kata-kata baginda junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. bahawa “bekerjalah kamu di dunia ini seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadahlah kamu seperti kamu akan mati pada keesokan harinya".
10 November, 2011
21 April, 2011
Fakta tentang air
السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته
- 22 Mac setiap tahun adalah Hari Air Sedunia
- bermula tahun 1993, 22 Mac adalah sambutan Hari Air Sedunia yang pertama
- Isi padu air di muka bumi - 1.4 bilion km padu (km3)
- Isi padu air tawar - 35 juta km3 bersamaan 2.5% daripada keseluruhan
- Daripada isipadu air tawar - 70% dilitupi salji dan ais
- 30% lagi tersimpan di perut bumi
- tambahan fakta - sudah lebih 24 bulan (lebih kuranglah) bersamaan dgn 2 tahun, aku tak membayar air di negeri selangor ini, terima kasih kerajaan negeri selangor kerana 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'
- tambahan lagi fakta - Melaka, tarif air NAIK,
pesanan kepada warga melaka - sila pindah ke selangor untuk menikmati air, sumber harian anda seperti aku di atas , syukur alhamdulillah
nota kaki : gambar di atas tiada kena mengena ngan mana-mana pihak, aku ambil dari http://gempakz.org
19 April, 2011
setelah 2 tahun
Assalamualaikum,
- ya aku lama tidak mengemaskini blog, dulu semasa rajin, boleh dikatakan setiap hari aku akan mengemaskini. Tapi sekarang anak dah masuk 2 (ketiga belum lagi), rasa terdetik di hati untuk mengemaskini semula
- melihat anak membesar di depan mata, membayangkan aku semasa kecil dahulu. banyak perubahan berlaku sepanjang hidup ini
- kepenatan bekerja menjadikan anak-anak tempat aku melepaskan lelah, hilang sekelip mata apabila kakak dan adik bermanja dengan ku
- 'pegawai cimb', aku berterima kasih kepada mu kerana memahami aku secukup rasa, masin, manis dan pahit kehidupan kita tempuh bersama, alhamdulillah sudah 5 tahun aku tidak jemu memandang mu 'pegawai cimb'
- demi masa, perjalananku masih jauh, banyak visi, misi aku dalam senarai yang menuntut penyelesaian. moga aku dapat menyelesaikan misi hidupku
cetusan ini lahir dari hati, tiada sokongan mahupun panduan daripada sesiapa
Subscribe to:
Posts (Atom)
2020 kereta masih bersesak dijalanan!
Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...
-
Assalamualaikum.. Anda bosan makan di mamak...setiap malam menu roti canai...roti canai..roti canai... Anda bosan makan di kedai tom...
-
Rezeki itu ada mahal dan ada murah, usaha kamu yang menjadikannya murah atau mahal Situasi : Di dalam kereta menuju ke pejabat. ...
-
Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang, Assalamualaikum, 07 April 2013 6:30 pagi Rumah Bukit Raja Aku : danish bang...