30 December, 2008

awal_muharam_dan_selamat_tahun_baru

alhamdulillah aku masih lagi bernyawa untuk meneruskan hidup di muka bumi ini dengan izin dari ALLAH.. minggu nie adalah minggu terakhir di dalam tahun 2008. banyak cerita dalam tahun 2008 yang aku tak dapat nak cerita di dalam blog ini...hmm kelahiran, kematian, suka-duka, kehilangan, kerosakan, kegembiraan dan sebagainya banyak berlaku di dalam tahun ini.

setiap tahun yang berlalu akan menjadi sejarah dan setiap hari yang akan berlaku akan kuhadapi sepenuhnya sebagai umat Nabi Muhamad S.a.w...setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya...bagi aku untuk menghadapi tahun 2009 yang mungki penuh dengan cabaran...
"Ya ALLAH berilah aku kekuatan untuk menjadi seorang hambaMU yang berjaya di dunia dan akhirat...seorang anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya, seorang abang yang bertanggungjawab ke atas adik-beradiknya, seorang suami yang dapat memimpin isterinya mengikut acuan ISLAM yang sebenar, seorang ayah yang dapat membesarkan anaknya dengan rezeki yang halal, seorang menantu yang dapat menjaga kehormatan dan membantu kedua ibu dan bapa mertuanya, seorang pemimpin yang amanah di dalam syarikatnya...amin"

aku tahu tahun 2009 adalah tahun yang kurasakan lebih mencabar dari tahun-tahun yang pernah aku lalui...adakah aku boleh menghadapinya dan menyelesaikannnya....hanya ALLAH sahaja mengetahuinya...takdir, qada` dan qadar ALLAH dah tentukan...aku perlu berdoa untuk menjadikannya lebih mudah dihadapi dan banyak bersabar.

untuk tahun 2009, ini adalah senarai yang bermain difikiran ku buat masa ini, ianya mungkin akan bertambah;

  1. solatku - insya ALLAH tahun ni jangan ada tertinggal solat...Ya ALLAH ampunkan dosaku
  2. ibadahku yang lain (aku dah lama tak khatam Al-Quran)
  3. rumah baru
  4. keluarga - isteri yang disayangi Irdaleia bt Hussain dan anakku yang makin banyak karenah hehehe Nur Aleia Damia
  5. emak dan ayah - Mamat Ismail dan Hindon bt Lazim
  6. simpanan masa hadapan
  7. hutang-hutang ku yang masih belum selesai (PTPTN....bila nak abis nie)
  8. syarikat ku bersama kawan-kawan yang disayangi untuk mecari rezeki halal di bumi ALLAH
  9. bila aku nak berenti isap rokok nie...
  10. dan sebagainya yang akan diberitahu kelak
setakat ini sahaja yang boleh aku senaraikan...semoga hari esok menjadi hari yang lebih baik daripada hari ini..dan aku menjadi seorang pemuda yang dapat berguna pada AGAMA, Bangsa dan negaranya...insya ALLAH

Selamat menempuh tahun baru!!!!

No comments:

2020 kereta masih bersesak dijalanan!

Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...