hmm lama dah aku tak update blog nie...banyak keja yang aku perlu selesaikan...cerita bersiri damia pun belum sempat aku nak habiskan...keja semakin lama semakin banyak..walaupun nak dekat akhir tahun nie keja masih lagi banyak...alhamdulillah aku bersama dayaonenian masih lagi mempunyai kerja untuk dibuat dan diselesaikan..
hari ni aku ambil masa sedikit untuk mencoretkan apa yang telah aku buat sepanjang hidupku setelah beberapa hari tak update blog nie.
kisah 1
aku sibuk dengan training user e-Peralatan dari Politeknik Ungku Omar, kat sini jer kita orang(aku, bulat ngan bear) duk kat perak nie selama 6 hari pada minggu pertama bulan 12 dan 2 hari lagi pada minggu kedua bulan 12(ni lepas raya kurban hari tu)
biasanya abis training aku bersama geng akan melepak kat kedai makan hehe nama dia Sabar Menanti...hmm mmg sabar aku menanti air yang aku order, tapi makan kat sini ok lah .... pahtu mlm lak kita org lepak kat restoran nasi vanggey...oklah gak kat sini.
mula-mula aku sampai kat sini aku tgk waktu mlm kat bandar ipoh nie mati sematinya...mcm takde apa jer mlm tapi korg nanti jgn terkejut kalu ko tgk KFC kat sini 24hours beb...dan mmg ramai org...
lepas tu hari kedua dan ketiga baru kitaorg cari kat mana port yang menarik dan ramai org...rupanya ada hehehe...marah org ipoh kata diaorang ni duk kat pekan mati...so begitulah hari-hari seterusnya sampai abis training...
kisah 2
masa raya korban hari tu aku ada buat gak sikit satu bahagian, lebih kurang RM330 kena bayar untuk satu bahagian. aku ditugaskan dalam team untuk menumbangkan lembu-lembu...surau kat umah aku hari tu dapat 8 ekor lembu, seekor kambing, lembu aku no 6...jadi berusahalah aku pada hari raya tu menumbangkan lembu-lembu tersebut dalam keadaan cuaca yang hujan
pengalaman nak jatuhkan lembu ni banyak aku tgk dan belajar dari otai-otai yang ada kat situ...
pertama...baling tali yang mcm koboi buat tu..ke arah lembu lepas tu acah-acah lembu tu supaya 2 kaki belakang dia tu masuk dlm ruangan tali tadi...apabila dah masuk apa lagi tarik...tarik...tarik sampai lembu tu tumbang hehehe...masa nie kudrat tenaga yang ada pada aku akan menarik lembu itu bersama geng-geng jatuhkan lembu yang lain...
pahtu otai-otai akan buat keja untuk mengikat kaki lembu tu dan dibaringkan mengadap kiblat...
pahtu imam atau tukang sembelih akan menyembelih lembu dan kami semua nie akan pegang bersama-sama lembu tersebut dan ALLAHU AKHBAR ALLAH...
heheh itulah keja aku sepanjang hari raya kurban tu....nanti aku sambung lagilah....
kata-kata baginda junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. bahawa “bekerjalah kamu di dunia ini seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadahlah kamu seperti kamu akan mati pada keesokan harinya".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2020 kereta masih bersesak dijalanan!
Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...
-
Assalamualaikum.. Anda bosan makan di mamak...setiap malam menu roti canai...roti canai..roti canai... Anda bosan makan di kedai tom...
-
Rezeki itu ada mahal dan ada murah, usaha kamu yang menjadikannya murah atau mahal Situasi : Di dalam kereta menuju ke pejabat. ...
-
Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang, Assalamualaikum, 07 April 2013 6:30 pagi Rumah Bukit Raja Aku : danish bang...
No comments:
Post a Comment