- ya aku lama tidak mengemaskini blog, dulu semasa rajin, boleh dikatakan setiap hari aku akan mengemaskini. Tapi sekarang anak dah masuk 2 (ketiga belum lagi), rasa terdetik di hati untuk mengemaskini semula
- melihat anak membesar di depan mata, membayangkan aku semasa kecil dahulu. banyak perubahan berlaku sepanjang hidup ini
- kepenatan bekerja menjadikan anak-anak tempat aku melepaskan lelah, hilang sekelip mata apabila kakak dan adik bermanja dengan ku
- 'pegawai cimb', aku berterima kasih kepada mu kerana memahami aku secukup rasa, masin, manis dan pahit kehidupan kita tempuh bersama, alhamdulillah sudah 5 tahun aku tidak jemu memandang mu 'pegawai cimb'
- demi masa, perjalananku masih jauh, banyak visi, misi aku dalam senarai yang menuntut penyelesaian. moga aku dapat menyelesaikan misi hidupku
cetusan ini lahir dari hati, tiada sokongan mahupun panduan daripada sesiapa
1 comment:
hahah, rajin-rajinkanlah menulis! steady, brader
Post a Comment