18 June, 2009

pengasuh_adakah_patut_diberi_cuti_1_hari

salam,

di MHI pagi tadi membincangkan bolehkan pengasuh/maid ini diberikan cuti selama 1 hari...dan setiap pemanggil di MHI tadi ada yang menyokong, ada yang tengah-tengah dan ada yang tidak menyokong langsung.

Pandangan aku;

1. tak payah bagi cuti sebabnya apabila mereka-mereka ni ada peluang keluar dan berjumpa dengan kawan-kawan dari negara yang sama...langkah untuk bergerak semakin panjang, bukan aku kata takleh nak berjumpa...kalau boleh bila dia nak gi mana-mana (misalnya jumpa sedara dia, kita ikut sekali) haa yang tu baru betul sebabnya kita boleh kenal sedara-sedara dia...

2. apabila kita bercuti, bawak sekali dia bersama, kiranya dia pun bercutilah tu...

3. lagi satu aku cadangkan, gaji dibayar separuh contohnya kalau sepatutnya kita bayar kat dia rm400.00 sebulan, kita bayar dulu rm200.00 atau rm150.00. Yang selebihnya kita simpan dalam bank atas nama dia lah...soo selepas habis kontrak barulah kita bagi selebihnya kat dia...

pendapat yang ke-3 tu aku cadangkan sahaja, sebabnya kalau kita bagi penuh...huuui bukan main gembira lah dia nanti...bershopping sakan, haa kalau handphone lagilah bergayut sakan...kang anak-anak kita terbiar lapar sakan gak di rumah...ni aku nak berkongsi kisah yang diceritakan sendiri oleh kawan aku...

kisah 1

kawan aku si B, kakak dia ada amik maid...kakak dia ni ada 3 orang anak, yang kecik sekali adalah dalam 4-6 bulan kot...so terjadilah satu kejadian yang tidak diingini oleh setiap ibu bapa, anak kecik kakak dia ni pernah jatuh dan patah tangan...tapi maid dia ni masih lagi tidak memberitahu kejadian tersebut kat kakak kawan aku ni...

so dalam masa seminggu ke dua minggu anak kecik ni asik menangis sahaja, kecuali pada waktu minum susu dan tidur...lagi pun si maid ni pun pandai, bila kakak dan abang kawan aku ni balik dari keja, dia bersungguh-sungguh dukung dan tidurkan anak kecik ni...

akibat tak tahan dengan teriakan anak kecik ni, kakak si B ni bawaklah jumpa dengan doktor...alangkah terkejutnya kakak dia ni apabila doktor mengatakan yang tangan anak dia ni patah...pahtu dah bersambung balik dah tapi yang kesiannya tangan anak dia ni bengkok sikit...yelah budak-budak kecik dia cepat sembuh...

so apalagi lepas jumpa doktor tu, kakak dia terus amik maid tadi dan hantar semula kat agent...barang -barang maid, kakak dia akan hantar lepas bawak maid tu ke agen...tetapi apa yang mengejutkan kakak dia ni, semasa berkemas barang-barang maid tu...terjumpalah banyak barang-barang kepunyaan abang dan kakak dia, baju, subang dan sebagainya....so itu untuk kisah pertama....

nota kaki : kalau si B baca ni, aku ada tambah sikit-sikit untuk penyedap ayat hahahahah...

kisah 2

kisah ni mengenai maid juga yang berlaku pada kawan aku (abang sulung dia yang kena)..maid ni kata kawan aku memang baik...kalau gi ke rumah mak dia...maid ni siap boleh urut kaki mak dia dan maid ni memang rajinlah...dah berkhidmat pada keluarga ni dah nak dekat 2 tahunlah...

abang pada kawan aku ni bagi gaji penuh lebih kurang rm450.00 sebulan, siap belikan handset lagi kat maid dia ni...so nak dijadikan cerita...depan rumah abang dia ada satu rumah tengah buat renovation...jadi kat situ ramailah kawan-kawan senegara yang dapat maid dia ni berhubung...so hari ke hari membawa kepada minggu ke minggu maid ni asyik berhubung...tapi abang dia tak kisahlah selagi anak-anak dia masih dijaga dengan elok oleh si maid ni...

namun begitu, langit tidak selalunya cerah, kepercayaan abang dia ni dibalas dengan satu kejadian yang takkan dilupakan oleh abang dia ni...satu hari abang dan kakak dia ni pergilah kerja macam biasa...si maid ni dah berniat untuk melarikan diri bersama dengan teman yang dia kenal tu, so dia dah buat susu (lebih kurang 4 botol kot) untuk anak-anak tersebut (seorang umur 2 tahun, seorang lagi 4 tahun), dia pasang tv supaya budak-budak ni boleh tengok tv...dan terus meninggalkan budak-budak ni...dengan pintu tak berkunci...

so petang, abang dia baliklah macam biasa...alangkah terkejutnya dia apabila melihat keadaan rumah seperti tongkang pecah, botol kicap dan sos berterabur di lantai (anak-anak dia main), habis kusyen kotor dan sebagainya lah...(masa ni anak-anak dia dah tido kat depan tv, mungkin penat sangat kot) tengok dalam bilik maid, si maid ni dah takde...baju-baju semua dah takde...nasib baik barang-barang lain dia tak bawak sekali...nasib baiklah tak jadi apa-apa kat anak dia...

nota kaki : huh nasib baik dia tak bawak lari sekali anak abang dia ni, ini membuatkan aku berfikir 2-18 kali nak amik maid....arghhh

No comments:

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...