Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun.
Selamat Datang 2020, moga baik sahaja untuk semua di sekelilingku. Azam tahunan, menghabiskan 1 buku untuk 1 bulan. Bulan Januari ini telah habis menikmati "Konfesi Prebet Adam", nukilan Syahril A.Kadir - seorang wartawan Jenayah yang terkenal di Malaysia.
otakuberfikir
kata-kata baginda junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. bahawa “bekerjalah kamu di dunia ini seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadahlah kamu seperti kamu akan mati pada keesokan harinya".
17 January, 2020
28 March, 2017
Mencari pendoa ikhlas!
Lantung atau wangi, hidungmu bersuara, itulah manusia, disedut aromanya, boleh beri tenang atau limas!
Ceritanya bermula apabila aku bersiar membuang masa di sebuah kedai mamak tahap kebersihan "A". Sambil menghirup cangkir kopi '0' panas, kelat dan pahit kurang gula. Mata melilau menjamu selera. Akhirnya ekor mata terpandang satu susuk tubuh gemuk yang berlapis-lapis perutnya. Aktif gerakan tangan menyuap roti separa garing ke dalam kerongkong mulut bagaikan harimau mendapat mangsanya.
Sambil telan dan kunyah, dia mengusik kaca telefon pintarnya, aku seperti pernah lihat jejaka tua ini. Memori mengimbas untuk mengenal siapa dia sebenarnya. Aduh, semakin tua, otak seperti malas berfikir untuk mengingat. Manusia menjadi lumrah bila terlupa akan sesuatu, akhirnya boleh teringat kembali bila TAKBIR diangkat semasa sedang berurusan beribadat pada Nya.
Hmm biarlah, nak ditegur nanti salah orangnya pula. Tapi jika sekali imbas, ya dia memang sahabat aku sedari kecil. Sedang aku mengelamun menerawang berusaha untuk mengenalpasti siapa si dia ini, dia disapa oleh seseorang yang aku rasa bukan kenalannya.
Mengapa aku berkata begitu, kerana jika dilihat dari segi pakaiannya, koyak rabak, lusuh berbau, rambutnya, kusut masai, misainya, berjela panjang menutup mulut, giginya, kuning dan hitam mungkin sudah lama tidak mencuci berus.
Namun begitu, Si Dia (aku namakannya) tersenyum apabila Sang Koyak (seseorang itu) ini menegur, seolah langsung tidak mengganggunya makan, amat berselera menghirup saki baki kari canai di atas pinggan aluminium bercorak pelita itu.
Si Dia mempersilakan Sang Koyak duduk bersamanya, memanggil 'mamak' untuk mengambil pesanan makanan. Kelihatan wajah Sang Koyak memang teruja, bersembur air liur memesan untuk dimakan, lapar barangkali. Ahh, kau lihatlah dunia, sekeliling yang duduk berhampiran dengannya telah mengangkat punggung untuk beredar ke meja lain. Mungkin selera hilang melihat jasad yang tidak terurus itu berdekatan dan mungkin berbau, dan aku...nasib baik jauh, kah..kah..kah..
Asyik sungguh aku melihat perlakuan dua manusia ini, lama aku perhatikan dengan penuh tekun hingga tegukan kopi seperti tidak terluak dihirup. Agak pantas juga Sang Koyak menghabiskan butiran nasi sehingga licin menjilat pinggan dan mengigit-gigit sisa ais ketul sebelum mencair disedut sekuat-kuatnya.
Si Dia masih lagi senyum dan berbicara bersama Sang Koyak, tiada apa yang diendahkan walaupun orang yang lalu memandang dengan pandangan sinis. Mungkin senang hatinya melihat Sang Koyak kenyang membuntang mata. Tiba-tiba Sang Koyak menadah tangan tinggi persis berdoa, terkumat-kamit mulutnya seperti menuturkan ayat-ayat laksana bomoh Malaysia. Habis perlakuannya itu, dia terus mencium tangan Si Dia yang aku cuba ingat dan berlalu sambil menyanyi dengan girang dan kenyang.
Akhirnya...akhirnya, ingatan aku sudah kembali pulih. Ya, Si Dia memang kenalan sekolah ku semasa di sekolah rendah, tapi dia sekolah lain, cuma kami bertemu semasa lawan bolasepak antara sekolah. Aku hanya penjaga gol simpanan dan dia mewakili sekolahnya sebagai pertahanan.
Tanpa sedetik masa berlalu, aku terus menerpa dia, cuba membuat kejutan. Dia mengangkat wajahnya dan merenung aku dengan wajah soal. Mungkin dia ingat aku ini Sang Koyak yang kembali semula.
Aku terus memperkenalkan diri, mengulang dan bertanya adakah dia adalah orang yang benar seperti di dalam fikiran. Ya, akhirnya dia pun mulai mengecam wajah aku, ramai kata aku ini seperti pelakon, tapi entahlah tak ketahuan pelakon yang mana. Kami bertukar-tukar maklumat untuk dihubungi, lebih 20 tahun tidak ketemu. Aku berjanji padanya aku akan menghubunginya semula nanti. Agak lewat pula jika sambung bersembang nanti, banyak urusan lain perlu dia dan aku hendak selesaikan.
Di dalam kereta aku cuba mengimbas susuk tubuh itu. Kemas, bergaya, laksana orang meniaga besar-besar. Bukan calang orangnya Si Dia tadi, oh lupa namanya Izwan Nasril bin Mohamad. Sambil memegang kad niaganya, aku membaca;
Dato' Seri Izwan Nasril bin Mohamad
Pengurus Besar
Rezki Berkat Holding
Erkkk, Dato' Seri, kah kah kah, dah lah tadi aku membahasakan aku-kau sahaja. Ok, kita berjumpa lagi....nanti.
26 March, 2017
Aku seorang ayah-1
Terima kasih, bukan pada perkataan ianya memberi rasa, tapi tika kamu luah diikat bersama perasaan, itu lebih kemas pada penerimaAyah, papa, abi, baba itulah panggilan kepada seorang insan yang realitinya t
egas, dimomokkan dengan mimik muka tegang dan garang. Untuk senyum, bukan semudah dengan kerlingan jeling marah. Kalau ditanya oleh setiap manusia yang pernah menjadi seorang anak, insan ini biasanya akan ditandai dengan peringatan di kepala anak-anak bersifat sedemikian.
Terima kasih;
Terima kasih, sememangnya satu ungkapan yang agak payah untuk diucap oleh seorang ayah yang egonya tinggi. Setinggi langit yang tidak dijangkau oleh warnanya pelangi, hanya mendung, petir dan guruh berulang-ulang. Menjadi kebiasaan di dalam drama swasta, ayah yang garang adalah satu karakter MESTI ada di dalam setiap drama, walaupun ianya sesaat muncul.
Jika dilihat kembali pada zaman dahulu, ayah yang garang mesti dan wajib ada pada setiap keluarga. Ini menjadikan hubungan antara anak dan ayah semakin jauh pada waktu itu. Terbayangkah kita, tiadanya masa-masa gembira, masa-masa ceria bersama dengan seorang ayah. Dan ayah juga tidak dapat mengingati saat bila dan di mana untuk dikenang dan senyum sendirian, melainkan gambar-gamabr anak-anak yang dalam ketakutan. Bahkan, ucapan terima kasih ini seolah tidak akan menjadi zikir kepada seorang ayah yang tegas. Ya, masa dan zaman berubah, oleh itu saya juga berubah cara saya yang kadangkala mengikut juga cara lama bila perlu untuk membuatkan anak lebih menyayangi dan dihormati.
Cara saya;
Pada kebiasaannya, saya seharian tidak berjumpa anak-anak. Oleh itu, tugas untuk mengumpulkan laporan aktiviti anak-anak akan dibentangkan oleh bekas pegawai bank (isteri saya) sebelum saya sampai ke rumah. Jika semua dalam keadaan baik dan tidak huru-hara, maka hari tersebut akan berlalu dengan selancarnya tanpa laporan awal yang perlu disampaikan.
Antara cara saya apabila bekas pegawai bank menceritakan kebaikan yang telah dilakukan oleh anak-anak ialah dengan mengucapkan, TERIMA KASIH. Biasanya, sebelum mereka tidur, apa yang saya mesti buat adalah dengan 'menepuk', dodoikan anak-anak sambil mengucapkan terima kasih.
"Kakak, terima kasih tolong mama lipatkan kain",
"Abang, terima kasih tolong mandikan adik tadi".
Peluk dan kucup dahi, semoga mereka akan rasa dihargai dengan setiap apa yang mereka telah lakukan seharian tadi. Moga langkah ini memberi pemangkin untuk mereka tegar menolong isteri kamu dan kamu jika berada di rumah.
Antara cara saya apabila bekas pegawai bank menceritakan kebaikan yang telah dilakukan oleh anak-anak ialah dengan mengucapkan, TERIMA KASIH. Biasanya, sebelum mereka tidur, apa yang saya mesti buat adalah dengan 'menepuk', dodoikan anak-anak sambil mengucapkan terima kasih.
"Kakak, terima kasih tolong mama lipatkan kain",
"Abang, terima kasih tolong mandikan adik tadi".
Peluk dan kucup dahi, semoga mereka akan rasa dihargai dengan setiap apa yang mereka telah lakukan seharian tadi. Moga langkah ini memberi pemangkin untuk mereka tegar menolong isteri kamu dan kamu jika berada di rumah.
24 March, 2017
RM50.00
Rezeki itu ada mahal dan ada murah, usaha kamu yang menjadikannya murah atau mahal
Aku
bekerja di sebuah syarikat swasta. Hari-hari ku dipenuhi dengan kerja yang tak
pernah habis untuk habuan dunia. Aku masih mencari dunia hingga terkadang
akhirat seperti dilupakan. Bak kata orang, hidup ini umpama makan sampai
kenyang, jika masih belum kenyang, kau harus mencari lagi untuk kenyang supaya
rasa lapar itu tiada. Tamak.
Hari
ini aku ke pejabat agak lewat. Semalaman seharian menghabiskan dokumen tender
yang perlu dihantar pagi ini. Moga dapatlah rezeki untuk meneruskan operasi
syarikat ini dan menanggung hidup anak dan bini. Jam di tangan menunjuk angka
11, Ya Allah lupa aku hari ini adalah hari Jumaat. Masa singkat yang
menyebabkan kemalasan menjelma tiba.
Sebenarnya
aku lebih suka suasana senyap semasa memandu. Pada kebiasaannya aku lebih tekun
tanpa ada bunyi mendesak untuk mendengar. Entah bagaimana pada hari ini, jari
aku rajin melarik memulas mencari siaran, dan jari ini juga berhenti ke kiri
dan kanan untuk membenarkan telinga berfungsi sepenuhnya untuk mendengar.
Aku
mulai termangu dalam senyap menuruti seperti dibomoh oleh ceramah seorang ustaz
yang tidak diketahui siapa. Entah bagaimana hati berbisik halus supaya aku
melekat dengan suara corong sakti di dalam kereta ini.
“Sidang
pendengar sekalian, hari ini hari penuh berkah, penuh rahmat, hari Jumaat, penghulu
segala hari. Mulakanlah hari pendengar sekalian dengan kebaikan. Yang mana tak
pernah nak menderma, pergilah menderma. Yang mana selalu tersengguk di dalam
masjid, usahakan untuk hari ini supaya mata membulat dan resapi setiap inti
maksud yang akan disampaikan oleh imam”.
Aku
semakin mulai bosan dengan apa yang diceramahkan. Namun watak malas mencari
stesyen lain membiarkannya berbunyi menerawang tapi tidak masuk ke dalam hati
aku secara lurus.
Ustaz
menyambung lagi, “Saya ingin bertanya, setiapkali anda semua ke masjid, derma
yang diberi adalah RM1 sahajakah, atau RM10 sahaja atau RM100, yang mana?”.
“Tentulah
kebiasaan pilihan hati adalah RM1, itu pun sebab ianya dah kusut dicalit
kotoran makanan semasa diluar masjid tadi kan, betul tak”.
Aku,
“BETUL, ustaz”, mengiyakan di dalam hati.
“Apa
kata hari ini kita buat satu perubahan, perubahan lain dari yang lain, saya praktikkan
ini setiap kali berjumaat. Kamu yang mendengar ini mahu tahu bagaimana?”.
Eh,
ustaz ni bertanya macam aku depan dia, aku bergelak gatal. Dalam hati ya, ustaz
saya nak tahu bagaimana.
“Begini
caranya, buka dompet atau sarung duit kamu. Lihat di dalamnya, apakah kepingan
duit yang paling besar. Jika di dalamnya RM10 paling besar, maka ambil dan
masukkan terus ke dalam tabung masjid. Tanpa soalan terus masukkan. Lepas itu
doalah di dalam hati, Allah Maha Mendengar doa-doa hati hambaNya”.
“Dermaan
duit itu dengan seikhlas hati moga Allah ganti dengan lebih baik”.
Kata-kata
ustaz ini diakhirnya amat menusuk kalbu aku bak memercik pekatan darah kotor
yang keluar dari hati aku. Semoga darah kotor itu dibuang untuk aku cuba cara
yang ustaz ini berikan.
“Akhir
kata daripada saya, cubalah, kamu semua akan tahu kuasa magis derma itu
sendiri”.
Aku,
terkesima seolah hilang akal disihir.
Situasi : Menuju ke masjid.
Panas…sangat
panas, didihan peluh membasahi baju kerja ku, air liur ditelan tapi tekak masih
kering. Bahana cuaca panas tengahari bikin malas nak ke masjid menunaikan
Jumaat. Berkali-kali aku menelan air liur. Menelan seperti menelan udara kering
bukan air.
Namun
syaitan tewas dengan aku, walau langkah berat, aku gagah juga mendikit ke
masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Woi dua rakaat sahaja kot. Sedetik
kembali ingatan aku pagi tadi seperjalanan ke pejabat sambil mendengar bicara
ustaz itu.
Aku
semakin tertarik, ini juga satu punca aku menyusun tatih kaki bergerak ke
masjid dengan perasaan untuk mencuba seikhlas hati seperti yang diwar-warkan
oleh ustaz pagi tadi.
Oh
sebelum terlupa, aku perlu melihat kepingan warna apa yang berada di dalam
dompet. Pabila dibuka, terpampang satu not sahaja. Aku terbeliak mata melihat,
ish lain macam dia punya warna. Biasanya aku memecahkan kepingan ini bukan
untuk derma, tapi beratur membeli barang keperluan harian atau sekotak tembakau
hembusan asap.
Beb RM50
lah, duit kertas lain pun tiada. Aku mulai memikir ke mana hilangnya warna
kepingan yang lain. Biru, Hijau dan Merah tidak kelihatan. Cubaan mengingat
kembali akhiran tempat warna-warna kepingan nafsu dunia.
“Ah,
pedulikan ini semua, kerja syaitan lah ini, hendak menghasut aku lah tu agar
simpan rapi semula ke dalam”, degus hati kecil.
Entahlah,
mungkin titisan darah kotor yang dirobek tadi dah kering dan hilang. Aku mulai
ambil dan masukkan terus ke tabung “Derma untuk Kebajikan Masjid”.
Huh
bersilat rasa hati, terus berdoa moga Allah berikan rezeki yang baik. Rasanya
hari ini dan pertama kalinya aku rasakan tenang melihat kepingan itu menggelungsur
ke lubang kecil tabung derma. Aku melihat kembali dompet, tiada lagi
warna-warna kertas yang silau, yang tinggal hanya syiling berlaga satu sama
lain, tak lebih tak kurang RM1.00.
Dan
tika khutbah dibacakan, aku pulun mendengar. Ya, pertama kali juga aku tak
berdengkur melayan ritma khubah yang terkadang bertona tinggi dan rendah. Andai
ada sesi soal jawab selepas ini, setiap intipati khutbah aku dapat ringkaskan
bait-bait kisahnya. Lain perasaan hari ini dengan satu tindakan tadi.
Situasi : Pulang dari masjid.
“Daud,
jom makan, ko tak lapar ke?, khutbah hari ini betul punya panjang” ajak Karim,
kawan sekerja carian rezki.
“Maaflah
Karim, aku dah makan” tipu aku dengan perut bergitar laksana Slash mengoreng
melodi dengan gigil padahal, kepingan duit sudah tiada di dalam kocek.
“Ko
jangan nak menipu boleh tak, aku tahu lah ko mana makan lagi. Dah jom, hari ini
aku belanja makan”, marah Karim pada aku sambil menarik tangan aku.
“Ya,
ya aku ikut. Sebab ko nak belanja, aku makan hahaha ”, dalam hatiku, terima
kasih Allah, rezki ini telah diatur.
Situasi : Kedai Makan.
“Daud,
ko ada dengar-dengar tak pasal syarikat kita kerja ni”, soal Karim.
“Eh
bang, pasal apa, aku tak tahu apa-apa pun”, cemas aku, ahh sudah, syarikat nak
hentikan operasi ke?, soal aku dalam hati.
“Ko
tak payah buat muka cemas boleh tak?, syarikat nak bayar bonus lah, ko tahu tak
B.O.N.U.S…bonus”, gelak Karim, mungkin dia perasan muka aku berubah.
“Hahaha,
laaa, aku tak tahu pun”, jujur aku menjawab. Itulah aku, tidak ambil peduli apa
kejadian, cerita di dalam pejabat. Sebab aku memang tak suka bergosip kiri
kanan, atas bawah. (Baca:puji diri sendiri).
“Ko
apa tahu, datang kerja, mesyuarat, makan, minum, buat Overtime, itulah yang ko tahu, ini isu penting woi”, ujar Karim.
“Ada
rezeki ada lah, ko ingat tak tahun lepas, macam ni lah situasinya, setiap hari
menunggu tapi tak pasti, bajet nak beli itu ini, semua tinggal kenangan pahit membukam
hati”, nada sedikit kecewa aku kata pada Karim.
“Amboi
ayat, ya, tahun lepas, aku ingat”, kata Karim dalam nada perlahan.
“Dah
lah, cepat makan, nak balik opis (pejabat), kerja aku menggunung, si Bella dah
nak beranak tu, banyak kerja aku kena tanggung bila dia cuti nanti”.
Aku
nampak Karim masam mencuka, mungkin kegembiraan dia bermimpikan bonus hilang
dibawa ingatan cerita aku tahun lepas.
Situasi : Pejabat.
“Daud
ooooooi Daud, mana ko, bos panggil woiii” sergah Karim. Terus terjaga aku dari
lena 10saat.
“Ko
ni tak kacau aku satu hari tak boleh ke?”, getus aku.
“Woi,
bos panggil, tahu tak, panggil masuk ke bilik dia”, kuat suara Karim berteriak.
“Aduh,
apa salah aku pulak ni, semalam punya dokumen dah bagi, ada salah ke? Ada
tertinggal ke dokumen tender yang dah submit
pagi tadi? Salah dokumen client ke?”fikir
aku resah mendalam.
“Pergi
jelah, ko tanya, aku bukan boleh jawab pun….pergi”, marah Karim lagak seperti
pengadil bola menghalau aku keluar daripada padang selepas kad merah
dilayangkan.
Berlarian
safa marwah aku ke bilik bos. Dari balik kaca, kelihatan serius muka bos
menunduk ke paparan telefon cerdiknya.
“Salam
bos”, ucap aku getar.
“Ha
kamu Daud, duduk”garau suara bos.
“Kamu
tahu kenapa saya panggil kamu ke bilik”tegas bos.
“Dokumen
tender tadi ada tertinggal ke bos?”
“Dokumen
teknikal ke dokumen harga?”
“Saya
dah scan semua yang bertandatangan”,
“Saya
minta maaf bos”,
“Saya
dah masukkan semua bos”,
“Ya,
salah saya, saya tak semak betul-betul”.
Bos
gelak.
Aik,
dia gelak, aku punyalah rasa bersalah dia gelak. Aku dah rasa mesti ada salah
aku berkaitan dengan tender hari ini. Aduh, mesti penyata bank lupa masuk ke
dalam dokumen kot, tuntas fikiran aku merumus.
“Kamu
ni kenapa, dah gila, saya tanya kamu, kamu tanya dan jawab pada saya. Kamu ni
dah tak betul ke?”, sinis bos.
“Berkenaan
dengan tender hari ini, saya dah semak sebelum kamu hantar, Alhamdulillah semua
lengkap dan tersusun, tetapi ada juga salah tadi pada Jadual Teknikal, sedikit
sahaja, saya dah minta Karim betulkan sebelum dihantar semula, semua selesai,
awak tak perlu risau. Insya Allah jika ada rezeki, kita perolehinya. Ingat!,
rezeki Allah yang beri, kita berusaha secara HALAL untuk mendapatkannya”.
FUH,
lega hati yang pucat kusam. Kembali merah memberi sinar. Kalau ada cermin di
depan muka, boleh aku melihat muka ini daripada pucat kembali merah berdarah
memenuhi ruang pipi ku yang berjerawat.
“Saya
panggil kamu ke bilik ini bersebab, kamu adalah pekerja saya yang berdedikasi.
Setiap tugasan dan kerja yang saya beri awak lakukan dengan baik dan memenuhi
masa yang telah saya tetapkan”, puji bos
Aku,
kembang dan kempis hidung bagai dipam berawangan ke atas.
“Saya
harap kamu meneruskan kerja yang cemerlang ini, tahun lepas syarikat tak
berupaya memberi bonus sebab terdapat beberapa projek kita yang perlu ditambah
tempoh masa, ada kerugian yang perlu ditanggung oleh syarikat”, terang bos.
“Saya
tahu, ramai yang kecewa berkenaan dengan cerita bonus tahun lepas, tapi saya
rasa itulah yang terbaik syarikat boleh lakukan pada waktu itu. Projek berjuta
tidak semestinya untung pun berjuta. Dan ini memberi ujian sebenarnya kepada
kakitangan untuk lebih produktif pada tahun ini”.
“Mana
yang tak tahan, dan katakan hanya bos sahaja untung telah pun keluar daripada
syarikat ini, itulah ujian yang tersedia dan daripada kejadian inilah saya dapat
menilai di mana hati pekerja saya semasa syarikat menghadapi kesusahan”, luah
bos lagi.
“Saya
harap awak dapat bersama dengan syarikat ini seterusnya untuk tahun mendatang”.
“Orait,
bos”jawab aku sepatah.
“Nah,
ambil sampul ini, dalam ini ada cek untuk kamu, bonus tahun ini. Ada rezeki
lebih kita kongsi sama. Syarikat untung pun dari Allah yang beri. Saya anggap
saya ini seperti orang tengah, jambatan untuk menghubungkan rezeki kamu ini.
Rezeki ini milik semua. Dan tak salah saya berkongsi juga dengan kakitangan
saya. Saya harap awak terus bekerja dan beri komitmen yang tinggi dengan setiap
amanah kerja yang diberi”.
“Alhamdulillah,
terima kasih Allah, terima kasih bos”, ceria aku tunjuk gigi.
“Panggil
Karim”
“Eh,
bukan dia dah jumpa bos ke sebelum saya?”, tanya aku.
“Saya
panggil kamu dahulu sebabnya kamu ni tak kecoh murai seperti Buletin Utama
macam Karim”,jawab bos.
Aku
tergelak, “Hahaha, baik bos, saya menurut perintah”.
Aku
terus memanggil Karim untuk mengadap bos. Tangan kanan masih mengenggam erat
sampul berisi cek. Dengan gelisah tenang, aku carik membuka sampul;
AHMAD
DAUD BIN AWANG
LIMA
RIBU RINGGIT SAHAJA RM5,000.00
“Allah…,
Allah…, Allah… Maha… Besar…, Allah… Maha… Besar…”tersekat-sekat aku mengalun
menyebut nama Tuhan yang Satu. Mata berkaca tapi sempat disela agar tiada
tumpahan melimpahi takungan mata.
Terkejut,
aku terkejut, sepantas hari ini, Allah memberi janji-janjiNya. Manusia tidak
pernah yakin akan kuasa derma. Tapi hari ini, kejadian ini, mengubah persepsi
aku mengenai derma.
Sepantas
itu teringat kembali doaku selepas memasukkan kepingan RM50 ke dalam tabung
masjid tadi.
“Ya
Allah, jadikan hatiku ini bersih untuk ikhlas membantu agama Mu. Moga dengan
ini murah lah rezeki ku. Jika ada rezki ku yang halal Kau berkatilah Ya Allah,
jika ada rezki ku yang haram Kau sucikanlah Ya Allah, murahkan rezki ku untuk
kesenangan di dunia dan kesihatan di akhirat”, bergetar halus suara ku berdoa.
--> Ya, Allah Maha Mendengar, mendengar doa-doa hati hambaNya, itu kamu perlu Y.A.K.I.N
17 February, 2017
Jumaat kamu datang lagi!!!
Berlalu harian menanti minggu,
Cepat benar masa menjauhi,
Diri, terasa sihat diganggu,
Moga sakit dapat disanggahi.
Banyak kisah menanti hari-hari,
Entah manusia sudah gila wang, barangkali,
Doakan itu ada adabnya,
berilah ruang kamu dah Tuhan,
Pabila ada vendor untuk sampaikan,
Takut puas doa bukan dihati,
Tapi terpalit dengan nafsu membusuk,
Ingin bahagia dunia sahaja nanti.
Ahmad Syamzari Mamat
Bangunan Kerajaan
Cepat benar masa menjauhi,
Diri, terasa sihat diganggu,
Moga sakit dapat disanggahi.
Banyak kisah menanti hari-hari,
Entah manusia sudah gila wang, barangkali,
Doakan itu ada adabnya,
berilah ruang kamu dah Tuhan,
Pabila ada vendor untuk sampaikan,
Takut puas doa bukan dihati,
Tapi terpalit dengan nafsu membusuk,
Ingin bahagia dunia sahaja nanti.
Ahmad Syamzari Mamat
Bangunan Kerajaan
01 February, 2017
Makan ikan berlauk budu,
Dicicah bersama ulam peria,
Minyak naik, tangis sendu,
Dapat bii.rym, gembira ceria.
Dicicah bersama ulam peria,
Minyak naik, tangis sendu,
Dapat bii.rym, gembira ceria.
Ahmad Syamzari Mamat
Bandar Bukit Raja
Bandar Bukit Raja
01 January, 2017
Selamat hari tua, Dunia!!!
Selamat hari tua, dunia!!!
Moga diberi kekuatan,
Untuk terus bakti pada manusia,
Moga kau kuat dan bertahan,
Setiap sakitmu, jangan diluah,
Kelak buruk jadinya.
Moga diberi kekuatan,
Untuk terus bakti pada manusia,
Moga kau kuat dan bertahan,
Setiap sakitmu, jangan diluah,
Kelak buruk jadinya.
Ahmad Syamzari Mamat,
Bandar Bukit Raja
Bandar Bukit Raja
Subscribe to:
Posts (Atom)
2020 kereta masih bersesak dijalanan!
Sehingga coretan ditulis, kereta masih melalui tol dan tiada yang berterbangan seperti yang digambarkan semasa umurku 10 tahun. Selamat Da...
-
Assalamualaikum.. Anda bosan makan di mamak...setiap malam menu roti canai...roti canai..roti canai... Anda bosan makan di kedai tom...
-
Rezeki itu ada mahal dan ada murah, usaha kamu yang menjadikannya murah atau mahal Situasi : Di dalam kereta menuju ke pejabat. ...
-
Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang, Assalamualaikum, 07 April 2013 6:30 pagi Rumah Bukit Raja Aku : danish bang...