Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...
beratur untuk tenang |
Setelah semua anak-anak PASTI dikehendaki beratur, ahmad danish masih lagi menitiskan air mata, Ikrar, syahadah, selawat, doa semua telah dibaca oleh ketua murid, tapi busuk no-2 masih lagi berkeadaan sedih sehinggalah aktiviti bersukan dimulakan...
sudah tenang |
ketika beratur untuk memulakan perlawanan sukan yang terlampau hebat sekejap lagi, Danish dilihat menenangkan diri sebelum meneruskan perjuangan yang belum selesai, Lawan tetap Lawan, air mata bukan menunjukkan danish lemah!!! - kata danish kepada papa (dalam hati papa haha)
gaya ayam kuasa 2 |
Sekarang tibalah giliran danish membawa bola yang memerlukan kekuatan kaki bagi mengapit bola antara dua lutut, sesungguhnya ini adalah perkara mudah dan kacang kerana telah seminggu danish dilatih tubi oleh kakak damia di ruang tamu rumah. Cara memegang bola dan mengepit ini diperturunkan ilmunya oleh kakak damia yang mempunyai pengalaman dalam sukan ini lebih kurang 2 tahun yang lepas. Melihat danish mempraktikan apa yang diajar oleh kakaknya membuatkan dia menjadi antara yang tercepat sampai ke garisan. Cuma terdapat 2 kali jatuhan bola yang tidak sedikit pun menganggu konsterasi dia...tengoklah pada gambarajah di atas sambil senyum...ya sambil senyum...sambil senyum hehe
kakak berjuang dengan bergaya!!! |
Kumpulan danish dapat no2... ini adalah satu pencapaian yang baik memandangkan terdapat pelbagai ragam daripada geng kumpulan danish. Selepas habisnya acara ini, pasukan-pasukan sukan direhatkan untuk membolehkan ibu-bapa memberi kata-kata semangat kepada anak-anaknya untuk meneruskan kemenangan masing-masing.
membetulkan topi |
Semasa rehat, kakak mengambil peluang untuk menunjukkan kemahiran membawa bola ping pong dalam sudu. acara ini agak berat bagi kakak damia sebabnya tidak pernah membawa bola sebegini di dalam sudu. Cuma kalau di rumah, kakak banyak melakukan aktiviti membawa coco-crunch di dalam sudu yang disulami dengan susu, dan apabila tertumpah akan dimarahi oleh Pegawai Bank, hehe. Dalam acara ini kakak tewas mengejut dengan peserta yang lain, mungkin kekalahan ini adalah disebabkan kakak memakai baju seperti orang nak pergi bersiar-siar di KLCC, manakala peserta yang lain telah bersiap dengan kasut sukan, seluar dan baju sukan. ini lah punca kekalahan yang disepakati antara aku dan Pegawai Bank.
kerusi ini aku punya!!! |
inilah kemenangan!!! |
Kekalahan kakak tadi akan ditebus oleh danish dengan acara sukan yang seterusnya (acara individu). Kata-kata semangat telah diberikan oleh danish kepada kakak, agar jangan menangis (sebenarnya perli kakak dia tadi sebab kalah). Kerusi telah diatur, perebutan kerusi ini melibatkan 6 penjuru. Tiada pengundi hanya lagu yang diberhentikan dan merebut kerusi dengan menolak peserta lain dibenarkan dalam acara ini. Peringkat pertama dan kedua, danish berjaya dengan selamba, namun begitu apabila masuk peringkat ketiga, peserta makin agresif menyebabkan danish kalah berjuang pada peringkat ini. Namun begitu dia masih senyum dan terus duduk di kerusi yang lagi besar dan selesa di bawah khemah itu. Mungkin dalam hati danish"kenapa dia orang berebut kerusi, bawah khemah ni lagi best, banyak kerusi lagi"kata danish memujuk hatinya...
geng kemenangan |
Hadiah ini juga akan ditunjukkan kepada Tok Mok dan Tok Ayoh dengan kata-kata yang telah disusun sebelum sampai ke rumah Tok Mok dan Tok Ayoh. Kata-kata ini boleh menyebabkan pergaduhan semakin besar antara kakak dan danish..."Tengok ni danish dapat hadiah, kakak tak dapat"kata danish dengan berlagak sombong, gelama ikan duri...Aku dan Pegawai bank saling pandang memandang, tiada kata yang perlu diucap hanya memujuk kakak sahaja tugasan utama kami sekarang ini....
habislah bab DANISH BERSUKAN LAGI...nanti sambung cerita lain pula, cerita di atas banyak tokok tambah untuk menyedapkan jalan cerita, jangan ambil serius dan beremosi dengan apa yang ditulis dengan kisah ini, hehehe
wassalam
No comments:
Post a Comment