 March, 2009

aku_di_polimerlimau_melaka

salam,

training e-Peralatan di Politeknik Merlimau Melaka
tarikh : 18-20hb Mac 2009
tempat : makmal JMSK
pengguna : pensyarah dan staff sokongan Politeknik Merlimau Melaka

17hb Mac 2009
aku bersama buellart telah datang ke sini mulai hari selasa, 17hb Mac 2009, lebih kurang lepas zohor kitaorang bertolak...pengantin baru (wan bear) minta pelepasan nak ke sini hari rabu, pagi...yelah aku paham orang-orang yang baru kawin...mana boleh tinggal bini awal-awal ni hehehehe...

sampai ke merlimau ni...awal...tempoh perjalanan lebih kurang 1 jam setengah ja...so kitaroang melilau mencari hotel atau resort kat pekan merlimau ni...emm payah jugaklah nak mencari...tanya orang-orang kat sini dia kata kalau nak hotel...bandar melaka dan muar ada...tapi aku pikir-pikir balik jauh sangatlah...ingat nak duk dekat-dekat poli ni sahaja....so mencarilah lagi....(staff kat poli dah bagitahu yang polimerlimau pun ada gak hotel...tapi aku ngan bulat kalau boleh tak nak hehehe)

semasa duk merayau-rayau ni...alhamdulillah jumpa lah satu, Merlimau Inn...harga bilik lebih kurang rm118.00 untuk satu malam...tempat bagi aku ok...mandi, tempat tidur ok...makan pun ok...

18hb Mac 2009
pengantin baru nasib baik sampai awal pagi nie...hehe...sian dia kena tinggalkan bini sorang2 kat umah....ahh akuu peduli apa hahahaha...

hari ni aku mula mengajar e-Peralatan, aku mengajar modul Harta Modal dan Inventori...setakat ni takde masalah yang major dalam sesi pengajaran...alhamdulillah semua boleh mengikut dan paham apa yang aku ajar...hehehe

so untuk sesi pengajaran mula-mula ada berlaku gangguan sedikit pada sistem...ada beberapa bugs yang tiba-tiba muncul entah dari mana...tapi dapat ditangani oleh saudara buellart dengan mudahnya...thanks to buellart...

so sesi ngajar habis dalam pukul 4.30p.m...hmm kitaorang pun merancang lah nak makan petang kat bandar melaka...kat melaka ni rasanya jalan nak ke mana-mana mudah, tak berbelit macam kat klang valley...semuanya direct...so senang nak cari tempat yang nak kita tujui...

kitaorang lepak kat restoran subaidah, Hang Tuah Mall, aku makan rojak ayam...buellart...hehe.. rojak biasa dan mee hoon goreng...(biasalah buellart..sapa tak kenal) wan bear plak makan mee goreng mamak tanpa sayur...rasanya semua ok...cuma rojak ayam tu kalau lama-lama aku makan rasa muak sikit hehehe...

soo aku akan sambung plak...bagaimana aku boleh berjumpa dengan kawan lama Fazliee Mustajap...

sekian,

No comments:

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...