email nie aku dapat dari saudara bulat pada 1 september 2005
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."- Sahih Muslim
~ dah nampak dah skrg nie...buang anak, rogol di merata-rata tempat, dalam keta pun boleh cium2 wehh ingat mcm filem TITANIC ker...hehehe
3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah
bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah
~ ahh mcm2 skrg nie..dlm surat khabar, majalah semua citer pasal artis, artis A gaduh ngan Artis B, isap dadahlah, isap anak orglah...mcm2 lagilah
4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ yang ni korang nampak sendiri lah...kat mana, di mana, siapa yang bermegah2 bila bina masjid nie
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal yang dah pegi meninggalkan kita Allahyarham Ust. Fadil Nor dan Ustaz Ishak Baharom(yang aku tahulah nie)
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit
oleh 2 orang mulia" -Riwayat Thabrani
~ george bush, kat malaysia pun banyak, samada korang perasan atau tak jer...kaki judi, kaki minum, kaki perempuan, kaki rasuah pun boleh jadi pemimpin
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila
mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc)
10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamudengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu &
memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ haa yang ni korang tgk sendiri sekarang nie, suratkhabar (indah khabar dari rupa), majalah mcm2 citer fitnah, perosak bangsa dan akidah pun ada...cuma ada yang tak perasan tu
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
~ correct...correct...correct
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir
kata-kata baginda junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. bahawa “bekerjalah kamu di dunia ini seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadahlah kamu seperti kamu akan mati pada keesokan harinya".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2020 kereta masih bersesak dijalanan!
Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...
-
Assalamualaikum.. Anda bosan makan di mamak...setiap malam menu roti canai...roti canai..roti canai... Anda bosan makan di kedai tom...
-
Rezeki itu ada mahal dan ada murah, usaha kamu yang menjadikannya murah atau mahal Situasi : Di dalam kereta menuju ke pejabat. ...
-
Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang, Assalamualaikum, 07 April 2013 6:30 pagi Rumah Bukit Raja Aku : danish bang...
No comments:
Post a Comment