18 June, 2009

pengasuh_damia

salam,

setakat ni aku memang sedang mencari pengasuh dari indonesia...sebabnya yang utama bila adik damia dah keluar dari perut ibunya nanti, aku rasa baik aku ambil maid. sekurang-kurangnya ada orang nak jaga damia dan adiknya...aku terfikir juga hendar menghantar damia dan adiknya ke rumah pengasuh sekarang ni, mak zaki...tapi apakan daya, kesianlah pulak nanti sebab ramai budak dah dia jaga.

so aku redha sahaja kepada ALLAH, minta diberi pengasuh yang baik-baik yang boleh menjaga makan, minum anak aku dan terbaik sekali kalau dia boleh ajar anak aku mengaji AL-QURAN...yang ini susah nak cari...

memang dari segi pemilihan untuk menjaga anak aku ni aku memilih sikit, contohnya macam damia sekarang dihantar ke rumah mak zaki, walaupun ada sikit kisah lepas yang memberi parut di kepala damia, tapi aku masih berkeras untuk menghantar ke sana buat sementara waktu sebelum maid sampai. ada juga pengasuh dekat-dekat dengan rumah aku tetapi bila aku tengok dia tak pakai tudung jadi aku reject awal-awal...

perkara yang mak zaki buat yang aku rasa pengasuh lain tak buat;

1. mak dia tolong basuhkan semua baju-baju damia, memang pada mulanya aku memang tak bagi, tapi mak dia berkeras nak basuh juga...

2. kadang-kadang mak dia sediakan bekal sarapan untuk aku dan bini aku...

3. pasal pembayaran mak dia tak kisah nak bagi berapa pun tak kisah...tapi aku bagi ikut pada harga yang diletakkan oleh nurseri sekitar kawasan tu lebih kurang RM250.00

4. mak dia ajar ngaji AL-Quran, so apabila dia ajar ngaji, damia ni ikut sekali ngaji, korang bayangkan damia belum 2 tahun lagi dah pandai buka Muqaddam atas rehal, pastu nak ngaji, lagi satu dia dah boleh ikut kita sembahyang, kalau kita sujud, dia sujud, kalau kita duduk antara dua sujud, dia pun ikut sama...siap kalau duduk tahyat akhir tu jari boleh naik hehehe...

5. aku kadang-kadang boleh ambil lambat...maksud aku lambat tu takdelah sampai pukul 10 malam, lebih kurang pukul 8 malam lah...takde pulak dia nak cas ikut jam...hehehe

so buat masa ini aku memang bersyukur Alhamdulillah hantar damia kat situ, cuma sekarang nak menunggu untuk kedatangan maid dari seberang ni...so kalau boleh dapat spesifikasi keperluan yang lebih kurang sama dengan di atas Alhamdulillah, kalau tak aku terpaksa cari alternatif lain...

so nanti aku sambung mengenai pengasuh : patut atau tidak kita beri cuti 1 hari

sekian

1 comment:

buellart said...

aku rasa mak zaki is the best candidate so far, siap ajar ngaji n solat, boleh ambil lambat n xclubbing. tp kalau maid tu keje dr ngasuh hingga ke mengajar n ngaji, i guess mungkin boleh tolerate bg cuti kot cos dia dah take over the parenting job, tp donno la.

ps: aku pn ingat nk amik maid juga la.

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...