salam,
semalam aku berkesempatan untuk bersembahyang zohor di sebuah surau di seksyen 11, shah alam...subhanallah...aku terkejut melihat surau ini...
pertama : aku terkejut melihat surau ini yang dibina sebegitu indah, ada aircond, ada bilik jenazah sendiri, ada cctv, dan sebagainya yang aku tak sempat nak explore
kedua : surau ini didatangi oleh jemaah yang bukan kampungan, kalau dulu korang bayangkan yang akan datang ke surau mungkin pakcik-pakcik tua yang menunggang motor kapcai yang hampir lusuh dengan karat...tapi kat sini berbeza, jemaah yang datang aku tengok pakai kereta jaguar, bmw, merc...bila aku tersedar kembali ke alam dunia nyata...patutlah surau ini dibina seindah ini...
kesimpulannya : sekarang orang-orang kaya bukan lagi macam drama melayu, bila kaya jer dah tak ingat ALLAH...producer ni pun satu...buatlah cerita melayu yang boleh orang-orang melayu sendiri mengikut jejak langkah atau sebagai contoh dalam masyarakat, ini tak asyik cerita rempit, bohsia...lepas tu dalam media bagitau 'ohh kita buat filem ini supaya masyarakat tak mengikut jejak langkah mereka ini', apakejadah ini semua...
nota kaki : teringat kawan aku ada bagitau...kawan aku ni pelajar mass comm...dia kata...orang akan cepat terpengaruh melalui media seperti di tv...sebabnya ianya bergambar dan ada audio, tapi kalau media itu hanya pada audio atau pada gambar sahaja, percentage untuk orang terpengaruh tu kurang...contohnya kalau korang tengok rancangan 'Jalan-Jalan Cari Makan', perghh perut yang kenyang boleh jadi lapar apabila melihat host tu melahap makanan didepan mata..
sekian

No comments:
Post a Comment